* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Jumaat, Ogos 31, 2007

Salam Merdeka !!

Alhamdulillah, syukur.. 50 tahun negara kita sudah merdeka...atau secara tepatnya 50 tahun Tanah Melayu merdeka. Terima kasih para pejuang kemerdekaan yang telah memerah keringat dan menumpahkan darah..Allah sahaja boleh membalas jasa-jasamu....kepada yang telah tiada Al FAtihah.



Harus kita ingat....Jangan samakan Hari Kemerdekaan ini dengan Hari Kelahiran MAlaysia, kerana Malaysia hanya dilahirkan pada 16 September 1963 dengan gabungan Malaya(Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura...dimana seterusnya Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada 1965.

Jadi harapnya jangan la sesekali ada yg ucapkan selamat Hari JAdi MAlaysia pada 31 Ogos kerana....ermm fikir2 lah sendiri yer!!!!

Hari perayaan tahun ini seharusnya disambut penuh kesyukuran dan semangat cintakan negara yang tinggi...Oh Malaysia...aku sayang padamu!!Tiada negara yang setanding Malaysia dihatiku!!Merdeka!!!

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Ogos 29, 2007

Uh..kelawar!!

Mendung berarak pergi….. hujan pun reda.....lalu pelangi pun muncul dihujung senja…

Kisah sepanjang 5 hari ini, minggu lalu setelah terselamat daripada kejadian terperangkap dalam lif selama 5 minit, Lang menghadapi satu lagi peristiwa penting. Lang telah dipaksa oleh bos untuk menggantikan tempat seorang pekerja yang lari (berhenti) daripada syarikat ini. Hasilnya Lang terpaksa bekerja sepanjang minggu lalu tanpa cuti sehari pun!! Lebih parah lagi Lang terus bermula dengan shift malam ke pagi, sesuatu yang pertama kali terjadi dalam hidup Lang!!

Sebelum waktu kerja itu, Lang pastikan rehat yang mencukupi....TV,Internet, Hiburan...semua ditolak ketepi!! Lang perlu rehat kerana kalau tidak badan akan menjadi lemah apatah lagi tekanan darah Lang ni berada pada paras rendah seperti yang dikatakan doktor....adalah bahaya jika tidak cukup makan atau tidak cukup rehat.

Bermulanya penggantian itu pada jam 11 malam, jiwa Lang rasa bergelora apakah bentuk situasi yang akan dihadapi??Lang dilatih oleh rakan sekerja yang peramah dan bermulut meriah walaupun skop boraknya dari kacamata seorang lelaki sahaja...terhibur kaedahnya dan mata pun segar sentiasa. Lang mula melihat rakan-rakan sama shift yang berbaki 2 orang lagi, iaitu senior dalam shift ini . Mereka nampak tenang dan rileks sekali! Kerja kami ialah memberi perkhidmatan kepada pekerja yang lain sekiranya ada permintaan....dan menariknya perjalanan waktu kerja seperti air yang mengalir tenang!!

Di hari pertama itu tak terasa waktu beredar...tau-tau je dah boleh balik. Lang pulang pada jam 7 pagi. Sampai je di rumah Lang terus mendarat diatas katil. Terasa indah sungguh bila dapat bertemu si gebu; bantal kekabu yang menjadi kegemaranku!!

ni Klawar ke Drakula?


Hari semalam merupakan hari terakhir Lang akan bekerja pada shift kelawar ini. Terasa cepat sungguh waktu berlalu. Lang dimaklumkan pekerja baru yang juga merupakan kawan lama Lang di kilang S akan menggantikan pekerja yang lari itu. Berjaya juga Lang memujuk bos supaya menerima budak N itu.

Terasa sungguh gembira kerana Lang akan bertemu dengan kawan lama Lang itu …dan yang paling penting Lang tidak akan mengikuti kerja shift yang tidak tentu masa itu lagi.!!



Pengalaman hidup ala kelawar itu sungguh merimaskan dan mungkin inilah yang dirasakan oleh kawan Lang,iaitu Kamarembez yang dah pun bersara dari dunia kelawarnya itu!Walau bagaimana pun Lang harap tidak ditempatkan lagi dalam kerja shift seperti itu walaupun tiada jaminan Lang akan terus kerja mengikuti waktu pejabat seperti biasa. Kalau terjadi pun Lang terpaksa juga terima arahan bos walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang paling Lang tidak gemari!!Uhhh…

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Ogos 24, 2007

Usah ditambah bara yang tersimpan!

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam....

Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan....

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang?

Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku...

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan..

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam

Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan!


Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan

Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

Label:

Blalang*Lalang

Sabtu, Ogos 18, 2007

Bukan seperti sangkaanmu!!

Hmm...Lang hadapi situasi yang rasa-rasanya ramai kengkawan pernah hadapi.....salah anggap kerana wajah yang dikurniakan tuhan ini. Salah anggap ni bukanlah negatif kerana cuma salah anggap Lang ni bukan orang Melayu!! Semenjak Lang mula bekerja di kilang X ni, selalu juga Lang mengikuti bos Lang yang berasal dari negara yang terletak berjiran dengan Sabah. Lang pun nuka mengenali beberapa pekerja lain di beberapa bahagian kilang ini yang terdiri daripada pelabagi bangsa dan warganegara.

Satu jari tu, adalah seorang brader ni, haha cumil gak ler mukanya ;menyapa dan bertanya kepada Lang “ Malaysia ke Filipina?” Aiyo..tiba-tiba je diri Lang kaget dan teringat kat kes si Aqbary yang menghadapi situasi yang sama!! Lang pun jawab, “saya ni orang Malaysia lah!” brader tu pun kata “Ooo...Ingatkan Filipina, nampak blur semacam je!” Aiyo...hebat betul kesimpulan abang ni...semua orang Filipina muka blur gamaknya!! ~matilah kena remuk ngan Filipino nanti!!~

Kejadian itu belum terhenti, Lang juga mula dipandang dengan pandangan ingin berkatakan sesuatu orang seorang pekerja dari Nepal pula!! (Nepal atau orang Gurkha ni berwajah ala2 orang Tibet di Negara China dan tidak sama dengan Bangladesh ) . Lang ingatkan dia ni orang Melayu, mungkin dia menganggap Lang ni orang Nepal plak kot!! Aiyo!!!

Inilah pertama kali Lang dikatakan berwajah Filipina! Tak pernah lagi sebab kebanyakan yang Lang kena ialah mengatakan Lang berbangsa Tiong Hwa atau Cina. Pernah sekali menghantar kawan naik kapal terbang di KLIA di waktu subuh, tiba-tiba datang segerombolan pelancong dari Negara China mengejar Lang dan terus bertanya macam-macam seperti mereka kesesatan!! Mereka nampaknya tidak boleh berbahasa Inggeris sehingga memeningkan Lang untuk menjawab. Dengan selambanya member Lang yang ada bersama Lang terus berkata dengan penuh yakin,“ Sorry, dia ni Malay lah!!!” dan terus memnarik Lang pergi. Para pelancong China itu terpinga-pinga dan berwajah hampa . Lucu betul kejadian itu!!


Lihatlah betapa divanya I!!

Selain itu, pernah juga berlaku ketika terserempak dengan Mat Saleh ni tiba-tiba je mulutnya dengan ramah bercakap Jepun dengan Lang!! Aiyo...lancar betul bahasa Jepunnya tanpa menyedari yang Lang ni tak faham langsung!! Lang Cuma tersenyum sahaja. Lang ni adalah keturunan Melayu tulen dan nenek moyang pun berasal dari Sumatera; iaitu tempat asal kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia selain Tanah Siam, Tanah Jawa dan Indo-China. Lang ini bukan Jawa, Bugis, Banjar atau pun berketurunan Siam pun. Tak tahulah kalau ada campuran lain di peringkat lebih tinggi daripada nenek moyang tapi Lang ni kurang plak ‘muka Melayu’ ni!!

Apa-apa pun yang pasti Lang ni berwajah Asia dan Lang bersyukur dengan kurniaan-Nya ini. Kejadian-kejadian ini adalah antara pengalaman yang mencuit hati dan akan dikenang sampai bila-bila. Oops ada juga yang salah anggap umur Lang kerana rupa!!?? Yang itu, tak boleh nak komen lagi buat masa ini!!!haha

Label:

Blalang*Lalang

Sabtu, Ogos 11, 2007

Lompat, belalang lompat!!!


Di sebuah hutan, hidup si belalang cerdik yang lompatannya paling tinggi antara belalang lainnya. Belalang ini sangat bangga dengan kemampuannya itu. Ia asyik melompat dari atas tanah ke dahan-dahan pohon yang tinggi. Dari atas pohon tersebut, belalang dapat melihat sebuah desa yang indah. Suatu hari, burung merpati mengajaknya ke desa tersebut.

Setelah mendarat, mereka mulai berjalan-jalan melihat keindahan desa sehinggalah sampai di taman berpagar tinggi yang dijaga oleh anjing besar. Belalang bertanya, « Siapakah kamu dan apa yang kamu lakukan disini ? » « Aku anjing penjaga taman ini. Aku dipilih majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini , » jaewab anjing dengan sombongnya. Panas sungguh hati belalang. « Hello, tidak semua binatang boleh kau kalahkan. Aku mampu mengalahkanmu. Aku mencabarmu bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi di antara kita.”

“ Baik! Di depan sana ada pagar tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang berupaya melompati pagar tersebut.” Giliran pertama adalah si anjing. Setelah mengambil langkah, anjing itu lalu berlari dengan kencang, melompat dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa itu.




Wuff wuff wuff!!




Si belalang pula mengambil tempat. Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat.

Namun ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut dan belalang itu jatuh ke tempatnya semula. Dia cuba melompat lagi dan lagi namun ternyata gagal juga. Sambil tertawa si anjing berkata, “ Nah, belalang, apa lagi yang mahu kamu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.” “ Belum . Cabaran pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika aku yang menentukan cabaran kedua?”

“ Apa pun cabaran itu, aku bersedia,” tukas si anjing. Tambah belalang, « Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di satu tempat. Pemenangnya akan diukur bukan seberapa tinggi dia melompat tapi dari lompatan yang dilakukan tersebut, berapa kali tinggi tubuhnya.” Dari lompatannya, ternyata anjing berjaya melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Tiba giliran si belalang. Lompatannya hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara 40 kali tinggi tubuhnya.

Belalang menjadi pemenang untuk perlumbaan kedua ini. “Hebat. Tapi pemenangnya belum aa. Kita seri dan harus mengaadkan lumba ketiga,” kata si anjing.” Tidak perlu, jawab si belalang. “Kerana, pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang diadakan adalah daripada mereka yang menentukan standard perlumbaannya.


eeet!!eeet!!




“ Pada perlumbaan pertama kamu yang menentukan standard perlumbaan dan kamu yang menang. Lumba keduu saya yang menentukan, saya pula yang menang!”

“Maknanya, kamu dan saya mempunyai potensi dan standard yang berbeza tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kejayaan sejati adalah dengan potensi yang kamu miliki, kamu mampu melampaui standard dirimu sendiri. Setuju ? »



Pengajarannya betapa kita sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain- profesion, pendapatan, pakaian, kenderaan, harta benda, kejayaan kita dan seterusnya. Hasilnya? Ada kalanya muncul perasaan – perasaan negatif seperti iri hati atau kecewa pada diri sendiri sekali gus menyingkirkan rasa syukur atas kehidupan kita. Namun, kala yang lain muncul juga semacam motivasi untuk lebih maju dan berusaha lebih tekun agar boleh melampaui orang lain.

Justeru, cara bersaing yang lebih sesuai adalah dengan diri sendiri. Mulailah mengukur kemajuan kita tahun ini berdasarkan prestasi kita pada tahun lepas. Kita tetapkan bahawa tahun ini kita harus lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya; pendapatan dan sumbangan tahun ini diusahakan lebih tinggi; pengetahuan ditingkatkan dari tahun yang silam; tali silaturahim direntangkan dengan lebih lebar; kualiti ibadah diperdalam; memperbanyakkan amalan baik dan bukannya membuang masa bercakap hal orang dan sebagainya.

Dengan cara ini, kita ternyata lebih mampu mengatasi penyakit-penyakit seperti iri hati, dengi, rasa kecewa pada diri sendiri yang akhirnya bukan saja boleh membinasakan fizikal tetapi juga akal fikiran yang waras. Berlumba untuk memecahakn rekod peribadi yang baru, melampaui rekod yang tercapai di masa lalu, ternyata menimbulkan rasa syukur yang begitu asyik dan membahagiakan. Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain, melainkan kemenangan atas hawa nafsu dan diri sendiri.

(karya PUTRI, Mingguan Malaysia 5 Ogos 2007)

ngomel Blalanglalang- tak kenal lah pulak dengan si belalang itu. Sian kat burung merpati tu jadi pelakon tambahan, lepas tu lesap ntah ke mana! kesimpulannya, jangan terlalu mudah banding-bandingkan orang dan melihat kelemahannya sahaja!!

Pengajaran : ukur baju di badan sendiri, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Biar apa pun jua kehebatan diri dan biar di mana pun bumi dipijak, langit yang sama juga tetap dijunjung ! Ikutlah jua resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, Ogos 05, 2007

Sherashi bershama...

Ahh...penat. Sibuk juga dengan kerja walaupun baru 2 minggu. Ada ruang waktu lapang sahaja, perkara utama yang dilakukan Lang ialah berehat. Rancangan TV sudah tidak berapa dipedulikan lagi dan setiap malam hari bekerja Lang pastikan akan tidur sebelum jam 12 dan rehat mencukupi untuk menyediakan diri dengan kerja keesokan harinya


Wush...wushh


Sekarang perasaan Lang sudah menerima Kilang X seadanya walaupun Kilang X dan Kilang S adalah dalam industri yang sama namun suasananya agak berbeza. Masuk je Kilang X, Pak Gad dan Mak Gad mesra sahaja, senyum dan tiada lagak kuasa yang tidak perlu seperti geng sekuriti di Kilang S. Geng sekuriti di sini bagai menyedari fungsi mereka bukan saja soal keselamatan tapi juga sebagai penyambut kedatangan pekerja dan seharusnya berkhidmat dengan mesra. Hmm tapi tak tahulah kalau ada segelintir yang lain bersikap sama saja seperti Geng Sekuriti di kilang lama Lang tu.....harapnya takdelah ye!!

Pun begitu tak semua perihal kilang lamam Lang tu buruk-buruk. Ada juga yang Lang rindui seperti suasana ‘happening’ geng Mak Cik-Mak Cik dan Akak-Akak Diva yang cukup mencuit hati. Di Kilang X tak kelihatan pun suasana happening selain kerja. Kerja dan kerja!! Kilang X juga tidak mempunyai kantin sebaik kilang lama Lang. Kantin di kilang lama tu lebih selesa selain tak perlu berjalan jauh dan berpanas untuk menujuinya. Masakan kantin Kilang X juga tidak mampu menambat tekak Lang untuk menghabiskan setiap hidangannya selama 2 hari berturut-turut!! Hasilnya, Lang balik makan kat rumah jelah!!!

Lang juga rindu masa rehat makan yang banyak di kilang S. Di Kilang X ni, hanya sekali sahaja waktu rehatnya. Selain waktu itu...kerja,kerja dan kerja lagi!! Hasilnya, balik rumah terus Lang terbongkang sebelum membuat aktiviti seterusnya!!

Itulah kisah di minggu kedua bekerja...Lang masih menanti sinar baru dan semalam baru menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik...tak tahulah boleh lepas ke tak saringan pertama itu sebab banyak soalan banyak tak dapat jawab dan jawapan pun tak sempurna!! Eh....Tak perlulah berharap-harap....Lang akan teruskan apa yang ada di depan mata ini dulu!!

Label: