* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, April 09, 2007

Alhamdulillah..terselamat!!!

Kisahnya, di hari jumaat lepas...pada jam 9 malam, Lang dalam perjalanan nak bertemu MrF ..tiba2 ujan lebat renyai-renyai!!Lang yang menunggang skuter terpaksa meneruskan perjalanan yang sudah separuh destinasi itu kerana tak mahu berlengah sehingga hujan lebat melanda. Tiba di satu jejambat, tiba-tiba hujan menjadi lebat sehingga keadaan jalan penuh lecah. Lang terus menunggang dalam kelajuan sederhana di lorong paling kiri jalan dengan debaran yang tiba-tiba terdetik. Mungkinkah kerana hujan yang telah membasahi kain jaket Lang ini??

Lang terus membawa skuter itu dalam kelajuan sederhana itu dan cuba menjarakkan diri dengan kenderaan pacuan 4 roda di hadapan. Dalam hujan yang semakin lebat itu tiba-tiba kenderaan itu memberi signal kiri dan terus membelok...

“Aaaaargghhhhhhhh” , Lang menjerit sekuat hati sambil menekan brek...di dalam hati pula mengucap 2 kalimah syahadah sambil mata mengecilkan pandangan!!!! Brek bagai tidak berfungsi dalam keadaan basah itu..tayar pula licin..skuter itu membelah lecah dan memercikkan air di sekitarnya......lalu bagaikan sebuah Jet ski yang meluncur sambil menuju ke sasarannya iaitu sebuah kenderaaan pacuan 4 roda!

Beberapa saat kemudian “Dummmm!!” tanda skuter itu menghentam kenderaan itu ....Skuter itu ‘melekat’ di pintu kiri kenderaan itu dan terbawa bersama ke simpang taman perumahan itu. Lang yang sedar keadaan masih oleh diselamatkan ,terus mengimbangi skuter itu sehingga pemandu itu sedar dan memberhentikan kenderaannya. Lang bersama skuter akhirnya ‘dilepaskan’ dan nasib baiklah skuter itu masih boleh berfungsi sebaiknya!!

Lang terus menuju ke cermin kiri kenderaan itu dan mengetuknya..tanda mengajak pemandu itu keluar dari kenderaannya. Terlihat pula kanak-kanak kecil di kerusi belakang kelihatan cuak dan berwajah trauma...terus melahirkan perasaan kesian memandangkan hujan yang terlalu lebat. Lang hanya melemparkan wajah agak keliru bercampur marah dan terus berlalu. Itu adalah kerana perasaan syukur itu melebihi perasaan lain memandangkan Lang tidak tercedera mahupun jatuh dari skuter itu seperti kemalangan yang lalu...

Selepas kemalangan itu ,Lang berhenti di bawah jejantas untuk menyarungkan pakaian hujan dan memeseji Mr.F sebelum meneruskan perjalanan dalam keadaan yang masih traumatik dengan kejadian itu....terbayang-bayang lagi sehingga kinim bagaimana skuter itu menghentam kenderaan itu dan dibawa bersamanya..juga wajah kanak-kanak dalam kenderaan itu....semuanya melahirkan berjuta rasa yang bercampur baur....tapi Alhamdulillah...semuanya selamat!!

Label: