* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Mei 23, 2007

Diari Gathering Pertengahan Tahun 2007

Alhamdulillah...Gathering yang berlangsung selama 4 hari selesai dengan jayanya. Bermula petang Jumaat (18 Mei) dan berakhir pada petang Isnin (21 Mei)...ini merupakan gathering paling panjang dalam sejarah!! Dengan peserta rasmi seramai 16 orang ditemukan, gathering kali ini berjaya mengekalkan kemeriahan gathering yang lalu sekaligus menepis tanggapan awal yang menganggap akan berlaku sebaliknya. Ini juga kali pertama Lang mengedarkan kad aluan Selamat Datng yang mengandungi atr\urcara Gathering...kepada yang tidak dapat tu minta maaf yer! (Lang masih simpan 5 keping!!!)


kad rekaan Blalang sebagai aluan dan kenangan


Okla...sekarang kita ikuti catatan khas daripada Blalang ini...

Catatan Kembara Pertama – 18 Mei 2007

Petang Jumaat itu,jam 4.10 petang; Lang memandu kereta bapa terus ke Puduraya gara-gara kereta sewa yang dijanjikan lewat diterima. Ini kerana Shahriz telahpun tiba di Puduraya dan sudah memulakan acara menunggu. Nasib baiklah jalan kurang sesak, jam 5 petang tiba di perhentian bas KL itu!! Jumpa Shahriz, kali menunggu Himitsu pula. Tapi tak lama kemudian Himtsu tiba dengan kawannya Shamsul. Pun begitu, Shamsul perlu ke Subang untuk urusannya...lalu Lang mengambil keputusan untuk drop Shamsul di LRT Pasar Seni.

Kami kemudiannya ke Hentian Pekeliling pula untuk mengambil remaja suci bergelar Aries; peserta terbaru dan termuda dalam gathering kali ini. Dalam perjalanan, Shahriz dan Himitsu dilayankan dengan CD buatan sendiri; rangkaian lagu diva bersuara power milik Lang.

Aiyo...jalan ke hentian bas itu sememangnya sesak, lalu Aries dipaksa berjalan ke seberang jalan dan kami mengambilnya dari situ. Nasib tak baik, bumper depan tersangkut plak kat kaki lima semasa membuat pusingan U. Aiyo...nasiblah bumper plastik itu cuma terkeluar dari lekapan sajork!!! Tak lama kemudian Aries tiba dengan warna temanya iaitu Ungu. Wah suci sungguh wajah budak ni...cuak3!! Bila ingat Aries tanggungan Tednet ada baru lah rasa cool...ooops!!

Selepas mengambil Aries, kami terus ke KLCC. Kelam kabut juga Lang ni sebab nak antar kereta bapa dan mengambil kereta sewa. Selepas bersolat Maghrib di KLCC, Lang terpaksa meninggalkan Himitsu, Aries dan Shahriz untuk ke tempat kereta sewa. Lang meminta bapa untuk hantar ke sana. Cekmi menghantar SMS yang dia dalam perjalanan ke KLCC..begitu juga Rattar dan Mr F. Grey pula hantar SMS dia sudah tiba di Puduraya. Hujan renyai-renyai menyebabkan jalan sesak lagi!! Lang dengan jujur menjawab panggilan Grey mengatakan perjalanan ke Puduraya mungkin dalam 40-50 minit. Nasib baiklah Grey mengetepikan bersikap diva dan rela menaiki LRT untuk bertemu Lang. Dalam perjalanan itu, Lang mendapat beberapa SMS lagi secara serentak dan sekaligus menambahkan suasana kelam kabut sehingga ada yang bereaksi geram gara-gara Lang tidak dapat melayan SMS itu...sorry yer!!

Selepas dapat kereta sewa itu, Lang mengambil Grey di stesen Jelatek dan terus ke KLCC. Aiyo...jalan plak tiba-tiba ditutup...menghuru harakan lagi keadaan mengejar masa itu!! Tiba di KLCC pada jam 10 malam. Kedai semua dah memula tutup...akhirnya berjumpa dengan Mr F, Aries, Cek Mi, Shahriz, Himitsu dan Rattar. Kami berborak dahulu sebelum berangkat ke Plaza Ampang untuk acara nyanyian malam . Rattar terpaksa pamit dahulu kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Di Plaza Ampang , Toolar muncul. Kami terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke bilik nyanyian itu gara-gara kehadiran begitu ramai penyanyi kabaret malam itu. Ada plak salah seorang manusia yang tak hingin Lang jumpa terserempak di situ...aiyo menci I!! Tak lama kemudian Nan pula muncul dengan lenggoknya!!

Kami masuk ke bilik nyanyian itu pada 11.45. Dimulakan dengan Kenangan Terindah, Pencinta Wanita yang merupakan nyanyian lagu-lagu dari Nan dan Himitsu yang dilatari suara CekMi dan Toolar. Lang kemudiannya solo dalam lagu Gadis Melayu. Selepas itu A-Del pula muncul dan menyertai kami.

Antara lagu yang berkesan meretakkan bangunan malam itu ialah Bukan Diriku (Nan), Nurkasih (Himitsu&Grey), Lamunan Terhenti (Grey& Himitsu), Semusim Berlalu (CekMi),Ada Apa Denganmu(Toolar), Biarlah Bulan Berbicara( Shahriz), Rindu Belaian (A-Del), Uptown Girl(MrF), Permaidani (Himitsu), Mungkin Nanti (A-Del), Kasih Berubah (Toolar), SayYes (Himitsu), Flora Cinta (Himitsu&Nan) dan My Heart (CekMi& Toolar). Lang sekali lagi solo dalam lagu Mungkin (Anuar Zain)...sambil nyanyi tu terdengar juga kritikan juri malam itu iaitu CekMi dan Toolar..... Wah bahana demam AF sungguh!!

Ada juga lagu yang ala2 perlu jurutera bunyi untuk cover balik macam lagu Buat Sang Puteri persembahan Shahriz, Budi (Grey) ..oops!! Persembahan penutup malam itu adalah Memori Cinta Luka (Lang&Grey) dan Dua Insan (Nan&Toolar). Aries pula malam itu masih dalam kepompongnya....malu untuk melontarkan vokalnya yang penuh rahsia itu malah melayan dirinya dengan MP3 Player. Shahriz pula sempat melelapkan mata dalam keadaan hingar itu...hebat betul!!

2.45 pagi; selesai meretakkan bilik dan bangunan itu, kami pun singgah sebentar di restoren mamak di Setiawangsa. Agak aneh, kami kelihatan seperti budak-budak yang baru balik klabing bak kata Mr.F!! Kami melepak di situ hampir sejam dan jam 4 pagi kami terus ke rumah Cekmi untuk acara Beradu Di Khayalan. Kami berpisah dengan A-Del dan Nan disitu. Dalam pada itu persoalan timbul..adakah kami mampu bertahan tidur selama 3 jam dan bangun pada pagi itu???

Label: