* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Ahad, April 29, 2007

Hits 1 Akhir 2007

Jumaat dan Sabtu lepas berlangsung acara yang penting dalam industri hiburan. Lang pun sanggup ‘cuti’ nak jumpe si dia ni semata-mata nak tengok acara hiburan yang bukan selalu muncul macam Hits 1 Akhir dan AIM ni. Anyway jumpe gak ari ni...insyaAllah ler jumpe dia...

Anyway kita mula dulu dengan ulasan Hits 1 Akhir. Kali ini acara ini dinantikan gara-gara pertama kali pasangan tak ideal Mawi& Diana Naim bertanding bersama-sama. Di mulakan dengan persembahan artis jemputan A.Halim, Nora, Saleem dan Siti Nordiana mengalunkan lagu yang menang Anugerah Lagu Popular MACP mengikut era masing-masing. Lang tak amik port sangat Cuma tertarik dengan susunan muzik lagu Cindai yang diberi nafas baru oleh orkestra RTM.

Farahwahida memulakan pertandingan dengan lagu Tanpamu. Secara vokal tiada masalah tetapi persembahan nampak biasa sahaja. Ada plak penari ala2 kelasi gitu...yang sorang tu plak gaya ala2 Mawi mukanya!! Kaget kejap! Adam pula muncul ngan lagu Jatuh. Adus....nampak amatur sungguh persembahan Adam ni walaupun dan 3 kali bertanding dalam Hits 1 Akhir! Kemudian diikuti Izwan Pilus yang muncul ngan kostum ala2 Kolonial Inggeris. Nampak persembahan Izwan jauh lebih baik berbanding Adam. Segmen pertama ini bagaikan membanding gaya bekas peserta Bintang RTM (Farahwahida &Izwan) dengan bintang realiti AF iaitu Adam.

Di segmen kedua muncul pula Adibah Noor yang disebut-sebut sebagai bakal juara. Persembahan yang dimulakan dengan terjemahan seperti dalam Juara Lagu tetapi kali ini menggunakan Bahasa Inggeris. Pun begitu persembahan Adibah di Juara Lagu lebih baik berbanding kali ini. Kemudian muncul pula bekas pemenang tempat kedua tahun lalu, Misha Omar dengan Nafas Cahaya dengan tema merah yang menjadi kegemarannya. Mengasyikkan juga persembahan Misha ni! Kemudian Juwita Suwita pula muncul menggantikan Datuk CT menyanyikan Bisakah. Terseksa pulak tengok Juwita nyanyi lagu ni!!Hasilnya undian buat Datuk CT pun merudum gara-gara Datuk CT tidak menggalas sendiri tugas ini!!

Di segmen ketiga bagai segmen kontroversi pula! Diana Naim muncul buat kali pertama mendendangkan lagu Duhai Hati dengan tema Putih & Pink. Masalah tempo dan kekurangan pada vokal begitu jelas pada beliau namun masih mampu menyanyi live. Kemudian Mawi plak muncul dengan Kian dengan serba hitam yang bagaikan pihak lawan dengan peserta sebelumnnya. Nyanyian Mawi jelas kurang penjiwaan dan persembahannya biasa sahaja.

Kemudian persembahan bekas-bekas Juara Hits 1 yang dimulakan dengan Pulangkan dari Misha Omar. Vokal Misha tiada perubahan melalui lagu berhantu ini. Kemudian Misha menjemput Jac pula menyanyikan lagu Gemilang. Ooops sekali gedebuk Jac jatuh!! Jac mulakan dengan berkata “janganlah ketawa!!” lawak sungguh insiden kelam kabut Jac ni. Jac masih mampu menyanyikan Gemilang dengan baik. Kemudian muncul kawan-kawan baik Mawi iaitu Yazer dan Hazama. Pelik pula mengapa MAwi tidak menyanyikan sendiri lagu ini? Persembahan Yazer-Hazama biasa sahaja.

Keputusannya:

Persembahan Terbaik : Adibah Noor = RM 5k
Lagu Paling Popular : Kian – Mawi, Fauzi Marzuki& Lukhman S = RM10k
Lagu Kedua Terbaik : Nafas cahaya – Misha Omar, M.Nasir & Loloq = RM20k
Lagu Terbaik : Terlalu Istimewa – Adibah Noor& Azlan Abu Hasan = RM25k

Ketika Misha naik ke pentas, Misha telah mem’babab’ lelaki yang mengiringinya sebab sebok sangat tolong angkatkan kain labuh Misha tu...lawaks lagi!! Kemudian masa Adibah Noor nyanyi,Misha membuat gaya hunus perut lelaki itu mungkin sebab insiden angkat kain tu...aiyo!!Anyway tahniah Adibah Noor yang menjadi juara baru. Tahniah juga kepada Misha & Mawi yang mengekalkan kemenangan tahun lepas.

Label: