Fuuh.....tak sangka dah nak masuk Mac 2007!! Penat rasanya selepas kerja kahwin akak LAng ni...jiran sebaya sebelah rumah pun dah bina masjid ngan gadis pilihannya...erm... adala skit pressure kalau difikirkan bila LAng akan kahwin ni!! Nantilah I kawen yer!! laaaambaaaat lagi!!!
Plak tu, dalam bulan Februari ni..sempatlah LAng menyebokkan diri sambil nonton 2 filem Melayu yang kununnya terhangat skang ni...Qabil Khusrie Qabil Igam dan Puaka Tebing Biru (bukan kelabu occay!!)..mak uih...direktor skang ni..semua boh tajuk panjang2!! Oklah ini adalah ulasan LAng ni ..tapi ni dari sudut kaca mata LAng ajer...takde pengaruh mana2 pihak occay!!
Qabil Khusrie Qabil Igampermulaan promosi filem ini..golongan sasaran dimomokkan dengan bayagan bahawa filem ini adalah filem ala2 hindustan (gara2 tajuknya) dan menggunakan elemen lucu sebagai teras.
Pun begitu , ramai tertipu!! elemen drama airmata lebih menonjol di pertengahan cerita sehingga tamat filem ini. Lakonan Rusdi RAmli sememangnya berkesan..mungkin inilah hikmah Yusri keluar dari filem ini kerana watak Qabil Igam terlalu berat buat penyanyi KRU itu!!Pertama kali Ziana membawa watak kakak kepada Erra sedangkan sebelum ini Erra menjadi kakak kepada Ziana dalam MAria MAriana!! Agak janggal juga perasaan mulanya...tapi lama2 leh terimalah watak2 itu!!memang pun ZZ lagi tuek dari Erra occay!!

ni apa tarian gunting2 ni??
LAkonan Erra Fazira dan Fauziah NAwi berjaya menambah lagi perisa dalam penceritaan filem ini. Pun begitu, suara dubbing Fauziah NAwi tidak 'sejiwa' dengan wataknya dan adakala kedengaran kurang sesuai! Lakonan Ziana kurang diberi cabaran tetapi memberansangkan (I minat Kak ZZ occay!!)..lakonan Hans pula agak kaku...(sorry ek Shahriz!!) tetapi tarian Hindustan dalam filem ni leh dikatakan menjadi juga berbanding dalam filem melayu lain yang pnah wat adegan tarian hindi (contoh: Filem Senario dan filem Prof. Razak)
Terdapat pulak shoot yang diulang2 terlalu kerap!!!...paling menonjol ialah adegan ketika HAns hendak mencium Rusdi yang diulang sehingga 3 kali!!(motif?? I don't why!!??)
Sinematografi pula agak menghampakan. Sayang jurukamera tidak menggunakan sehabis baik view2 ketika air bah kelihatan seperti tasik, babak di sawah padi dan juga di tepi sungai malah ketika adegan di majlis kahwin juga kelihatan terlalu 'sesak'!! mungkin lebih baik upah saja Grey yang sedang lena tidur itu!!
Filem ini berjaya mebuai perasaan serta membuat penonton kaum hawa menangis teresak esak ..ia turut mencabar kelelakian jantan macho seperti Shahriz!! LAng beri 3 bintang bagi penceritaan dan lakonan yang mantap bagi filem ini!!
Puaka Tebing Biru
Filem seram yang dinantikan kerana pertama kali pengarah filem pendek ternama melibatkan diri dalam filem komersial! Elemen seram digunakan sebagai promosi namun sekali lagi penonton ter'tipu'.
Sepanjang bab permulaan filem, semeangnya elemen seram berjaya diserlahkan!!tahniah pengarah!! pun begitu, graf filem ini sentiasa turun naik dan diselit pula dengan sesi penerangan tentang sebab musabab sesuatu itu terjadi secara detail sehingga membuatkan penonton dipanggung sentiasa melihat jam tangan mereka dan terdetik "bilalah nak abis ni?".

turutan pelakon terchantek dalam filem ni..Fahrin is the winner!!
Watak2 dikembangkan dengan baik tetapi tidak sehingga ke akhir cerita dimana watak mak NAsha (Wan MAimunah) bagai hilang terus!! lakonan Nasha Aziz pula tidak konsisten berbanding Umi Aida dan Sy. Amani. Babak filem ini ada yang kurang asli malah seperti pernah disaksikan dalam filem lain. Seperti irama nyanyian dari suara si hantu (seperti dalam PHSM) yang kemudiannya dinyanyikan dalam versi lelaki oleh Fahrin (juga seperti dalam PHSM ). Nyanyian Fahrin itu mengundang hilai tawa penonton kerana kedengaran agak pelik!!(maybe pitching lari kot atau suara pec lobs kuar noks!!!)
