* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Mei 23, 2007

Catatan Kembara Keempat – 21 Mei 2007

Pagi Isnin itu dimulakan dengan acara persiapan diri dan mengemas beg. Kemudian Toolar pergi ke tempat kerjanya dengan selambanya meskipun sudah lewat. Toolar menitipkan kunci rumahnya kepada Lang. Dalam mengemas itu, Lang memulangkan kembali novel “Lang Budi” yang dipinjam pada Gathering lepas dan Himitsu menyerahkan pula novel itu kepada Shahriz. Servis Bertukar Tangan!!!

Kami kemudiannya keluar rumah dan bersarapan dulu di kedai berhampiran rumah Toolar itu. Sekali lagi, Lang menikmati Nasi Lemak secara 3 hari berturut turut. Selesai makan, kami terus ke KL dengan Lang menjadi pemimpin perjalanan. Pening pula TedNet dengan jalan yang dilalui Lang ni!! Kami tiba di Puduraya pada jam 12 tengah hari dan bertemu Shamsul di sana. Himitsu kemudian menaiki bas pada jam 1 dan kami terus ke KLCC untuk menonton wayang. Tiba di KLCC pada jam 1.40 kami terus membeli tiket Spiderman 3 yang belum ditonton Lang, Mr.F, Aries, Shahriz mahupun Tednet. Mengkagumkan, buat pertama kali Lang tak perlu beratur di TGV itu dan terus sahaja ke kaunter kerana tiada yang membeli selain kami.

Lang kemudian sempat mencuba ruangan interaktif yang memaparkan permainan snuker komputer. Jam 2, kami masuk ke panggung 2 dengan seat F8-F12 dan wayang bermula jam 2.15. Wah..merembez pula menonton Spiderman 3 ni...tezz sangat!!! Tednet pula muncul dengan ayat “tak Tezz” nya...hmm takpelah TedNet..nanti kita tengok wayang tezz u plak!! James Franco memang meletups..

Machonyer!!


Topher Grace pun bole tahan!! Oops...Tobey makin berisi ler!! Kristen Dunst pulak makin rendah key jeritannya!!

aiyo..cumil!!


Sungguh sejuk panggung itu, mengalahkan Genting Highlands yang bersuhu sederhana sejuk sahaja!! Nampaknya tema ‘Sejiuk” itu terbawa-bawa ke panggung pula!!!

Selesai wayang pada jam 4.15, kami singah di McD untuk membeli makanan bungkus. Lepas itu, kami berjalan laju untuk menghantar Aries kerana bimbangkan ketiadaan bas. Tiba di tempat parkir, tiba-tiba pula enjin kereta sewa Lang tidak dapat dihidupkan!! Kaget dan cuak pabila tiada isyarat langsung meskipun kunci dipulas. Lang kemudian memberitahu Tednet dan membuka bonet untuk memeriksa enjin. Ooh..bateri longgar rupanya!! Enjin kereta akhirnya dapat dihidupkan namun isyarat penggera tidak dapat dihentikan. Gara-gara itu, Lang terpaksa membuka lampu untuk mengelakkan kantoi di jalan raya nanti!!

Kami kemudian terus ke Hentian Pekeliling. Aries dan kami berpisah di situ dan kami terus ke Puduraya pula. Shahriz diturunkan di tepi Hotel Ancasa dan kami berpisah di situ. Lang tidak berani mematikan enjin kerana bimbang tidak dapat menghidupkan kembali. Oleh itu, kami tidak dapat menghantar dan menunggu Aries dan Shahriz menaiki bas. Secara rasminya, pada jam 5 petang Gathering kali ini berakhir di situ!!

Selepas menghantar Shahriz, Lang meminta bantuan TedNet untuk mengikuti Lang menghantar kereta sewa itu. Kesian pula TedNet yang mengejar masa untuk mengelakkan pulang lewat hingga jam 7 malam namun akhirnya terjadi juga gara-gara kesesakan lalu lintas. Selepas menghantar kereta, Lang menumpang TedNet untuk menghantar ke rumah Lang demi mengambil kereta bapa Lang pula. Kami kemudian bertolak sama-sama untuk ke Bandar S namun berpisah akhirnya di tengah perjalanan setelah Tednet mahu ‘bebas’.

Label: