* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Januari 30, 2007

Gathering Tahun Baru : Episod 3

Pagi itu bermula dengan kejutan daripada Himitsu di hujung kaki. Lena sungguh tidur pagi itu..tak sedar sudah jam 10 pagi. Menurut TedNet, hampir kesemua tidur berdengkur. Mungkin faktor keletihan menjadi punca!! Kami kemudian bersiap2 dan check out dari hotel yang bagi Lang amat sesuai untuk penggunaan masa gathering. Kami kemudian menuju ke Kg Baru tapi Lang yang bagai khayal sering tersilap dan terlepas simpang. Akhirnya kami menuju ke SOGO sahaja untuk aktiviti makan tengah hari. Dalam perjalanan itu sekali lagi lagu Enggan kedengaran!!aiyo, lagu tema ke???

Kami makan di Medan Selera di Kompleks Pertama. Kamar dan Afeer menampak gaya mereka berdua makin serasi dan boleh jadi geng!!!! bagai adik dengan abang pula...tapi dua2 hadek2..keh3!! Makanan di situ Lauk pauknya kurang berperisa tapi boleh aje untuk kami yang sudah 2 hari tidak makan nasi itu!!

Selesai makan, kami ke Puduraya untuk menghantar Afeer. Dalam pada itu , tiba2 di radio kedengaran lagu Fran berjudul "Begitulah Aku" yang menyebut perkataan "merembes"!! apalagi, menjeritlah Lang dan Himitsu yang mendengar siaran itu disertakan dengan ketawa berderaian!! Sampai je di Puduraya, Shahriz yang pada mulanya nak join aktiviti seterusnya ....akhirnya mengikut jejak langkah kawan baiknya itu!! Sedih rasanya mereka tidak dapat join aktiviti piknik. Wajah mereka kelihatan seperti menyimpan seribu rasa dan harap sangatlah mereka gembira dengan gathering kali ini!



Eh...chantek plak Puduraya ni dalam gambar!!??


Selesai menghantar Afeer dan Shahriz di Puduraya.... Lang,F,Himitsu, Grey, Kamar dan TedNet kemudiannya ke Giant Batu Caves untuk bertemu Cek Mi dan Nan disana. Kami tiba awal di pasaraya itu dan sempatlah berjalan2 di dalam pasaraya itu!! Sempat kami menjadi model aiskrim di situ sebelum dihalau oleh akak penjual aiskrim yang terhalang popularitinya dengan kehadiran kami!!

Tak lama kemudian Nan dan Cek Mi menghantar mesej bahawa mereka sudah tiba. Kami pun terus bertolak ke Ulu Yam dan mencari port di sana!! Dapat je port, Nan, Kamar dan Himitsu terus berendam. Lang dan F Cuma berendam sikit sebab tak tahan dengan kesejukan air sungai itu!! TedNet pula bermain air dengan kakinya sebelum tergelincir dan basah!! Akhirnya TedNet berendam juga!! Grey sahaja yang tidak basah kerana sibuk dengan fotografinya!! Mungkin Grey lebih suka dengan kebasahan yang lain...ermmm



Ulu Yam turut menjadi port meriah kali ini!!


Acara menarik seterusnya ialah bersyampu bersama2. Aktiviti ini dijayakan Nan, Cek Mi dan Himitsu sahaja!! Ternyata aktiviti ini berjaya mempengaruhi pengunjung lain di sungai ini untuk berlawan syampu dengan Himitsu, Cek Mi dan Nan!! Pemenangnya ialah Cek Mi yang mendapat pujian Himitsu yang mengatakan kepalanya menjadi lembut...eh rambutnya yang menjadi lembut!!

Selesai berendam aktiviti menyalin baju pula berlangsung. Paling mendapat perhatian ialah aksi berani Kamar beraksi dengan tuala di atas batu di tengah2 pemandangan pengunjung yang tidak jauh dari situ!! Kaget sungguh Lang, Grey, F dan TedNet!!


