* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, April 12, 2007

Wayunk3 : Bean, Perfume & Hantu Belakang!

Baru-baru ini Lang sempat menonton 3 filem Bean, Perfume dan JPB. Ini semua hasil bek\lanja si Mr F, kalau tidak ...haraplah nak pi wayang ni sebab “takdo pitih”!! Ketiga-tiga filem adalah hebat dan tidak rugi untuk ditonton. OK lah, ini ulasan dari kaca mata Blalang Lalang.


Mr Bean’s Holiday

Filem ini mengisahkan Mr. Bean yang memenangi cabutan bertuah dan mendapat tiket pelancongan ke Cannes, Perancis berserta wang saku 200 euro dan juga sebuah kamera video Sony. Penceritaan pada permulaan cerita sedikit rush namun grafnya agak mendatar sebelum menuju ke pertengahan cerita yang semakin menarik.

Bagi peminat siri TV Mr. Bean , pasti akan terperasan beberapa idea lawaknya dikitar semula dan ubah suai mengikut suasana berlainan. Contohnya, Mr Bean terpesan makanan yang tidak menyelerakannya tapi dipaksa menghabiskannya lalu dibuangnya makanan itu ke dalam beg wanita yang duduk di meja sebelah. Lawak ini bukanlah idea baru Mr Bean!!


Dalam filem ini juga, Bean seolah-olah melupakan kawan baiknya sejak kecil, iaitu Teddy setelah mendapat ‘kawan’ baru iaitu sebuah kamera video Sony HD.Oh..poor teddy!!

bestfriend kunun!!


Beberapa babak di dalam filem ini sememangnya menarik tetapi ending filem ini kurang menyengat walaupun hadir dengan idea yang segar. Terdapat juga babak melibatkan askar, Lang sangat tertarik! Bagi peminat Bean, filem ini wajib di tonton . 3 bintang.

akhirnya kini pasti!!

Perfume

Filem ini dimulakan dengan adegan pembunuh iaitu watak utama filem ini yang dapat ditangkap dan tunggu masa untuk dihukum. Penceritaan sejarah pembunuh ini sangat menarik sejak dari bayi kepada kanak-kanak, remaja dan akhirnya dewasa dengan para pelakon yang memang ada iras sejak dari kecil.Subjek utama filem ini ialah hidung dan deria bau.

menung menanti seseorang ngemaskan katil..oops
Filem ini terdapat banyak pemotongan LPF tetapi masih terdapat babak terlepas pandang seperti puting gadis berambut merah yang amat jelas meskipun wataknya hanya sebagai mangsa bunuh. Tentunya para penonton lelaki dan lesbo tak senang duduk dengan adegan yang terlepas daripada pemotongan ini. Bagi pec lobs semua jangan risau sebab ada juga babak watak utama filem ini menanggalkan pakaiannya dalam hujan demi membersihkan badannya!!

Cerita filem ini agak kuat meskipun kadangkala agak perlahan. Ending filem ini di luar jangkaan dan penuh dengan kejutan. 4 Bintang.

Jangan Pandang Belakang

Filem ini memang dinanti-nantikan oleh peminat filem tempatan dengan momokan gelaran filem Melayu paling seram. Jalan cerita filem ini adalah mudah dijangka dan tiada elemen persoalan yang misteri seperti PHSM mahupun Chermin. Subjek filem ini ialah seram semata-mata.

Bagi Lang, filem ini tidak terlalu seram seperti yang dimomokkan tetapi lebih menarik berbanding Puaka Tebing Biru. Lakonan Mak Mah amat berkesan dan wajar menerima penghargaan. Lakonan Khatijah Tan dan Pierre Andre juga tidak kurang hebat, tetapi Pierre perlu membaiki sebutannya. Lakonan awek Kevin Zahri, Intan Ladyana agak mengecewakan kerana kurang penjiwaan.

Untuk mendapatkan kesan maksimum dalam menghayati filem ini, penonton tidak seharusnya menonton promo atau pembikinan sebalik tabir filem ini kerana mood seram itu akan bertukar menjadi kelakar pula. Lagi satu , jangan membuat jangkaan apa yang berlaku seterusnya kerana penghayatan elemen seram juga akan terganggu!!

Pun begitu agak mengecewakan apabila terdapat ramai penonton (ketika Lang menonton) yang tidak mempunyai etika ketika di dalam panggung kerana membuat bising, tidak mematikan deringan telefon dan mengganggu penonton lain dengan bahasa kurang sopan.

Gangguan dalam panggung itu hampir mencetuskan pertelingkahan apabila remaja yang membuat bising itu tidak faham2 dengan “shhhh” dari penonton lain malah meleret-leretkan hingar dari geng mereka. Akibat dari itu seorang brader memekik “oi diamlah!!” lalu remaja-remaja itu berkata “jangan pandang belakang!!” dan ada yang menyahut “jangan pandang depan la bodo!!” pula!! Geram betul!! Mood seram Lang memang hilang akibat gangguan penonton lain itu dan seterusnya boleh pula Lang ketawa apabila Hantu Belakang itu membetulkan rambut panjangnya yang menutupi mata!!

Lang cuba mendapatkan feel seram itu semula melalui adegan ‘dukung hantu’ itu meskipun sudah menjangkakan perkara yang akan berlaku. Adegan itu jika dihayati memang berjaya menimbulkan perasaan seram apatah lagi jika anda meletakkan diri anda dalam watak Pierre Andre itu.

"tolonglah jangan pandang belakang, I selebet occay " ,ujar hantu ittew
Berbanding Chermin, JPB tidak mempunyai cerita yang kuat dan agak longgar walaupun lakonan cemerlang. Walaupun sistem bunyi tidak sehebat PHSM, efeknya boleh dianggap berjaya dan berkesan. Filem ini juga dianggap berjaya menerapkan elemen seram yang diharapkan penonton yang benar-benar mahu menghayati filem ini. 3 setengah bintang untuk filem ini!

Label: