* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Isnin, Julai 24, 2006

Fenomena kembar Z Z Malaysia!!!wah..merembezzz

Sari Berita Penting :

Didapati dua pemain kembar skuad bawah 20 tahun negara iaitu Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain skuad Negeri 9 Naza ..telah membuatkan para gadis remaja sekolah merembez-rembez apabila melihat wajah dan aksi mereka dimana2!!tidak ketinggalan pembaca berita ini sendiri...iaitu saya,Blalanglalang telah terpana melihat mereka pertama kali dalam majalah kontroversi negara iaitu MAngga!! untuk perhatian..Himitsu telah memaklumkan kedua kembar ini telahpun muncul didalam majalah keluaran terkini sebagai penghias dan penyeri edisi keluaran terkini majalah2 terkemuka!!!

Sari Kelapa Parut (sari berita karut): kain sari aci telah hilang dicuri oleh burung gagak siang tadi..oops... Aci mana plak yg prasan diva ni???aiyooo!!!







Profil:

KEJAYAAN pasukan bola sepak Malaysia Bawah-20 apabila layak menyertai kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 20 tahun yang akan berlangsung di India pada bulan Oktober nanti dikatakan memberi nafas baru dalam arena bola sepak tempatan.

Malah, kemenangan demi kemenangan yang dicapai skuad bimbingan K. Rajagopal dalam siri perlawanan persahabatan yang diharungi lebih meyakinkan lagi ramai pihak bahawa skuad ini bakal kembali untuk memartabatkan bola sepak negara yang kian tenggelam dewasa ini.

Selain menjadi sebuah pasukan yang dikagumi, skuad ini juga telah melahirkan beberapa pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan mendadak. Nama Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha Abdul Radzak adalah antara nama yang tidak lekang meniti di bibir peminat bola sepak kini.

Merupakan pasangan kembar seiras, pemain yang lahir dari Sekolah Sukan Bukit Jalil ini mula menjadi tumpuan peminat. Bukan sekadar disebabakan kebolehan mereka di padang, tetapi wajah tampan mereka juga digilai remaja-remaja perempuan. Kehadiran mereka berdua dalam kancah bola sepak Malaysia juga boleh diumpakan seperti pasangan kembar dalam skuad bola sepak Belanda, Frank de Boer dan Ronald de Boer.

Baru berusia 19 tahun, anak kepada pasangan Abdul Radzak Salleh dan Azizah Arshad ini mengakui bahawa adakalanya mereka mula dikerumuni para peminat yang ingin bergambar dan meminta. Dan ternyata keadaan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan mereka berdua.




Sari Berita tak penting: wah...abislah merembez tengok anak ikan 2 orang ni!!! kepada yg kurang berminat sila layan sahaja fenomena yang berlaku kali ini!!sekian terima kasih!!

Zaquan (adik) & Zafuan (abang).....


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Zaquan.....duduk seksi...Zafuan menarik sekali!!


Image Hosted by ImageShack.us

Zaquan..wah..apa yg terbonjol ittew???!!!


Image Hosted by ImageShack.us
Zafuan ketika mengalahkan Myanmar 4-2!! malatops!!


Image Hosted by ImageShack.us

Zafuan....wah..angkat tinggi lagi!!! ^ sukerzz!!! ^



Image Hosted by ImageShack.us
Zafuan keletihan beraksi!!



Image Hosted by ImageShack.us

Pasukan Anak Ikan Malaysia yg telah membelasah anak ikan Myanmar 4-2!! Congrats!!

Zafuan (no.8) Zaquan (no.17) &Blalang (no. ekor..kat rumput2 tu x nampak!!)


Ini dia...Petikan dari Majalah Arena Bolasepak (ABS)....

ABS: Bagaimana perasaan menjadi pemain yang cukup dikenali di usia muda?

Aidil: Sangat terharu tetapi ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya saya dapat mengenali bermacam jenis dan ragam orang, contohnya seperti kamu (penulis). Kalau bukanlah kerana bola sepak, rasanya tidak mungkin kami berpeluang melihat negara orang. Dalam pada tu ada juga keburukannya, kehidupan kami lebih terdedah, kurang privacy dan masyarakat ingin mengetahui apa yang kami buat. Sampai ada yang merayu minta nombor ‘phone’ kami. Tolonglah jangan anggap kami sombong jika enggan bagi nombor phone. Kami hargai sokongan yang diterima, namun ada baiknya sekiranya ada batasan di antara pemain dan peminat. Kami juga mahu menjalani kehidupan yang sederhana.

ABS: Kamu bakal bermain untuk satu kejohanan besar, bagaimana tekanan yang kamu hadapi?

Aidil: Itulah masalahnya, satu pasukan merasai tekanannya kini kerana bimbang rakyat dan juga media Malaysia terlalu mengharap. Itulah yang kami mahu elakkan, kami berjanji memberikan yang terbaik. Bimbang sekiranya gagal, kami akan dihentam dengan teruk. Kami berharap doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi kejayaan kami kelak.

ABS: Bagaimana karektor ganas dan ‘rebel’ seperti yang dilabelkan segelintir peminat?

Aidil: Itu adalah tanggapan orang yang tak pandai menilai permainan dan bola sepak itu apa. Kami bukannya gangster di atas padang cuma agresif dan lasak sahaja. Kalau tak agresif lebih baik tak payah main bola. Setiap pemain mempunyai karektor dan cara permainannya tersendiri

Sebagai penutup...terimalah gambar2 yg sikit je ni... untuk tatapan!!x leh lelebih..kang kontroversi!!abislah remaja remaji makan hati!!




Image Hosted by ImageShack.us


paling suka pic ni...kelazz gitu!!!

Label: