* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, April 23, 2007

Ulasan Konsert 6 AF5

Konsert kali ini menepati ramalan bahawa konsert angka genap merupakan konsert yang lebih hebat berbanding konsert ganjil (ganjil sungguh!!). Para pelajar mula menampakkan potensi masing-masing sekiranyan dapat lagu yang bersesuaian dengan vokal mereka. Baiklah kali ni Lang susun ulasan mengikut ranking.

1.Shawal – Peronda Jaket Biru

~uhuuuukk!!!~

Ini merupakan persembahan vokal terbaik Shawal. Dengan lontaran yang bersungguh-sungguh membuktikan beliau adalah antara calon Juara vokal yang paling layak dalam AF 5 ini.Shawal tidak cuba menjadi Awie dan menonjolkan gaya vokal tersendiri!! Persembahan Shawal juga menghiburkan dan tidak ‘munafik’.


2.Mila – Drama

Image Hosted by ImageShack.us
~Darma mari sini!!


Persembahan vokal Mila cemerlang kali ini. Mila berjaya mengawal pernafasannya walaupun persembahannya memerlukan langkah tarian berserta jarak ruang nyanyian dan nafas yang singkat!Ada percubaan daripada Mila untuk membuat ‘whistling’ tapi hanya mengeluarkan angin bersama suara yang amat lemah! Pun begitu, keberanian Mila harus dipuji. Lagu rancak boleh ke meremangkan bulu roma??

3.Aizat _ Perpisahan
Aura lagu Anuar Zain ini berserta filem Cinta memang kuat pengaruhnya sehingga ada yang terlupa untuk menjadi juri kepada persembahan ini. kepada Klip video yang disiarkan banyak membantu mood penonton. Masih terdengar Aizat cuba menjadi Anuar Zain namun pengkritik tidak tegur pula! Beberapa bahagian lagu ini kedengaran kurang meyakinkan tapi satu persembahan yang ok walaupun tidak setanding persembahan vokal Bob melalui Jangan Bersedih Lagi.

4.Candy – Gadis & Bunga

~mana lagi plastik??I ke bunga ni??

Sekali lagi Candy mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya serta merupakan lagu yang popular. Sebutan Candy pada beberapa perkataan agak janggal namun keyakinannya terserlah. Memek muka ala diva masih belum dikikis. Identiti vokal Candy sudah mula kedengaran.

5.Ebi – Jujur

~Blalang ..aku jujur padamu!!

Sejujur tajuk lagu ini! Itulah persembahan Ebi; sesuatu yang jujur. Sederhana sahaja dari segi keseluruhan tapi Ebi dah mula menampakkan identiti persembahannya. Feelnya masih ada dan harus dipuji.

6.Rizal – That thing you do

~Satu..satu..saya sayang ibu!!

Akhirnya Rizal berjaya menyanyikan sebuah lagu dengan lontaran suara yang lebih meyakinkan. Persembahan yang sederhana walaupun nampak bersungguh-sungguh. Namun pergerakan Rizal nampak kurang natural dan tidak mempunya arah tertentu. Nasib Rizal nampaknya sama dengan kumpulan The Wonders ini yang juga dipanggil nasib One Hit Wonders !!

7.Dafi - Qing Fei De Yi (Ku juga Mencintaimu)

~aaaa.....mendatar tak??

Lagu ini kurang mencabar vokal Dafi kerana sesuai dengan suaranya. Pun begitu masih nampak peningkatan dari segi lontaran dan Dafi sudah berani mencuba vokal yang lebih dinamik. Persembahan keseluruhannya adalah sederhana sahaja.


8.Aswad – Yang Sedang-sedang saja

~jom pi disko dangdut!!

Vokal Aswad terlalu bunyi ala karaoke untuk lagu ini. Pun begitu keyakinan dirinya terserlah dalam persembahan ini dan keberanian Aswad harus dipuji. Pun begitu persembahannya kali ini biasa sahaja dan nampak amatur! Menghiburkan juga kalau dilihat dari segi humor.


9.Heliza – Nafas Cahaya

Image Hosted by ImageShack.us
~napela semua dress mesti I pakai luar baju itam ni??

Heliza adalah peserta yang paling mengecewakan Lang. Persembahan vokalnya terlalu mendodoikan dan menjadikan persembahannya agak membosankan. Meskipun ada bunyi CT tapi tiada pula bunyi seperti penyanyi asal! Nampaknya graf Heliza makin merudum dan beliau perlu membuktikan sesuatu kepada penyokongnya!


Akhirnya pelajar yang hensem; Rizal terkeluar juga. Tapi Blalang dah pun menjangkakan penyingkirannya selepas Dekna sejak minggu lalu lagi!! Kepada peminat jejaka ni tak perlula nak bersedih sebab lepas ni Rizal pasti muncul dalam Trek Selebriti, Muzik @ Ria , Fulusmania dan beberapa lagi rancangan Astro dengan gaya yang lebih meletop!

~babai...jumpe kat AstroRia lagi!!


Tugasan Konsert Minggu ke 7:

▪ Penyu Menangis - Sudirman : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Ada - M.Nasir : Dinyanyikan oleh Aizat
▪ Tari Silat Melayu - Aishah : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Rindu Merindu - Fauziah Idris : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ Dondang Dendang - Noraniza Idris : Dinyanyikan oleh Mila
▪ Berdendang Dalam Tangisan - Jamal Abdillah : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Joget Angan Tak Sudah - Jay Jay : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Joget Kaki Lima - Dahlan Zainuddin : Dinyanyikan oleh Shawal
RAsanya, graf konsert depan pun mungkin menurun gak....tapi tak tahulah kalau2 badi angka ganjil AF5 ni akan berakhir!!

Label: