Aiyo...kena tag ke???
Aiyo..tak pasal2 Lang kena plak heret dalam game tag2 ni...si Zerd atau Fird dah masukkan Lang dalam tag list dia tu!! Jangan ngelat katanya!! Ok ler....Lang tak ngelat..kang disumpah jadi lalat plak kang!! Hmmm....menurut dia Lang kena list 6 benda yang mungkin tak semua orang tahu dalam blog ni..here we go!!1.Lang tak pandai berfesyen!! Lang memang bukan seorang yang pandai bab2 fesyen ni terutama pakaian...adik Lang lebih bijak berfesyen malah jauh kedepan dari Lang ..oops tapi dia pompuan la!! Kalau masa kecik dulu apa jua yg ibu Lang belikan, Lang sarungkan aje...termasuklah baju pink yang ibu beli...pastu orang2 di kampung sukar terima lelaki berbaju pink ni...abisla kena perli!!!! Berbeza skali ngan adik Lang tu, dia tahu apa yang dia nak!! Tapi skang ni , Lang beli je sendiri...janji puas hati!!!
2.Minat dengan suara penyanyi wanita berbanding penyanyi lelaki. True!! Lang lebih masyuk dengan lagu2 penyanyi wanita berbanding penyanyi lelaki. Susah gak lagu penyanyi lelaki boleh melekat dalam hati. Pun begitu jangan terkejut ada plak lagu2 penyanyi lelaki lama yang Lang minat macam lagu nyanyian P.Ramlee, Sudirman, SM Salim, Jamal Abdilah, Nash, M.Nasir dan Zamani. Penyanyi lelaki kegemaran Lang ialah Allahyarham Sudirman .....penghibur itu pernah bertanyakan sendiri nama Lang ketika usia 6 tahun...Lang masih teringat sampai sekarang!!
3.Lang laser?? Ada benarnya, tapi laser Lang sebolehnya tidak mahu menyentuh peribadi sesiapa dan selalunya laser tu statementnya berbentuk pertanyaan. Lang pernah mempopularkan budaya ‘tembak menembak’ ni di dalam kelas sehingga mengubah seorang budak yang teramat pendiam dan sopan kepada seorang yang boleh membuatkan orang kelu hendak berkata bila dia mula ‘tembak’!! Sampai Lang sendiri pun kalah !!!Kaget!! Pun begitu skill laser melaser ni dah tumpul dan kurang dipraktikkan...dah taubat kot kaedahnya!!
4.I’m going 29.......oops ni bukan pasal umur tau!!! ...tapi ukur lilit pinggangku yang ramping ni!! Seluar saiz 28 Lang dah mula ketat dan skang ni mula dah cari seluar saiz 28 yang longgar skit cutting dia atau pun saiz 29 yang cutting fit!! Aiyo..lama tau menunggu nak naik saiz pinggang ni!!dah 7 tahun guna saiz 28!!!
5.Lang mudah percaya pada orang, terutama kengkawan!!...hmm habit buruk atau tak, tak tahu lah .......sebab dah banyak kali orang khianat kepercayaan Lang ni!! Tapi.....bila Lang dapat tahu, abislah orang tu Lang cari!!! Itu dulu, sekarang ni Lang serah pada Allah je yang bagi pembalasan kat orang2 yang tak tau merasa bersalah tu walaupun dah terang2 wat salah!! Sabar jelah!! Sekarang ni dah serik skit kot!!
6.Seorang yang agak lasak satu ketika dulu!! Ye..Lang pernah setiap hari berjalan sejauh 5 kilometer pergi ke sekolah dan 5 kilometer balik ke rumah setiap hari!! Lang juga pnah masuk persatuan uniform ni...hehe masuk kadet polis tau tapi 1 tahun je!! Pernah berdiri kawat selama 3 jam kat tengah padang yang panas terik...dimana ramai yang pengsan time tu..dan pasukan Lang tinggal hanya 10 orang je termasuk Lang di akhir perbarisan!! Kalau kat kampung plak selalulah main polis sentri, galah panjang, lumba basikal, sorok2,kejar2, main kat sungai dan bukit, dan main panjat2 bangunan sekolah agama!! Lompat getah dan main mak-mak atau kawen2 paling Lang tak suka!! Lang pernah lompat dari bumbung sekolah agama ke rumput; setinggi 4 meter pada usia 9 tahun!! tapi sekarang ni macam2 perangai takut...gayatlah, malas nak jalan jauh ler...hmm dah macam tak mampu nak buat semua tu!
OK lah..cukuplah penerangan kali ni untuk permainan TAG2 ni...perlu ke nak tag orang lain??aiyo, Lang ni bukan selalu lompat blog orang sana sini...jadi ni je yang dapat Lang tag...
1. Cek Mi
2.Grey
3. Yanz a.k.a Lasagna
4. Shah a.k.a Bubbly Hubbly
5.Joyworld
6. RATTAR
Thanks kepada Zerd yang membawa Lang ke permainan ni!! Leh tak keep it secret semua benda2 kat atas ni?? ~~takde maknenya kan???~~
Label: kisah blalang