Selesai di jeram itu, kami mengunjungi tasik buatan berhampiran. Sempatlah Grey mensnap2 lagi.... ditambah dengan Nan dan Cek Mi berposing!! Tiba2 ada bunyi dentuman...oh... kemalangan pula di situ!!kemek bonet kereta yang terlibat..tapi itu Cuma kemalangan kecil sahaja!! Selepas je eksiden itu, TedNet dan Kamar meminta diri kerana Ted sudah lewat daripada waktu sepatutnya!!kami pun berpisah dengan mereka di situ!! Terasa amat terhutang budi dengan mereka berdua ni...terima kasih ye!!

Sebenarnya tujuan kami duduk disitu ialah untuk menunggu Alan dan Ryan.Dalam pada itu, Lang menelefon pemberi kereta sewa itu untuk bertanyakan waktu pemulangan. Terkejut pula katanya masanya sudah tiba!!!..ooh..yelah..Lang ambil pukul 5 , pulang pun pukul 5 petang lah!! Tapi jam sudah menunjukkan jam 510...maka Lang minta supaya lewat skit...brader itu cuma bagi sampai jam 6 sahaja.

Tak lama kemudian tibalah Ryan dan Alan. Lang terus memberitahu mereka hal itu dan terus memecut ke tempat kereta sewa itu!! Jam 5.45 petang, kereta sewa itu dipulangkan justeru Lang, F dan Himitsu menumpang kereta Alan sahaja kerana kereta Cek Mi sudah terlajak ntah kemana!!

Kereta Cek Mi ditemukan di sebuah gerai Laksa Special. Kat situ kami makan Laksa yang sedap sekali! (dua kali x tau la!!) Kemudian pada jam 7 petang, kami bertolak ke Tasik Titiwangsa dan bersiar2 disitu. Grey begitu ghairah sekali mensnap2 sampai abis bateri kameranya!! Kami berjalan sekitar tasik dan menunggu sehingga jam 10 malam untuk menonton persembahan bunga api. Eye On Malaysia yang berada disitu hanya untuk tatapan mata sahaja kerana kalau ingin naik ketika itu haruslah beratur panjang!! Hmm...ramai betul tezz kat situ!!! Merembezzz!!!!

Pada jam 10 malam, kami pun berpeluang menonton bunga api. Dalam pada itu ada seseorang misteri yang nampak obvious berminat dengan Nan!! Dalam pada itu di tempat duduk kami ada pula serangga yang menghurung dan pemandangannya dilindung pohon buluh. Lalu kami pun berpindah dari tempat itu dan duduk di tempat lain. Brader misteri itu menghilang, mungkin takut pec lobs kalau dia ikut kami berpindah!!

Acara bunga api bermula...menarik sungguh ...cantik betul!! Sempat lah mengatakan corak bunga api itu macam sperma berenang dan ada yang bentuk ovum dan Grey paling suka dengan “letupan”!!!!???




Bunga Api bercorak sperma berenag gak yg menarik perhatian!!Opps..pec lobs!!


Selepas menonton bunga api itu, kami ke Kg Baru untuk menjamu selera. Mata Lang mengantuk dan tidak mampu lagi untuk berbual panjang apatah lagi menumpukan perhatian terhadap apa yang dibicangkan!! Himitsu paling banyak berceloteh ketika itu manakala Cek Mi, Alan, Ryan dan Nan menjadi pendengar setia!! Grey pula makan banyak malam itu, macam melepas geram pulak!!!

Selesai makan , pada jam 11.55 malam kami pun berpisah di situ. Alan bersama Ryan menghantar Nan, Lang dan F ke rumah, manakala Himitsu dan Grey mengikut Cek Mi pulang ke rumahnya..dengan itu berakhirlah Gathering tahun Baru itu secara rasminya...

Label: