Catatan Kembara Ketiga – 20 Mei 2007
Pagi Ahad itu , Lang, MrF dan Toolar mulakan dengan aktiviti bersarapan pada jam 8.45 pagi. Shahriz pula masih tidur dan kami membelikan beliau Nasi Berlauk sebagai sarapan. Setelah Shahriz bersiap, kami terus ke pasar di Country Homes untuk membeli bahan-bahan untuk BBQ malam nanti. 2 ekor ayam dibeli bersama bihun, sos dan bahan rencah masakan yang lain. Cuma Shahriz yang dapat membayangkan menu sebnar malam nanti kerana beliaulah Chef Agung untuk acara BBQ ini!Dalam pada itu, TedNet sudah bertemu mereka yang lain di rumah Cekmi dan menghantar Grey di Puduraya. Kami berjanji untuk bertemu di Berjaya Times Square tengah hari itu namun agak lewat kerana memerlukan sedikit masa untuk menyediakan perapan ayam. Kami kemudian terus ke KL dan bertemu mereka di tingkat 10 untuk makan tengah hari. Kami kemudian ke pusat boling untuk acara seterusnya. Pun begitu, A-Del terpaksa berpisah kerana ada komitmen lain sebagai selebriti.
Kami memulakan permainan boling di lane 39. Himitsu berjaya mengekalkan rentak permainan begitu juga dengan Cekmi. Toolar pula seperti baru lepas mendapat latihan kerana tidak lagi bergelar Naib Juara Longkang. Pun begitu, permainan kami terganggu gara-gara ‘kepandaian’ Mat Saleh di lane sebelah kami ni menekan fungsi reset setelah bermain separuh game. Akibatnya sistem komputer kami juga terjejas gara-gara aksi berangan Mat Saleh itu seolah-olah memiliki pusat boling itu!! Oleh yang demikian, kami dipaksa bertukar ke lane 37 dan agak malang bagi Toolar kerana Strike miliknya dibatalkan dan perlu baling semula.
Gandingan Aries dan TedNet menjadi Juara Longkang baru,namun bukan pertandingan siapa hebat yang menjadi motif acara itu. Acara untuk tujuan sosial dan santai itu turut diserikan dengan kehadiran wanita sejati yang pernah mengelarkan dirinya Lasagna iaitu Yanz Sairi. Akak Yanz hadir dengan jarinya tercedera gara-gara memotong bahan masakan katanya...aiyo!!!
Suasana menjadi semakin meriah dan penuh dengan acara bergambar oleh TedNet. Petang itu Himitsu menjuarai diikuti Shahriz, Toolar, Cekmi, Lang-MrF dan Aries- Tednet. Takhta Strike dimiliki Himitsu manakala Shahriz dengan takhta Spare...dan hanya mendapat Strike diakhir game kedua!!!Lang pulak dapat merasa sakit kembali tangan bekas kemalangan motor ini dan menjadi merah-merah pada parutnya namun tetap berasa puas dan gembira petang itu. Akak Yanz kemudian meminta diri kerana urusannya dan kami pun terus ke rumah Toolar untuk acara seterusnya.
Toolar yang parking di luar bangunan menyebabkan kami perlu menumpang dulu kereta Cekmi dan TedNet kerana risau akan terpecah haluan. TedNet dan Cekmi meletak kereta di aras ‘Ikan Biru’ seterusnya mengundang buah mulut kami yang menumpang. Sungguh bertemakan anak ikan!!!
Tiba di Rawang, kami singgah sebentar di pasaraya NSK untuk membeli bahan yang lupa dibeli. Kemudian kami tiba di rumah Toolar pada jam 7.25 malam. Shahriz, Himitsu, CekMi, TedNet dan Aries ditinggalkan seketika di sana untuk Lang, Mr.F dan Toolar membeli bahan lain seperti arang, ais dan kejutan untuk Himitsu. Pada jam 8 malam, acara persediaan bermula dengan mantap dengan diketuai Shahriz di bahagian dapur di bawah dan Himitsu di bahagian alat bakar di tingkat atas. Bau masakan Shahriz sungguh menggoda selera sekaligus mengelorakan lagi jiwa kami malam itu seperti Gloria Estafan!!
Himitsu, Cekmi, TedNet dan Toolar bertungkus lumus untuk bahagian beranda manakal di tingkat bawah dipelopori oleh Shahriz, Aries, Lang dan Mr.F. Gotong Royong yang berjalan menampakkan keharmonian kami yang erat bagaikan sebuah keluarga yang bekerja sama demi majlis yang akan dinikmati bersama. Macam adanya Mak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Mak Usu dan Cik Kiah pulak!! Dalam masa singkat, makanan dan pekakasan dapat disediakan.... syabas!!!
Sesi BBQ itu diserikan dengan acara menonton Gangstarz TV3 di kaca TV tingkat atas itu. Sambil makan, acara berbual tidak pernah ditinggalkan walau seketika. Senda gurau , tawa dan semua perkataan yang terhambur menyaksikan hubungan kami semakin rapat. Selepas Gangstarz, kami melayan drama 2 beradik tezz iaitu Supernatural dengan episod lukisan berhantu. Kemudian acara meniup kek oleh Himitsu pula menyusul dengan penuh drama dan lakonan semula!! Kami kemudian menikmati kek coklat berjem oren itu dengan diserikan acara meminta Lang suap Mr.F oleh mereka yang lain terutama TedNet. Toolar pun nak suap juga tapi dia yang suap dirinya sendiri!!
Malam itu berakhir dengan sesi kemas mengemas dan Cekmi berangkat pulang pada jam 12.30 malam. Kami pun membuat acara baring duet selepas itu dengan Tednet- Aries, Shahriz- Himitsu dan Lang-Mr.F di tempat masing –masing manakala Toolar feeling duet sorang-sorang!! Menurut Himitsu, Shahriz akhirnya tidur seorang kerana dirinya tidak mahu di‘prot-prot’ oleh Diva Masakan itu!!
Label: kengkawan