* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Khamis, Mei 14, 2009

Panass..Panass..Panass

Salam ...

Entah kenapa beberapa hari kebelakangan ni ..hampir setiap malam terasa bahang kepanasan dalam umah lama Lang ni.... ayik-asyik hujan tak jadi!! 2 hari lepas barulah 'menjadi' hujan turun di kawasan umah yang bakal Lang tinggalkan hujung bulan ni!!

Agaknya inilah kesan global warming...hmmm harus wat Earth Day hari-hari ni....jimatkan penggunaan tenaga maka kuranglah pembakaran arang batu, diesel, petrol & bahan bakar yang mencemarkan itu kekdahnya!!

Kisah nak pindah tak selesai-selesai lagi!! Kontrektor pengubah suaian dah tunjuk belangnya cuba menipu keluarga Lang dengan mengatakan rumah itu dah pun dicat warna putih padahal mereka hanya menggunakan alas cat(Under coat) yang berharga murah!!
Ini lah dia sikap bangsa sendiri terhadap bangsa sendiri kan??


nyesal plak tak upah je kontrektor lain...konon bila dah kenal lama maka hasilnya ok dan tiada minta lebih-lebih...tapi 'nan ado' plak hasilnya..senget sana... bengkok sini...geram je dibuatnya!!bila suruh baiki balik kesilapannya tu..dimintanya pula upah yang baru!!! macam %&^*&($#@!!!


Barang-barang umah lama yang nak dibawa pun masih belum selesai lagi..umah baru tu dah 95% siap....mungkin dalam minggu depan baru 100%!!

berdebar-debar dan berkecamuk perasaan bila nak berpindah ke kawasan baru.apatah lagi dengan persekitaran yang amat jauh berbeza!!Perjalanan kehidupan seharian bakal berubah lagi!!

Minggu depan , teman Lang yang berada di carta teratas iaitu Shahriz@ Shahkira bakal mengunjungi Lang ...tak sabar nak bertemu teman baik Lang ni!Kepada kengkawan yang nak join..marilah!! beliau bakal muncul 21-24 Mei ni..dan kami bakal menjalankan beberapa aktiviti bersantai yang wajib!!!

Gathering??hmm perkataan tu tak sesuai la!!Tapi kalau ramai yg joinleh la pertimbangkan ia satu bentuk perjumpaan beramai ramai gak!!


Cuti 2 hari Lang dah pun lulus...yuhuuuu cuti Khamis,Jumaat,Sabtu & Ahad!!!

Yariiiiibaaaaaa!!!!

Label: