* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, November 27, 2007

akhirnya kini pasti!!

alhamdulillah...akhirnya LAng diterima jua di kompeni yang bernama 'S' jua itu (wah macam tersangkut semua benda bernama S ni!!)

Lang bakal mula sabtu ini - 1 Disember 2007...aiyo..bermulala satu lagi episod baru dalam kehidupan....

sekarang ni cuma pening hal kenderaan ke tempat keje...sebab tempat tu ceruk dan jauh... aduh...pening3

Satu lagi...Lang agak terkilan tak dapat beri komitmen tinggi dalam perjumpaan kawan-kawan nanti...minta maaf semua...tapi Lang akan cuba yang terbaik okay!!

Terima kasih semua yang memberi dorongan selama ini!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, November 26, 2007

yang ternanti-nanti

Lang sekarang masih menanti panggilan telefon dari syarikat tersebut...hmm entah jadi entah tidak?? Apa pun keputusan Lang redha je terima....kalau-kalau tak dapat pun Lang pasrah aje...Hmm


Peperiksaan SPM kini sudah pun tiba di penghujungnya dan akan bermulalah pula bahang STPM yang Aries Kaze duduki. Lang ucapkan selamat berjaya dan moga sukses kepada adik yang sorang ni!! Gemilang...Realiti!!


Alkisahnya pertemuan rakan-rakan Joyworld akan dianjurkan Shahriz pada 7-9 Disember depan. Lang tida boleh beri kata putus lagi kerana belum tahu lagi kedudukan Lang untuk pekerjaan yang baru ditawarkan hari tu. Bagaimana pun Lang akan cuba yang terbaik demi kawan-kawan Lang semua.

Menurut Shahriz, aturcara akan dilakukan secara bebas tanpa ikatan jadual atau apa-apa yang wajib semuanya ‘sunat’ je katanya!! Tentula yang wajib aktiviti bersiar-siar, boling, wayang dan melalak meretakkan bangunan....hmm yang Lang rasa memang ‘hap-pening’ kalau buat aktiviti ni bersama mereka!!

Pertemuan bermula Jumaat 7 Disember dan akan membuat checkin ditempat penginapan...aktiviti diteruskan sehingga muncul waktu melelapkan mata...
Aktiviti 8 Disember dijangka akan lebih happening setelah Ice breaking hari sebelumnya...dan akhirnya 9 Disember adalah acara yang dianggap acara ‘desert’
Bagi penyudah kepada pertemuan yang meriah banget itu!!Sebelum petang bertukar senja, acara bersurai pun berlangsung..maka berakhirlah majlis yang akan mencatat sejarah sekali lagi itu!!

Nama-nama seperti Aries, Himitsu, Ted, Shah Swinger, Cekmi, Kamar, Afeer dah pun melahirkan minat untuk bersama dalam aktiviti ini...rasanya akan meriah lagi acara hujung tahun ini!!

Jom jalan-jalan...cuti-cuti Mesia...(feeling Maria Tunku Sabri plak dehh..)


Label:

Blalang*Lalang

Khamis, November 22, 2007

Kisah semalam dan hari mendatang

Semalam Lang sekali lagi menghadapi temuduga kerja. Kali ini jawatan penolong pengurus sebuah syarikat menjual barangan perkakasan rumah yang mempunyai cawangan di serata tanah air. Temuduga ini merupakan pusingan kedua setelah berjaya merentasi halangan pertama minggu lalu.

Temuduga pertama minggu lalu, Lang ditemuduga oleh wanita Tiong Hua yang bekerja di tingkat 1 bangunan ibu pejabat syarikat itu. Lang yang sudah agak lali dengan temuduga, menjawab dengan selamba sahaja tetapi sepenuh hati terutama mengenai diri sendiri. Selesai temuduga itu, wanita itu terus mengatakan Lang lulus dan akan dijadualkan untuk pusingan kedua bersama bosnya pula.

Lang tiba di pejabat itu semalam 10 minit lebih awal. Lang terus dibawa naik ke tingkat 3 oleh wanita minggu lepas itu untuk berjumpa bos besar syarikat itu. Ketika Lang di muka pintu, bos yang merupakan lelaki Tiong Hua berusia awal 50an itu sedang menatap akhbar.Wanita itu kemudian memberikan resume Lang yang dikepil gambar dan kemudian berlalu pergi. Lang kemudian bersalam dengan bosnya dan disapa oleh kata-kata yang mengkagetkan... “wah, very hensem aar your face!”

Lang tak tahu nak jawab apa cuma berterima kasih dan senyum aja...pada fikiran Lang yang resah gelisah itu, Lang sedang memikirkan ayat-ayat yang boleh menarik minat lelaki tua itu.


Sambil menyelak resume dan kertas temuduga pertama itu, lelaki tua itu dipaksa mendengar celoteh Lang mengenai perihal diri. Lang cuba mengelakkan suasana senyap dan sunyi tanpa bicara hatta 5 saat pun. Kami kemudian dihidangkan teh cina yang masih panas oleh pembantu bos itu.

Ketika menyelak helaian kertas temuduga pertama itu, Lang terkejut melihat daripada 5 markah penuh untuk setiap kategori...ada satu kategori mendapat 3.5/5 , ada beberapa mendapat 4/5 seterusnya 4.5 markah dan ada juga yang markah penuh!!!


wow!!! Sungguh tak sangka begitu tinggi skor Lang diberikan oleh wanita Tiong Hua itu minggu lalu!! Bos itu terus membelek sambil menggaru kepala yang beruban itu....
(perbualan ini asalnya dalam Bahasa Inggeris)

Bos: penampilan awak ni sesuai di barisan jualan dan pemasaran
Lang: err...(matila tak dapat ni!!)
Bos: saya nak gajikan awak tapi awak ni tiada pengalaman
Lang: ya betul..saya pegi mana-mana pun nak minta pengalaman..tapi kalau tak bekerja macam mana nak dapat pengalaman?
Bos: yela...saya suka orang muda macam kamu
Lang: terima kasih (wah..tidak ku berapa mengerti)
Bos: oklah..saya gajikan awak jelah
Lang: ha..ye?? (tersenyum girang...terpancar sinar)
Bos: tapi saya letak kat cawangan kecil dulu ye...awak ni masih dalam percubaan
Lang: terima kasih banyak(alhamdulillah)
Bos: kalau awak gagal saya boleh berhentikan awak tau...
Lang: baiklah tuan!! Boleh saya habiskan teh ni??
Bos: oh..silakan..teh mahal ni!!hehe
Lang: (kegirangan) elok minum teh ni.... awet muda
Bos: yelah...feel pun muda!!

Lang menghabiskan separuh cawan dan meminta izin ....
Lang: ok terima kasih ye...nanti bila saya mula ni?
Bos: nanti saya akan suruh pembantu saya telefon awak nanti
Lang: Ok terima kasih....!!

Lang pun keluar dan menuruni tangga dengan penuh kegirangan...inilah interview paling berjaya setakat ini. Walaupun akan kerja 12 jam selama 6 hari, Lang rasa berbaloi untuk bekerja disebuah syarikat bernama besar ini. Mungkin selepas ini jikalau benar diterima, Lang akan sibuk dengan pekerjaan ini san selamat tinggal masa lapangku!! Lang masih belum percaya tawaran ini sehingga mendapat panggilan daripada syarikat itu seperti yang dikatakan.


Gelisah juga menanti panggilan kemana akan diri ini didaratkan......haraplah benar apa yang dikata!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, November 19, 2007

Semalam,hari ini, esok dan seterusnya

Semalam, 18 Nov merupakan detik pembukaan helaian bab baru dalam hidupku...usiaku meniti angka satu tahun lagi...Alhamdulillah ...

Aku menyambut dengan suasana sederhana namun sungguh bererti...syukur ada teman-teman yang mengingati diriku ini..perasaanku bercampur aduk kerana bahagia menyimbangkan dugaan yang menerpa...siapalah aku, cuma penganggur ...ya, ‘pangkat’ yang dipandang hina dan penuh tanggapan buruk...aku diumpama parasit yang hidup menumpang...Aku sedar dan perasan pandangan mereka... aku juga punya perasaan....


Usahaku selama ini masih belum membuahkan hasil...aku terus bersabar...mungkin ada peluang menanti....mereka yang tidak memahami masalah dan halanganku pasti menuduhku dengan pelbagai kalimah yang mungkin tak perlu aku sanggah....

...aku kini bagai serangga bersembunyi disebalik lautan lalang agar tidak dikesani... namun hatiku masih berharap penantian ini akan berakhir setelah segala keringat dan wang telah kucurahi sejak kembali mendapat pangkat ini.....

esok lusa belum ku tahu..tapi semalam...Selamat hari jadi!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, November 12, 2007

Majlis beradat yang kurang adabnya!!

Kisahnya semalam baru je pulang dari majlis perkahwinan member sekelas semasa belajar dahulu...Hmm ramai juga member lama yang hadir....ada yang dah beranak pinak dan berbadan dua...ada juga sedang menunggu masa untuk hari bahagia. Soalan berupa perihal pasangan masing-masing agak menjemukan Lang... Masing-masing menceritakan perancangan masa depan masing-masing....hmm...


Apapun soalan yang singgah... namun paling segan nak jawab ialah “Kau kerja di mana sekarang?” Lang pun dengan bangga menjawab...”kerja di GRAPE PLANTATION dan lokasinya di rumah!! Ada juga yang “lam-pi” (Lambat pikap) tertanya-tanya apa bisnes kompeni tu!! Aiyo!! Rakan-rakan Lang kesemuanya sudah mendapat platform terbaik dalam hidup dan kerjaya mereka malah semuanya sudah memiliki kenderaan dan harta masing-masing...kejayaan mereka melahirkan rendah diri dalam diri Lang dan keinginan untuk mengikuti jejak langkah mereka..Insya Allah!







Majlis perkahwinan di selatan tanah air itu sememangnya kelam kabut...apa tidaknya, Lang dan kengkawan yang hadir sehari awal tidak lagi dianggap tetamu setelah dengan seikhlas rasa menghulurkan pertolongan di pagi hari sebelum majlis. Abang kepada pengantin itu tanpa memperkenalkan diri, dengan wajah bengis dan masam, membentak-bentak dan menyuruh kami membuat kerja berturutan seperti kami ini orang suruhannya!!


Kaget dibuatnya kawan-kawan Lang yang semuanya berasal dari utara tanah air. Kekasaran budi bahasa kaum keluarga itu membuatkan kami kecewa, apatah lagi kehadiran kami bagaikan langsung tidak dihargai!



Kawan-kawan Lang yang terdiri daripada golongan profesional dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta langsung tidak berlagak dengan jawatan mereka berbeza pula dengan seorang lagi ahli keluarga pengantin tersebut. Dengan menghebahkan aktiviti keluar negaranya yang menjadi tugas berserta hartanya yang melimpah dan mempunyai pemandu peribadi membuatkan rakanita-rakanita Lang berasa meluat!!



Majlis perkahwinan pada petang itu kelam kabut dengan kelambatan perkhidmatan melayan tetamu ...terserlah ketidak cukupan kakitangan majlis tersebut ........malah program menjamu keluarga menantu diserahkan kepada kami...sedangkan kami ini langsung tidak mengenali keluarga tersebut !!! Sungguh mengkagetkan!!


Belum pernah lagi Lang datang ke majlis perkahwinan yang menyediakan akauntan khas berserta meja untuk mengutip duit yang dihulurkan oleh tetamu yang hadir. Apatah lagi ‘akauntan’ itu tanpa segan mencatitkan nama penghulur wang yang sepatutnya ikhlas malah mengocok dan mengira duit di depan tetamu yang sedang beratur mendapatkan makanan!! Mungkin sudah terserap budaya perniagaan yang merupakan teras pendapatan dan populariti keluarga terbabit.... namun bagi Lang unsur adab dan kesopanan tidak harus diketepikan sama sekali!! Inikah budaya kita??



Apa yang lebih dikesali, keluarga itu langsung tidak segan silu menyuruh kami...mentang-mentanglah kami ini kelihatan seperti ‘budak muda’. Kami terpaksa ‘menghilang’ diri beberapa kali, setelah mengesan sesuatu yang tidak kena. Ketidak cukupan kakitangan itu mungkin menyebabkan mereka mahukan kami ini menjadi budak suruhan lagi dalam hal-hal melayan tetamu!! Hello...siapa tuan rumah ni???



