tak terlihat beban yang ditanggungrintihan yang lama terhimpun...tak terserlah luka yang menghurung
rindukan kasih yang terlindungmengalir airmata di pipinyaluahan suara keresahan di jiwatiada lagi daya menahannyahanya tangisan bergema...redup mata bagai berbicaracerita hati yang terlukadan kupinta semua cahayamenyuluh laluan tamannya...sejak dinantikan semilir yang berdesirmoga membawa khabar senyuman dibibirnamun benarlah penantian ituhanya melahirkan perindu...kembali dialunkan hangat kasihnya
terlenakan irama sentuh dijiwanyaduhai hati tenanglah dikauusah diturutkan kehampaantika mimpi hanyalah igautak menjelma kenyataanpujuklah tangismu jangan dibiarkan
indah malammu tercalar
kerna bahagiamu telah dijanjikan
sebuah istana terhamparLabel: madah kiasan
Salam..bertemu lagi di bulan yang mulia ini...
Bulan Ramadhan kali ini berbagai ujian melanda...hanya hati yang sabar dapat menempuhinya.
Sudah hampir 2 minggu kita berpuasa...Alhamdulillah...moga ibadah kita diberkati Allah..
Teringat ketika hari pertama umat Islam berpuasa tempoh hari, sebuah bank telahpun membuat iklan Hari Raya dan menyiarkannya di akhbar...begitu juga kebanyakan pasar raya sudah memasang lagu-lagu bertema Hari Raya walhal belum setengah minggu pun berpuasa!!
Adakah kita berpuasa demi untuk Hari Raya???
Kalau tanya Lang, belum ada satu pun persediaan untuk perayaan itu ketika ini dan seperti tahun-tahun yang lalu, Lang cuma bersederhana saja dan hanya membeli belah ketika 2-3 hari lagi menjelang Hari Raya.
Jujur , setakat ini belum ada ‘mood raya’ itu!!
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah paling baik daripada 1000 bulan!! Jadi marilah kita menumpukan ibadah puasa kita ini ...selamat berpuasa,bersahur dan berbuka puasa....dan selamat beramal!!
Label: kisah blalang
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dgn sempurna
selangkah demi selangkah
setahun telah pun berlalu
masa yang pantas berlalu hingga ku tak terasa ku berada di bulan Ramadhan
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dgn sempurna
puasa satu amalan sebagai mana yang diperintahkan
moga dapat kulenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti henti
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dgn sempurna
tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dgn sempurna
ku memohon pada Tuhan agar diberi kekuatan
kumerayu pada Tuhan diterima amalan
selangkah demi selangkah dgn rahmatMu oh Tuhanku, kutempuh jua.
Alhamdulillah bertemu jua dengan bulan ibadah yang mulia lagi dimuliakan iaitu Ramadhan..Syukur Lang dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh ketenangan ini...Ramadhan....kini detiknya!
Inilah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam yang sejati!!
Selamat menunaikan ibadah kepada rakan-rakan seagama semua...Semoga diberkati dan dirahmati selalu...ikhlas,BlalanglalangLabel: madah kiasan
Aiyoo..terkena tag lagi!! dah kali kedua ni..merasalah siaran ulangan lagi tertunda!!Hmm...lain kali kalau kena lagi permainan berantai ni,merasalah lagi siaran ulangan ini sekali lagi!! ok la...ikut dulu peraturan pertama....
THE RULES: 1. Each blogger must post these rules first.2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves. 3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've tagged, and to read ur blog.
Fakta rawak #1Lang ni seorang yang pemalu kalau pertama kali bersua dengan sesiapa...aiyo...bukan apa, Lang suka memerhati dan mengkaji dulu orang tu sebelum melakukan langkah seterusnya. Pun begitu, kalau 'radar serasi' LAng ni dapat merasakan keserasian dengan orang yang baru dikenali itu, cepat aje Lang akan mesra dengan orang itu,malah kadang2 terlebih mesra pula!!
Fakta rawak #2Muzik kegemaran Lang ialah lagu-lagu yang mesra telinga dan tidak membingitkan seperti muzik rock yang jerit-jerit ittew!! Lang layan ler lagu-lagu diva yang bersuara power macam Mariah, Celine, Whitney, Christina, Beyonce, JAc, ZZ dan ramai lagi.... Hits terkini kegemaran ialah Hurt-Christina dan Listen-Beyonce...oops !! Pun gitu Lang layan gak lagu-lagu jantan seperti lagu-lagu Anuar, Jamal, Nash dan M.Nasir!! Yang paling ramai yang tak tahu ialah Lang suka mendengar lagu-lagu lama yang berunsur tradisional dan menonton filem zaman 80an!!
Fakta rawak #3Lang paling susah nak naikkan berat badan.Sumbatlah Multivitamin ke, Jus Noni ke, Susu Weight Gain ke Pil Jamu Serapat ...eh tak berkesan!! Mungkin tahap metobolisme yang tinggi LAng makan apa pun tak nampak kesan. Pun begitu kalau bab penyakit, perutlah yang paling sensitif sekali!!
Fakta rawak #3LAng suka drama bercorak komedi,misteri,penyiasatan,kepolisan dan ketenteraan. Tak tahu napa suka plak kat drama yang selalu membuat hati rasa geram..lagi-lagi sinetron yang penuh kekejaman ittew !!
Fakta rawak #4Lang sudah banyak berhadapan dengan kejadian paranormal...yang ini seramlah nak cerita!!
Fakta rawak #5Lang mempunyai 'stage freak' yang teramat sangat!! Paling gerun kalau kena berucap kat pentas...pun begitu Lang pernah berlakon drama kat sekolah dan menyanyi solo dihadapan penonton semasa di kolej...itupun kala kenang balik mesti rasa malu giler!!
Fakta rawak #6LAng suka senyum..pun begitu kadangkala bila tak senyum pun orang kata Lang senyum gak. Pernah kena marah dengan pensyarah sebab 'kelihatan senyum' ketika dia tengah membebel kat depan!!Paling pelik, kengkawan satu asrama masa kolej dulu tegur yang Lang tidur pun senyum!!!
Fakta rawak #7Lang paling mementingkan kepercayaan dan menghormati privasi.sori.... manusia mulut-mulut tempayanlah yang paling LAng nak jauhi!!
Fakta rawak #8Lang paling suka membaca buku sains ketika di sekolah dahulu. Lang sanggup tak turun rehat demi menghabiskan semua buku-buku sains bergambar di dalam perpustakaan sampai hafal kebanyakan nama dinosaur,planet,reka bentuk bangunan,peta dunia dan organisma mikro biologi ketika itu. Very the nerd kan?? Tapi itu kat sekolah je, kat rumah plak jadi budak yang lasak!!Pun begitu, kalau korang tanya fakta sains tu sekarang, dah banyak lupa lah pulak!!!
Ok ..itulah saja fakta-fikti yang boleh dibentangkan kali ini...harap pueh ati!!
Peraturan seterusnya meminta Lang untuk menyenaraikan 8 lagi mangsa untuk di tag...merasalah!!
1.Aqbary....pengembara yang tabah
2.Grey...jurufoto sambilan yang mengkagumi Mr Kelabu!!
3. Cekmi...pensyarah yang gigih
4. Zerd .... programmer yang selalu bz katanya
5. WalkthruLife...pendatang baru blog Lang yang menyerlah
6.Rattar...seorang yang sukar dijangka...hahaha
7. KenRixx...yang ni asyik tukar link blog sajork!!
8.Aries Kaze...remaja vogue yang bercita-cita membangunkan perisian permainan komputernya sendiri!!
Label: kisah blalang
Sudah masuk 2 minggu Lang ‘diturunkan pangkat’ ke bahagian perkhidmatan pelanggan setelah seorang pekerjanya melarikan diri kerana masalah peribadi. Lang sangka kena seminggu sahaja, rupa-rupanya kena tambah seminggu lagi gara-gara pekerja baru masih perlu dilatih selama seminggu lagi. Walau bagaimanapun, bagi Lang ada baiknya kerana dapat belajar lagi denga lebih luas skop pekerjaan dalam syarikat ini. Gaji pun tidak dipotong malah dapat elaun lagi.
Lang membuat kerja-kerja yang boleh dikatakan lebih santai berbanding tugas Lang yang asal sebelum ini. Lang dapat merasa bagaimana berada di satu tempat yang dikatakan lebih rendah daripada juruteknik kerana terpaksa memberi khidmat kepada jurutera, pembantu jurutera, juruteknik dan pembantu juruteknik. Setiap kali mereka muncul di kaunter, pasti ada permintaan barang yang mereka kemukakan bagi memulakan operasi dan proses mesin-mesin yang terdapat di bahagian pengeluaran. Lang bersama 2 lagi rakan sekerja seharusnya memberi perkhidmatan sebaik mungkin keada mereka sehingga mereka beredar dari kaunter. Selain itu, kerja di bahagian perkhidmatan ini juga termasuklah membaiki peralatan kecil yang rosak dan memastikan ruang simpanan sentiasa kemas.
Pun begitu, Lang mendapat satu pengalaman lain juga.... Ini adalah situasi yang berlaku semalam
Bro. E: uihk...uihk...!!( sambil membuat isyarat bermaksud memanggil Lang)
Lang : Ye , apa yang boleh saya tolong?? (sambil memandang dan memberi senyuman)
Bro. E: Eh, ko ambik benda ni (sambil memberikan kod barang), aku nak satu set lengkap!
~Lang mengambil hampir kesemua barang yang dipesannya kecuali satu lagi barang yang Lang tidak pasti spesifikasinya, lalu Lang pun bertanya kepada Brader E itu...
Lang : Bang, yang lagi satu ni apa jenis dan spesifikasinya??
Bro. E : (dongak dagunya menuju ke mata Lang) Eh..ko cari lah sendiri!!Ko patut dah tau semua ni!!
~seorang rakan sekerja Lang datang membantu Lang setelah melihat Lang kaget disitu...
Rakan : Kau boleh cari kat sini... (sambil menekan-nekan punat laptop itu)
Bro. E : Eh...biar dia buat sendiri!! Ko jangan ajar dia,biarkan dia!!
Rakan sekerja Lang terus membantu Lang sehingga dapat spesifikasinya. Setelah mendapat spesfikasi itu, Lang pun ambil barang itu dan terus berikan kepada Brader E itu.
Bro. E : Kalau si T (pekerja lama;seorang wanita) dulu kalau tak tahu mesti cakap macam ni.... “Bang, macam mana ni bang...tolonglah tunjuk!!”(sambil mengajuk gaya wanita itu)............ nak je aku ‘kick’ dia!!
Lang memerhati dengan penuh plastik seakan-akan terhibur dengan keangkuhan Brader E yang merupakan seorang juruteknik mesin berusia akhir 20-an itu. Padahal dalam hati Lang begitu geram dan tidak boleh menerima langsung kebiadapan lelaki itu. Rakan sekerja tadi itu bagai memujuk Lang apabila terus berkongsikan ilmu yang beliau ada supaya Lang tidak ‘terkena’ lagi! Beliau juga mengakui memang agak menyentapkan apabila berhadapan dengan pelanggan yang bongkak, angkuh dan berlagak hebat.
Kemudian Lang terpaksa mengambil barang yang berada di tingkat teratas bangunan itu untuk seorang pelanggan lain yang memesannya. Lang pun terus menaiki lif barang yang mempunyai kelajuan yang amat perlahan dalan menutup pintunya. Lif itu berhenti di satu tingkat lalu seorang lelaki India masuk dan kemudiannya ada seorang jurutera hendak masuk lif dengan langkah perlahan kerana disapa seseorang ditepi lif.
Beliau juga sedang melekapkan telefon bimbitnya ditelinganya sambil menghabiskan ayatnya untuk teman yang menyapanya itu. Lang dan lelaki India itu terpaksa menungunya masuk.
Kemudian barulah beliau masuk lif itu. Lelaki India itu terus menekan butang tutup pintu disudut yang satu lagi setelah jurutera itu masuk. Lif barang itu memang lambat untuk menutup pintunya!! Lalu jurutera itu memekik kepada Lang, “Tutuplah pintu tu!!” Lelaki India tu menjawab dengan nada perlahan , “Dah tekan dah, pintu ini memang lambat sikit”. Lang menjadi meluat dengan keangkuhan jurutera itu yang berlagak seperti Lang ini pekerja bawahannya dan terus memerhatikan beliau keluar dengan lagaknya di tingkat yang satu lagi.
Ini adalah antara kejadian-kejadian yang menyakitkan hati sepanjang sebulan bekerja disini. Yang anehnya apabila berhadapan dengan beberapa bangsa lain termasuk dari negara asing pula mempunyai budi bahasa yang amat tinggi!!Mereka dengan memulakan sapaan dengan “Hai, boleh awak tolong saya??”. Diakhir bicara selalunya “ Terima kasih diatas pertolongan awak!!” dan paling menghiburkan “ Thanks , you are the best!” atau “Terima kasih, awaklah yang terbaik” sambil menunjuk isyarat bagus!
hati Lang mula tertanya-tanya, adakah ini bangsa Malaysia yang terkenal dengan budi bahasanya?? Dalam usia kemerdekaan negara yang semakin meningkat ada nilai-nilai murni yang semakin berkurangan. Teramat sedih apabila orang yang sebangsa dan seagama pula yang melakukannya!! Tak kiralah siapa juga kita, pangkat tinggi atau rendah, jurukhidmat mahupun pelanggan sepatutnya cubalah bersikap baik pekerti dengan orang lain kerana kita juga tidak suka orang lain berbuat sebaliknya bukan?
Tidak kiralah di dunia pekerjaan, perniagaan,pendidikan mahupun dalam laman blog atau alam maya ini, marilah kita pupuk budi bahasa yang sebaik mungkin kerana seperti dikatakan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee; “bahasa melambangkan bangsa” . Budi bahasa, budaya siapa???
Label: kisah blalang