Kepercayaan........
Kepercayaan adalah salah satu elemen penting dalam jiwa manusia…Kita hidup di dunia berlandaskan kepercayaan.... dengan kepercayaan kita merasa selamat dan yakin dengan apa yang kita lakukan! Bukan mudah meletakkan kepercayaan kita kepada seseorang …..betapa ia memerlukan keyakinan yang tinggi dalam diri insan terbabit!! Maka wajarlah kepercayaan yang diberi kepada seseorang itu dianggap sebagai satu penghormatan yang tinggi dan mulia!! Sesungguhnya bukan mudah mendapat penghormatan sebegitu, lebih-lebih lagi sekiranya kepercayaan yang diletakkan adalah begitu tinggi pada orang yang memberikannya!!Bagaimana pula sekiranya kepercayaan yang kita beri dirosakkan begitu sahaja??tentulah kita akan hilang kepercayaan terhadap mereka ini dan berasa amat kecewa.... malah rasa dikhianati!! Contohnya, kita ceritakan satu rahsia kepada seseorang yang rapat dengan kita pada suatu hari.....alih2 keesokannya..... cerita itu sudah disebarkan juga disindir oleh orang2 lain pula!! Apakah agaknya perasaan orang yang dikhianati itu?? Sedih?? marah?? geram?? kecewa??? Adalah pelik kalau si mangsa itu berasa gembira atau tidak merasa apa2, bukan???
Dalam hal sebegini....telah banyak yang Lang lalui apatah lagi ‘terkena’ dengan makhluk-makhluk yang Lang berikan kepercayaan yang amat tinggi dan akhirnya menjerat diri Lang sendiri!!! Mungkin kerana apabila sudah mesra dan rapat, kita merasa yakin dan selamat dengan orang tersebut.... hingga lupa akan kemungkinan yang boleh terjadi!!! Maka diceritakanlah sepenuh jiwa kepada makhluk-makhluk itu tentang apa yang Lang ingin kongsi dan luahkan secara ekslusif.....
Tanpa diduga…pada suatu hari...tiba2 cerita itu dibongkar dan ditelanjangkan kepada umum!! Tambahan lagi,ada yang bukan setakat menyebarkan cerita berlabel rahsia tersebut sahaja..malah melangkah lebih jauh daripada itu!!! Bukan sahaja isi cerita yang mahu dibongkar..malah watak2 dalam cerita (rahsia) itu juga mahu diterjahnya tanpa rasa bersalah!!!Bila kita dapat tahu apa yang mereka telah lakukan.... Tuhan sahaja yang maha mengetahui betapa hancurnya perasaan orang yang dikhianati dan teraniaya sebegitu !!

Lang sudah banyak terkena dengan orang2 yang tidak tahu menjaga hati insan lain seperti ini, tidak pernah berasa bersalah serta menganggap hal penting kita sebagai remeh temeh!!paling mengecewakan adalah mereka ini bersikap tidak amanah ….. Halnya kalau dalam dunia profession ; pecah amanah syarikat tu hukumannya dipecat dan disenarai hitam bukan??? Bagaimana pula dalam soal hubungan antara insan?? Perlukah makhluk2 tersebut dianggap sahabat lagi?? Apakah jaminan mereka ini tidak akan mengulangi perkara yang sama???
Serik????Entahlah sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang sudah berkali-kali Lang terkena!! Apa yang perlu dilakukan pada hari mendatang ???Berhati-hati ?? Jangan mudah percayakan insan lain??? Berwaspada dengan kawan baik sendiri??? Curiga dengan orang lain???Entahlah....sebab sukar mengesan mereka ini dikalangan kita!!…hari ini kawan, esok bertukar menjadi lawan!!!Siapa tahu ??? Bagi Lang sendiri...alhamdulillah ...tidak pernah pula setakat ini, membocori rahsia yang diamanahkan orang lain kepada Lang ...dan bila masa Lang ingin berkongsi rahsia atau cerita mengenai diri Lang ....terjadi pula yang sebaliknya!!Mungkin ini satu ujian.... Akhir kata, Lang doakan.... janganlah korang menjadi mangsa mereka yang seterusnya pula!!!Aamiiiin!!
Label: madah kiasan