* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Mei 04, 2009

Kerja ku kini dan dulu!!


Nak kabarkan kisah kerja Lang ni kan...hmm nak sangat tau kan??tak story lak ada yg ingat Lang ni tanam anggur sesuburnya plak!!:p

Setelah tamat tempoh percubaan di syarikat S..ye Syarikat S lagi..banyak betul S dalam idup Lang ni!! Ok sambung balik..kerja di syarikat S ni iaitu syarikat S ketiga bagi Lang setelah kilang S, Syarikat Perniagaan S, merupakan tempat kerja terbaik pernah Lang jawati (ada ke perkataan ni?)

Dengan persekitaran yang semakin Lang senang dan kerja 'sebenar' yang Lang rasai...menjadikan hari-hari yang berlalu bagai angin yang meniup ubanku!!

Tugasan yang diberi memang mencabar minda!!

'Nature' bagi dunia pekerjaan Lang ialah punggung melekat di kerusi, kaki terhentak sesekali, tangan bermain di tetikus dan papan kekunci, mata yang melekat 180 darjah ke skrin komputer , otak berpusing bagaikan gasing dan mulut yang mengetap bibir!!

Dengan bebanan kerja Lang pada bulan ini yang berganda....jadi apakah pandangan umum terhadap pekerja yang seperti Lang ini??

mari kita dengar soseh2 mulut puaka dalam opis...

1. "eh budak tu tak reti bercakap ke??"

2. "eh budak tu sombong ye...duduk kat meja je!?"

3. "budak tu main game????"

Lang cuma dapat membalas setelah tahu soseh2 ni tapi ia langsung x menggangu perasaan Lang..

Jawapan 1: Lang memang tak bercakap sangat lagi-lagi ketika sibuk atau berhadapan dengan orang yang Lang tak rapat atau yang Lang tak reti nak terjah!!

Jawapan 2: Lang sombong??ini merupakan vice versa..Lang takkan 'sombong' dengan orang yang sombong atau tak tegur Lang apatah lagi kalau Lang senyum mereka tak balas!! Malang bagi orang yang rasa Lang sombong sebab dah ramai kawan tawa Lang dalam jabatan Lang ni!!

Jawapan 3: Bagi yang ingat Lang main game tu memangla berpengetahuan rendah dengan kerja Lang yang melibatkan beberapa perisian!! Mau tergelak Lang dibuatnya!!


itu dia antara soseh soseh yang langsung tak memberi efek kat Lang. Ada diantara mereka dulu pnah berani bertaruh yang Lang tidak akan melepasi tempoh percubaan dan akan berhenti awal. Sememangnya tidak dinafikan pada awal lantikan, prestasi kerja Lang amat perlahan dan boleh dikatakan lemah namun satu persatu kebangkitan transformasi dalam diri yang membawa Lang ke detik ini.

Meskipun gaji tidak setinggi kengkawan Lang yang sama belajar di pusat pengajian dulu..namun dengan jawatan di syarikat antara terkukuh di Malaysia ini membuatkan sedikit kegembiraan di hati Lang yang pernah dicemuh dan dituduh sebagai seorang yang suka goyang kaki, suka menganggur, terlalu memilih kerja dan macam-macam lagi ayat laser yang kejissss!!

Di saat kegawatan ekonomi ini menyaksikan beberapa syarikat yang pernah 'dikerjakan' oleh Lang mengalami masalah kewangan sehingga memaksa merka memotong kos pekerja dan pengeluaran produk.

Kilang S, kilang T, syarikat J, syarikat Perniagaan S semuanya mengalami kerugian dan watak-watak bongkak ketika Lang bekerja disana sudah tunduk ke bumi dengan tamparan yang merka terima kini. Lelaki filipina syarikat J yang bekerja dengan kilang T, yang pernah menikam Lang dari belakang sehingga Lang disingkirkan kini rasailah kerja tanpa elaun dan gaji tinggi seperti sebelum ini, begitu juga jurutera kilang S yang kini sudah mula membuka jobstreet untuk mencari pekerjaan lain setelah kilang itu dikatakan akan menutup operasinya di negara ini!!

sekali lagi..dunia ni bagaikan roda..Lang juga cuba beringat ketika masih berada ini...

itulah saja ngomelan Lang kali ni... jangan termenung je yer..huhu

Label: