* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Jun 10, 2009

Sinar baru di opis!!

Setelah seminggu Lang telah berasa lemau di opis setelah kepergian seorang budak prektikel di opis yang kiut lagi mesra yang menyebabkan Lang kehilangan 'jiran' dan terasa sepi selama seminggu...

Semalam pula hadir satu permata baru menggantikan kepergian budak kiut itu dan paling mengujakan ialah beliau lagi mantap rupa & fizikalnya..pendek kata tersangatlah tezzzz!!!!

Mempekenalkan dirinya kepada staf lain antara terawal ialah kepada diri Lang ini..hmmm dengan lemparan senyuman manis madu berserta seri wajah yang memukau pandangan Lang...

Umur yang masih remaja dengan gaya yang memikat sesungguhnya amat menarik perhatian termasuklah beberapa staf yang lain...(hatta staf yang dah berkahwin!)

hmm setelah Lang diperkenalkan, budak baru itu terus berbual-bual dengan Lang (wow bulan jatuh ke riba) dan Lang pun terus melayannya bagaikan ada 'chemistry' antara kami berdua pula (perasan!)


sungguh mesra suara panggilannya!! wahhhh...teruja!!! (cair pun ada!!)

Lang sempat menanyakan sedikit sebanyak latar belakangnya dan Lang juga sempat memberi pengenalan serta panduan mengenai pekerjaan Lang dan persekitaran di opis itu.

Selesai berbual, kami sama-sama ke kafe untuk mengalas perut ...dapat lagi Lang menatap wajahnya!! (kelassss)

Persis model majalah remaja...Lang terus menatap keindahan yang terbentang di ruang mata....tanpa membazirkan meski sesaat!!

Dalam hati Lang nak sangat berterima kasih kepada Bos Lang yang nampaknya begitu bijak memilih pekerja dan pelatih baru di syarikat itu kerana kebanyakan mereka memiliki wajah yang menarik, berkarisma serta penampilan yang hebat!!!

Adakah bos Lang mementingkan rupa juga ye??hmmmmmm..bagus jugak tu!!


Apa-apa pun...kini Lang lebih bersemangat untuk ke opis dengan kehadiran budak baru yang digelar Spa- Q kerana sensasinya kepada diri Lang yang menatap wajahnya yang dah beberapa zillion kali ntah!!!! Wahai Spa Q...kemarilah kau ke dalam mimpi ku (cehhhhh!!!)

Label: