* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Mac 26, 2007

kisah blog

Sejak kebelakangan ni , kat akhbar dan majalah sering menyisipkan artikel tentang blog ni.Blog ni berasal daripada perkataan WEB LOG, tapi ada plak yang pegi pecahkan jadi “we blog” dan akhirnya muncullah perkataan blog itu!! Ada yg anggap blog ni macam catatan peribadi umpama diari gitu, tapi sesuai ke anggapan tu??

Terdapat bermacam2 platform untuk membina blog ni...antaranya blogger atau blogspot , blogdrive , geocities-yahoo , myspace, flickr , fotopages dan macam2 lagi!! Lang memilih blogspot kerana simple, mudah untuk register (guna account gmail aje) dan ramai yang menggunakannya!! Pun begitu kadangkala blogger.com ni ada gak buat hal dan tersekat plak masa nak publish entry tu!!

Tentang blog ‘kisah blalang disebalik lalang’ ni ..ia terwujud gara-gara galakan orang lain yang beriya benar nak membaca penulisan Lang. Semuanya bermula dengan perangai suka mengarut dalam forumlah kan...hmm atleast dalam blog ni orang leh terdendang dengan irama lain daripada Lang berbanding posting dalam forum tu!!

Dalam Lang melayari dunia internet ni, sempat juga Lang mempelajari teknik2 penulisan blog daripada penulis lain. Lang dulu selalu melepak kat satu blog tu, tapi sekarang sayangnya blog itu dah tak wujud lagi. Minat sungguh dengan gaya penulisannya yang menghiburkan walaupun kurang gambar disisipkan. Mungkin itulah sebabnya Lang lebih suka menulis daripada meletakkan gambar2 dalam blog kerana bagi Lang , dari gaya penulisan blog itu kita boleh juga gambarkan personaliti orang tu...sama ada dia ni periang, mudah emosi, keras hati dan sebagainya. Gambar sahaja tidak menggambarkan segalanya ocay!!

blog rimau??adakah rimau yg menulis nya??


Minat Lang untuk menulis blog terlahir sejak sekian lama, tapi blog yang dulu tu hanya testing2 (aiyo... nape ayat macam pnah dengar je??). Selepas Lang membaca blog orang lain, perasaan tu makin membuak kerana Lang memang suka menulis dan rasanya blog nilah platformnya. Penglibatan dalam forum menyebabkan Lang mula mempunyai rantaian kengkawan yang supportive apatah lagi mereka pun ada blog juga antaranya Grey, Phoenix, Toolar, Kunimitsu dan Kamarulizwan. Pun begitu, blog Phoenix dan Kamar ni dah pun dihentikan oleh sebab yang mereka sahaja ketahui....sedih !!! Begitu juga dengan Kunimitsu yang dah menghilang ntah kemana!! Di awal usia blog ni , merekalah yang palin rajin memberikan respon.


Bagi Lang, respon terhadap blog adalah pemangkin penting untuk blog itu terus hidup dan alhamdulillah setiap posting Lang ada respon meskipun kadangkala nukilan tu terlalu panjang sampai lenguh juga orang nak baca!

Komitmen. Itulah perkataan paling penting untuk memastikan blog terus subur dan bermaya. Lang pernah hilang semangat untuk menulis dan pernah menghentikan selama beberapa bulan penulisan blog gara-gara satu peristiwa yang melibatkan hak peribadi dan privasi Lang satu ketika dulu. Pernah juga hilang mood gara2 tiada masa serta kerajinan untuk menulis dan hampir2 membuatkan blog ni ditamatkan. Pun begitu, kata2 perangsang daripada kengkawan seperti Himitsu masa tu akhirnya berjaya menyelamatkan’nyawa’ blog ni!!

Satu yang menarik tentang penulisan blog, kita kuasai semua jawatan dalam penerbitan!! Kitalah editor, wartawan, pencari story, penulis, pembebel, jurufoto dan akhirnya kalau apa2 yang tak kena, kita juga yang kena!!

Blog burung...wah suke ek korang ngan beburung ni??


Pun begitu ada juga yang tak best tentang penggunaan blog ni. Ada yang menyalahgunakan untuk menulis sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain, memfitnah, mencerca , mengeji, mencarut dan mengelarkan orang lain dengan pelbagai gelaran. Ada yang menjadikan ia satu platform menjatuhkan maruah orang lain selain membina populariti untuk tujuan yang salah. Lang memang tak berminat langsung dengan blog2 sebegini....memang patut dijauhi walaupun kadangkala mereka ni cuba menonjolkan watak yg macam baik aja. Tidak kurang yang bagai men’diva’kan diri (bak kata Himitsu) dan ada plak yang meluahkan perasaan dengan cara yang keterlaluan. Isk..memang Lang tak leh terima konsep ala2 sakit mental itu, tapi itulah realiti segelintir blog yang ada di luar sana!!Tapi itu terpulanglah kepada penerimaan masing2!!

Pernah Lang melawat satu blog milik pelajar sekolah menengah yang mempunyai jaringan dengan rakan sekelasnya (hampir 30 orang) hm...seronok juga membaca perbincangan mereka tentang hari2 yang mereka lalui dan aktiviti semasa yang mereka buat!! Untung mereka ni, zaman Lang sekolah dulu internet kurang meluas dan belum popular lagi!!

Kan seronok kalau rakan2 forum pun ada jaringan blog begini?? Apatah lagi orang2 yang mempunyai personaliti unik yang menarik macam Angah, Aries, Himitsu, Tednet, Shahrizal, Afeer, Alan dan lain2. Tapi ingat satu perkataan tentang blog ni...komitmen!!!


tema blog sapa ni?? ~matilah curik jerr!!!~


Apa2pun untuk kengkawan yang dah ada blog itu, teruskanlah menulis atau menyayangi blog anda itu dan sentiasalah “be yourself” dan enjoy dengan apa yang anda buat dengan blog itu!! Diharapkan blog Lang ni pun akan bertahanlah hendaknya selagi ada yang menyokong... wasalam!!!

Label: