Anugerah Industri Muzik 14
AIM kali ni dimulakan dengan persembahan M.Nasir. Diacarakan oleh Afdlin , Bob dan Adibah Noor...sememangnya majlis ini penuh dengan hilai tawa! Pun begitu, Lang tidak dapat khusyuk mengikuti AIM ni gara-gara keluarga yang lebih nak menonton konsert AF. Keputusan AIM yang paling mengujakan Lang ialah Vokal Wanita Terbaik yang dimenangi Jaclyn Victor. Inilah pertama kali dalam sejarah AIM, Datuk CT tewas sejak memenangi kategori panas itu sejak 1998. Sememangnya vokal yang dimiliki Jac wajib diiktiraf! Seorang lagi bukan Melayu dalam pencalonan vokal juga berjaya iaitu Reshmonu. Ini sesuatu yang menarik dalam industri muzik Melayu khususnya!Kejayaan Sean Ghazi untuk Artis Baru sememangnya sudah dijangkakan. Beliau dicabar dengan bekas finalis Malaysian Idol, Fazli Zainal, Bintang RTM; Izwan Pilus & pelajar AF; Farhan & Bob. Persembahan mereka untuk segmen Artis Baru Terbaik memang patut dipuji meskipun ada riak tidak yakin di wajah calon kategori itu!Rasanya pencalonan tahun ini juga sesengit tahun lalu yang menyaksikan Jac menewaskan Adibah Noor.
Untuk Lagu Terbaik kejayaan M.Nasir melalui Juwita Citra Terindah juga sudah dijangkakan. Tapi pelik pula M.Nasir tewas dalam kategori Album Terbaik sedangkan beliau membariskan lagu-lagu yang hebat serta penuh maksud tersirat dan vokal yang tercalon untuk kategori terbaik! Apakah kriteria album terbaik?? Itu yang perlu dipersoalkan apatah lagi album Sean Ghazi yang tercalon untuk banyak kategori teknikal juga gagal dicalonkan untuk album terbaik! Kemenangan album Transkripsi lebih berbentuk populariti di kalangan juri namun itulah hakikat yang perlu diterima.
Senarai pemenang anugerah utama:
Artis Baru Terbaik: Sean Ghazi
Ramalan ramai: Sean Ghazi
Vokal Lelaki Terbaik: Reshmonu (Superfine)
Ramalan ramai: M.Nasir
Vokal Wanita Terbaik : Jaclyn Victor (Inilah... Jac)
Ramalan ramai : Siti Nurhaliza
Vokal Berkumpulan Terbaik : Raihan (Tawakkal)
Ramalan ramai: Raihan
Susunan Muzik Terbaik: Vivian Chua (Semalam –Sean Ghazi)
Ramalan ramai: Vivian Chua (Getaran Jiwa - Sean Ghazi)
Lagu Terbaik : Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Ramalan ramai: M. Nasir (Sang Pencinta - M. Nasir)
Muzik Video Terbaik : Jordan Suleiman (Lost In America - Pete Teo)
Ramalan ramai: Bisakah – Siti Nurhaliza
Album Pop Terbaik : Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)
Ramalan ramai: Transkripsi
Album Pop Etnik Terbaik: Syahda Berdendang (Syura - Pak Ngah, Eddie Hamid & Idzhar Azwa)
Ramalan ramai: Syahda Berdendang
Album Pop Rock Terbaik : Sang Pencinta (M. Nasir - M. Nasir)
Ramalan ramai: Sang Pencinta
Album Hard Rock Terbaik: Gothik Malam Edan (Search - Edrie Hashim & M. Nasir)
Ramalan ramai: Gothik Malam Edan
Album Nasyid Terbaik: Bahagia Berkasih (Ahmadi Hassan - Omar Nawab, Ali Hussien Mawla)
Ramalan ramai: Tawakkal (Raihan)
Album Inggeris Tempatan Terbaik: Television (Pete Teo - Nick Lee & Pete Teo)
Ramalan ramai: For Real (Juwita Suwito )
Album Indonesia Terbaik : Naluri Lelaki (Samsons - Samsons)
Ramalan ramai: Republik Cinta (Dewa 19)
Album Terbaik : Transkripsi (Siti Nurhaliza - Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian V.E)
Ramalan ramai: Sang Pencinta (M.Nasir)
Label: variasi