Selesai sahaja majlis persandingan dan puas bertemu bual rakan-rakan yang hadir sedikit lewat, Lang dan kawan-kawan seramai 5 orang sekereta pun berangkat pulang. Sesungguhnya inilah pengalaman menghadiri majlis perkahwinan yang terburuk dalam sejarah Lang setakat ini. Namun Lang tetap gembira dapat bersua muka dengan rakan-rakan lama setelah 2 tahun tidak bertemu. Kepada bakal-bakal pengantin selepas ini diharap akan melakukan perancangan lebih teliti tanpa mengetepikan budi bahasa, adab dan kesantunan.

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, November 06, 2007

nak muat turun (download) video dari youtube!!

Hm...saban hari Lang mengisi hari di kafe siber melayan internet, mencari peluang pekerjaan dan mendapatkan maklumat , dan sejak beberapa bulan ini waktu di kafe siber ‘terpanjang’ pula gara-gara kegilaan terbaru Lang iaitu memuat turun video daripada youtube.


Naik penuh dah harddisk PC kat umah dengan hasil 'kerja' LAng ni....ok lah, ni LAng cuma nak kongsi ilmu yang dah ada ni sebab ada dulu yang insan tanya macam mana nak muat turun video dari dalam youtube ni....da alang-alang ni...LAng buat jelah entri ini......




aplikasi yang LAng ajar ni boleh juga diguna pakai untuk googlevideo dan lain-lain....ok inilah prosedur nya!!!



  1. Mula-mula dapatkan ‘URL link’ daripada video youtube tersebut.




  2. Copy ‘URL’ tersebut


*yang dalam kotak ini pun boleh di guna untuk 'copy' gak!!

  1. Buka tetingkap (window) baru untuk youtube downloader KeepVid ini: www.keepvid.com

  2. paste link yang copy tadi ke dalam kotak disediakan



  3. klik dan pilih youtube dibaha gian pilihan jenis video

  4. tekan ‘download’ dan tunggu sebentar sehingga muncul ‘download link’ dibahagian bawah.





  5. tekan pada perkataan ‘download link’ itu dan tunggu sebentar sehingga kotak ‘save’ keluar



~tunggu ye sampai kotak cenggini muncul!!



  1. tekan save dan save sebagai format .flv ; contoh; video1.flv






  2. tekan 'save' dan tunggu sehingga fail tamat dimuat turun

  3. Oh...ye....untuk memainkan video yang dah dimuat turun itu, pastikan anda mempunyai FLV Player, hmmm......kalau tiada boleh dapatkan di
    http://applian.com/flvplayer/download_flv_player.php


Label:

Blalang*Lalang

Khamis, November 01, 2007

Ekslusif: New Proton SAGA 2008 revealed!!!!

Yeah...akhirnya terbongkar jua rupa model terbaru Proton yang akan menggantikan Proton Saga/Iswara lama yang mungkin guna nama Proton SAGA juga! Ini dia snapshot yang dapat dicuri lagi...gambar ini kat opis LG Design Studio (syarikat Korea) yang jadi rakan Proton kali ini. LG juga akan membantu Proton mereka MPV baru yang bakal keluar setahun lagi.

Rekaan Korea ini dah nampak ala-ala Kia dan Hyundai (sebutan Korea; Hi-Un-Dai, bukan HYUNDEY!........jangan ikut sebutan Mat Saleh perasan okay!)



ni kat pejabat LG Design Studio ni...wah orang Korea pun berminat usha!

Dengan Audio dari Syarikat Eropah iaitu Clarion yang wat sistem audio untuk Lotus dan Savvy, papan meter oleh Siemens dan enjin baru yang dikod dengan nama IAFM yang dikatakan oleh Bos Proton sebagai Upgraded Campro 1.3...



Bahagian belakang ni cantik gak...dah tertera pun nama SAGA tu!!



Hmm semua spesifikasi kedengaran gempak..... Tapi katanya versi penuh yang asal terlebih kos pengeluaran jadi ada yang kena kaji lagi sebab nak letak harga yang bakal mengkagetkan peminat kereta di Malaysia!

Kalau benarlah harga sekitar RM40k dan ke bawah, maka sama-samalah kita mengucapkan 'Selamat Bungkus' kepada jualan Viva, Myvi, Suria, Sutera dan sedara mara mereka itu!!

Label: