Bagaimana nak masuk fotopages?
Aiyo ..sejak minggu lepas ada je yang tanya macam mana nak nak masuk http://greylocust.fotopages.com gara-gara ada username&password segala!! Lagi satu hal, ada kesukaran juga nak masuk disebabkan server laman fotopages yang bermasalah.
Baiklah kali ini Lang nak share macam mana nak masuk ke ruangan fotopages dan cara mengupload gambar demi kengkawan yang masih ‘hijau’ dengan laman fotopages ini!
Untuk Memasuki Fotopages dan lihat gambar
Taipkan URL di address bar (contoh : http://greylocust.fotopages.com ) atau terus je ke laman http://fotopages.com
Masukkan username dan password (jika ada). Adalah digalakkan mengisi di ruangan atas sebelah kanan (kotak yang lebih kecil) kerana proses akan lebih licin. (bukan botak licin)
Klik "My Account" kemudian “My Fotopage” untuk melihat gambar-gambar yang ada di dalam laman itu!!
Untuk memuatkan gambar baru...
masuk ke laman http://fotopages.com dan login. Kemudian klik “My Fotopage”
Untuk memuat ataskan gambar (upload picture) klik “Today/New Entry”
Taipkan judul entri di bahagian 'title' dan penerangan di bahagian 'text'
Klik “browse” untuk memilih gambar dalam fail anda (maksimum 6 sekali upload)
tekan “save/update” untuk mengesahkan entri anda
Ulangi langkah 7 &8 untuk memasukkan lebih banyak gambar dan jangan lupa tekan “save/update”
tekan “My Fotopage” setelah selesai entri disimpan dan lihatlah entri baru dah muncul!!
Itulah tadi, sesi kuliah sempena Minggu IT Kampung Ros Mawar tempat diva-diva membesar di utara tanah air....kampung Shahrizal dan Afeer la, siapa lagi!! Kalau ada apa-apa lagi kemusykian..bolehla tanya Blalang lagi!!(jangan tanya Pak Blalang plak tau!! )
Label: variasi







