* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Mei 14, 2007

Air oh Air...

Lang sedang sakit ketika menaip entri ni...semua gara-gara minum air masak di rumah yang tidak bertapis itu!LAng ni very sensitive dengan kebersihan air, senang je kalau nak kena penyakit atau alahan ni!! Hmm parents Lang ni bukannya mampu nak pasang benda alah tu...kami minum je apa yang dibekalkan syarikat bekalan air...hmm kalau tengok kolah bilik air yang berwarna putih di rumah Lang ni, leh tau dah tahap kebersihan air yang disalurkan!!

Setiap minggu haruzla kena bersihkan sebab dasarnya jelas nampak karat yang mendap!!
Alkisahnya bil air akan dinaikkan nanti..aiyo tapi kualiti nampaknya masih di tahap itu, yelah paip diguna sejak zaman Uji Rashid lagi!! Aiyo menteri kata nak denda rakyat gamaknya ..semua orang nak di dendanya , menteri bila plak nak kena denda?? Asyik naik je kan??

Lagi best tengok jiran yang duduk sebelah bukit yang banyak mata air ...setiap hari diorang minum air bukit yang suci& bersih ittew juga free of charge!! Cuma perlu maintenance yang kerap je la...dulu diorang guna buluh sajor sekarang dah tukar yang plastik! Jimat lagi menyihatkan..rumah Lang ni sebelah bukitnya tanah perkuburan!! Manala boleh nak wat gitu gak!!

Hmm sekarang ni dahla demam,kulit kering, panas, pening, tekak sakit ...suara pun dah takdo!! harap sakit ni semakin sembuh menjelang gathering nanti!!!
~matila I nak berkaraoke tak dapat!!~

Label: