Persembahan Solo
Aswad- Mungkin Langitmu Lebih Biru
Persembahan Aswad tampak lemah dan feel lagu kurang kesampaian. Ternyata Mawi lebih baik. Satu persembahan yang Ok-Ok saja dan dianggap sebagai berjaya memancing undi!!
Pengkritik: 3 Biru
Blalang : 2 Hijau
Heliza- Ya atau Tidak
Heliza kembali lagi dengan keyakinan yang tinggi seperti minggu lalu. Ton suaranya juga sudah berubah dan beliau sudah menemui identitinya tersendiri. Heliza tidak gedik dalam persembahannya kali ini dan ternyata beliau semakin berani dengan aksinya. Satu persembahan keseluruhan yang baik walaupun vokal sedikit goyah dibeberapa bahagian. Tarian Heliza juga bagus.
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 4 Hijau
Ebi – Bukan diriku
Ebi melontarkan suara dengan baik sekali dan tiada bunyi seperti penyanyi Indon. Feel kesampaian dan shot Ebi dalam lagu ini sungguh cantik dan nampak ‘ganteng’ sekali!! Ebi juga berjaya mencairkan hati untuk menyukai lagu yang kurang Lang gemari ini!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!
Mila – Pudar
Wow...hebatnya Mila!! Nyanyian Mila lebih baik berbanding penyanyi asal!! Mila juga berjaya membuatkan penonton melekat dan terpukau dengan persembahananya!! Satu modal yang baik untuk konsert Final nanti!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!!
Shawal- Copacobana
Nape la dalam banyak2 lagu English, lagu ni yang diberi kepada Shawal?? Sudahla sukar untuk mempersembahkannya malah melodinya agak membosankan!! Lagu ini bukanlah kegemaran Lang tetapi Shawal secara vokalnya masih dianggap berjaya! Kurang interaksi dengan penari dan terlalu bersendiri menyebabkan persembahan Shawal kurang perisa dan aromanya. Oh ye..kesian penari pompuan tu, Shawal tak layan!! Shawal tak perasan ke penari kat belakang??
Pengkritik: 2 Biru
Blalang : 2 Hijau
Candy – Cahaya Cinta
Candy memang nampak sakit dalam persembahannya kali ini. Dipertengahan persembahan nampak seprti beliau sudah tidak sabar lagi untuk menamatkan persembahannya. Satu persembahan yang kurang ikhlas dan telalu banyak kesalahantempo. Candy juga kelihatan tidak berkeyakinan!!
Pengkritik: 2 Biru
Blalang : 1 Hijau
Persembahan Duet:
Candy & Shawal – Menari denganku
Lagu berkonsep begini nampaknya kurang sesuai dengan mereka. Atitud Candy sekali lagi tidak begitu terkeluar bila diperlukan, Shawal pula nampak kurang selesa. Rap Candy kurang lancar dan semput. Masih menghiburkan terutama ketika tiba dibahagian terakhir lagu ini.
Pengkritik : 0 Biru
Blalang : 1 Hijau
Heliza & Aswad – Joget Cinta Sakti
Heliza berjaya mempersembahkan lagu ini dengan baik, Aswad pula agak sederhana dan masih kongkang dengan pergerakannya!! Satu persembahan yang cukup menghiburkan dan tampak serasi!! Mungkin mereka berdua ni sesuai duet lagu joget macam ini agaknya!!
Pengkritik: 3 Biru
Blalang : 4 Hijau
Mila & Ebi – My Heart
Wow!!Hebat!! Ternyata kedua pelajar ini paling bersinar pada malam ini!! Lakonan yang mantap, persembahan vokal cemerlang dan feel yang cukup terasa!! Walaupun vokal Ebi sedikit goyah namun masih boleh dianggap lebih baik berbanding penyanyi asal!!!
Pengkritik: 4 Biru
Blalang : 5 Hijau!!
Penyingkiran Shawal melengkapkan terkeluarnya semua pelajar dari Lembah Kelang secara 3 minggu berturut-turut!! Yang tinggal kini Penang vs Sabah...dan Heliza yang berasal dari Terengganu dan membesar di Sabah boleh dianggap zon berkecuali!! Siapa pilihan pengundi untuk menjadi juara masih belum jelas tidak seperti AF musim-musim yang lepas!! Mungkinkah pelajar Pulau Pinang??
Ulasan Pelajar (graf diturunkan mengikut kesesuaian)
Mila :
Persembahan Terbaik:
1. Pudar – konsert 9 (10/10)
2. Benci Tapi Rindu – Konsert 4 (10/10)
3. Puncak Kasih – Konsert 5 (9/10)
4. Drama– Konsert 6 (9/10)
5. Aku takkan Bersuara – Konsert 8 (8/10)
Persembahan Terburuk
1.Bersamamu – Konsert 1 ( 2/10)
2.Gotta to tell you – Konsert 2 (3/10)
Markah diberi Blalang = 51/70 =72%
Ebi
Persembahan Terbaik :
1.Kasihnya Laila – Konsert 4 (10/10)
2.Bukan Diriku – Konsert 9 (10/10)
3.Al Jannah – Konsert 3 (8/10)
4.Bailamos – Konsert 2 (8/10)
5.Kisah Kau & Aku – Konsert 8 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Milik Siapakah Gadis Ini- Konsert 1 (2/10)
2.Berdendang Dalam Tangisan – Konsert 7 (3/10)
Markah diberi Blalang = 48/70 =69%
Heliza
Persembahan Terbaik:
1.Kesal – Konsert 8 (10/10)
2.Ya atau Tidak – Konsert 9 (9/10)
3.Kau Pergi Jua – Konsert 1 (9/10)
4.Melodi Ahlaan – Konsert 3 (7/10)
5.Aku Bukan Untukmu – Konsert 2 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Diam- Diam Jatuh Cinta – Konsert 5 (2/10)
2.Nafas Cahaya – Konsert 6 (2/10)
Markah diberi Blalang = 46/70 =66%
Candy
Persembahan Terbaik:
1.Terlalu Istimewa – Konsert 3 (10/10)
2.Semua Jadi Satu – Konsert 2 (9/10)
3.Gadis dan Bunga – Konsert 6 (8/10)
4.Perhaps Perhaps Perhaps – Konsert 8 (7/10)
5.Tari Silat Melayu – Konsert 7 (7/10)
Persembahan Terburuk :
1.Cahaya Cinta – Konsert 9 (2/10)
2.Ka-Ching – Konsert 1 (3/10)
Markah diberi Blalang = 46/70 =66%
Aswad
Persembahan Terbaik
1.Penyu Menangis - Konsert 7 (9/10)
2.Korban Cinta – Konsert 8 (9/10)
3.Nak Kahwin Duit Tak Ada – Konsert 2 (8/10)
4.Langit Biru - Konsert 9 (8/10)
5.Hakikat Sebuah Cinta – Konsert 4 (7/10)
Persembahan Terburuk
1.Hijau Bumi Tuhan – Konsert 3 (2/10)
2.60’s TV – Konsert 5 (2/10)
Markah diberi Blalang = 45/70 =64%
P/S: Tapi minggu depan Lang busy ngan gathering...harap2 bolehlah curik masa untuk mengetahui perkembangan konsert akhir nanti!!
Label: variasi