Ada babak dimana kawan NAsha berbangsa Cina yang tinggal serumah,memberikan kata2 peransang kepada NAsha dengan meletakkan tangan dibahu (dari belakang) sambil mengusap2 lembut rambut Nasha sehingga menimbulkan 'sesuatu' kepada watak NAsha ini!! juga pelik pekerja hospital kerajaan leh kaya bawa Vios dan tinggal di Kondo dengan view KLCC lagi sehingga menambah elemen pelik!!
Babak berkemban turut dipaparkan!!Pastilah NAsha menjadi mangsa ...tapi Fahrin juga nak dijadikan mangsa!!(demi penonton2 seperti Shahriz dan kami ni kanjuga babak pemanas badan antara Umie dan Fahrin selepas berpegangan tangan!!??)..merembez gak babak2 ittew!!
Filem ini terlalu drama dan sememangnya meleret2 walaupun cuba dinafikan oleh pengarahnya!!(aiyo yg nak tonton ni diri pengarah sendiri ke??)
Lang leh bagi 2 bintang sahaja kerana lakonan kurang memberi impak oleh mana2 watak pun dalam filem ini!!
Label: variasi
Alkisahnya Lang buatlah temujanji ngan Mr F kat KLCC..jumpe2 je kitorang terus jalan2...konon nak rancang esok nak tengok wayang apa. Kitorang pun terus ke TGV dan tengok jadual kat skrin..tiba2 ada kapel yang agak pec lobs bertanya... “nak tengok wayang ke”. Lang pun jawab “a’ah..nak tengok wayang!” diorang pun terus bagi 2 keping tiket bergambar Dream Girls “ nak hambek ni!!”. Terkezutlah kitorang...tetiba je kan?? Lang pun terima aje..macam tak percaya..mereka yg beri tu tersenyum2 pec lobs...kami terus ke tempat periksa tiket untuk makesure tiket tu laku...ohh memang laku pun!! Kami berterima kasih kepada kapel ittew kearan memberi tiket wayang free yang berlogo Berita Harian itu. 5 minit kemudian kami pun masuk...wah terus ternampak Dayang dan Jac...terus Lang terit “Jac!!”....sampai kat pintu panggung baru perasan eh..rupa2nya tu tiket khas Bintang Popular!! Lang dan Mr.F yang tak bersedia langsung ngan imej macam mat rempit skuter ngan budak pejabat itu terus je melangkah masuk ke panggung.
Masuk je wayang terperasan Sean Ghazi, Izwan Pilus, Farawaheeda, Julfekar, Huzz, Kak Cham BH, Cat Farish, Joe Flizzow, Iqram, Fazli Zainal..uhh ramainya !! semuanya ngan imej glam masing2..sempat lah berbual ngan sorang anak ikan yang dapat tiket free gak tapi datang sensorang jer!! Kami keluar jap untuk beli jajan dan masuk semula ke panggung yang dah penuh dan gelap itu.
Dream Girls pun bermula.... seronok betul citer tu!! Power betul vokal Jenifer Hudson dalam tu..rasa2nya Fantasia Barrino pun tercabar!! Apalagi Jac dan Dayang yang kat belakang kitorang ni!! Dalam filem tu Beyonce agak tenggelam lakonannya walaupun wataknya hidup. Filem itu takde yang tezz pun cuma tezz kat suara penyanyi kulit hitam dalam tu... sungguh tinggi kelas vokal mereka!!

*Diva Shahriz, Grey dan Kamar beraksi!
Selesai filem itu kapel pec lobs tu stil sengih2 pandang kitorang ni......bangun dari seat,baru perasan ada lagi muka2 artis dalam tu..ada Aznil , ada Idzham Omar pastu bila kuar nampak plak Ning yang tetiba nyanyi “we are Dream Girls” aiyo padahal tengah jalan ngan sekumpulan lelaki (jantan ker??) ..Ning yang teruja menyanyi tu sempat pandang belakang dan melekat sekejap kat jelingan kaget Lang ni!! Lang terus jalan keluar dan terperasan plak Nikki kat luar dan ntah sape2 lagi!! Erm... Lang dan Mr.F yang dah kelaparan itu dah tak peduli lagi dan terus keluar je dari KLCC dan menuju ke kedai makan di Kg Baru.
Apa2pun rasa macam tak percaya dapat nonton wayang ngan artis2 popular masakini dalam satu panggung sambil mendengar hilai tawa mereka ketika babak lucu. Terus SMS kat Hmitsu dan dia cakap ..itulah yang dinamakan rezeki!!!
Label: kisah blalang
Fuh penat rasanya selama seminggu lalu sampai tak termampu nak menaip entry yg baru (hambekla kupu-kupu kutip ittew!!) . Selesai dan selamat sudah majlis nikah dan persandingan akak kandung yg tersayang dengan rimau pilihannya (adik beradik; tezz pun haruz lebih kurang sama)…erm..macam mimpi rasanya!! Percintaan selama lebih sedekad (aiyo lama tu!!) yang penuh dugaan dan rintangan itu…akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin (bukan Jinjang kat Selangor tu!!)
Majlis nikah dan sanding di pihak perempuan meriah sesangat…sedara mara..kengkawan ramai seh..sampai tak terlayan kaum keluarga Lang sebagai tuan rumah! Warna coklat menjadi pilihan manakala famili menggunakan busana berwarna peach sebagai simbol. Makanan hari itu mendapat pujian..ermm memang sedap keluarga pak cik Lang tu masak nasi beriyani!
Tetamu yang datang ramai yang mengusik Lang...bila nak kawen?? (aiyo dah kawen la..cuma tak sanding jer ngan Mr F ..oops nak kena panah petir ke??).

Pastu plak jurukamera, juru hias dan mak andam turut mengusik Lang...tapi obvious betul abg juru kamera ni...tak abis2 nak highlight rupa Lang ni...(erm...aiman tak kesah occay...tapi janganla pec lobs!!)Banyak betul gambar dia snap2...macam2 aksi disuruhnya...setiap kali nak suruh org pose mulalah dia tunjukkan gayanya... suka plak dia ngan gaya2 gedix (erm dah memang jiwa kot??) . Hari itu sungguh memenatkan ...nasiblah cuaca cerah kalau ujan lagi lah peniong dibuatnya!!
Di pihak lelaki pula, majlis penuh merembez!! Mana tak nya Lang datang awal bersama Mr. F (motif??) dan acara dimulakan dengan sesi rimau2 prektis untuk majlis kawen ittew (Wah penuh rimau depan mata!!!) kemudian kedatangan jemputan2 yang ramai plak anak ikan dan abg2 meletop!! (ooops... still in control occay!!)
Kemudian acara sebenar pun bermula...wah sungguh sepadan nengok pengantin ni...diapit plak ngan pengapit yg cumil....wahh ensem banget ler abg rimau yang jadi pengapitnya!! Apa lagi ....kelipan flash daripada kamera pun memancar...terperasan juga jurukamera yang agak pec lobs kat situ (selain Lang yg pec lobs ni!) .. nampaknya dia begitu teruja memetik punat kameranya!! Ermm... kiut gak budak pec lobs ni...pakei baju pink lagi!!!
Acara sanding ngan rimau ni melibatkan perarakan bersama anggota tentera, berjalan di bawah pedang, potong kek ngan pedang gak (aiyo pedang ni tajam occay!!) , bersanding, tepung tawar dan makan beradab. Semuanya melibatkan rimau2 pengiring seramai 6 orang dan seorang lagi sebagai pengapit. Ketua rimau pun datang ..tapi ketua kor tentera tu macam terlebih diberi publisiti (menci3) patutnya keluarga rombongan pihak perempuan!! DJ yang bertugas pun rimau gak...tu yang tak abis2 memuji2 ketua dia tu!! Kipas jangan tak kipas!!
Ramai betul tetamu yang datang sampai tak muat dewan tu...Lang pun makan di meja biasa je bersama Mr.F gara2 meja tetamu VIP tak cukup (yela sedara mara Lang pun semua nak jadi VIP kan??) ..kami melayan diri sendiri aje sebab perut pun sudah kelaparan. Nasib baik pelayan hari itu terdiri daripada ramai anak udang yang memakai vest...ramai yang tezz gitu!! Mau ler mata hari itu puas di cuci dengan ‘hidangan’ di depan mata!!
Sesi bergambar pun ketua tentera (nama pun tua) itu mencuri lime light family Lang...~erm geram gak rasa nak jerit “kini.. gemilang itu semakin pasti ku genggam” (oops tetiba feeling Jac plak) ~ sampai naik merajuk ibu dan bapa Lang sebab dah macam event rimau plak...tapi Lang berjaya memujuk mereka (motif = nak suruh duduk lama2 kat situ) then kami pun dapatlah bergambar bersama satu famili.. majlis pun selesai. Lang dengan Mr. F terus buat hal sendiri lepas itu...hehe leh plak pi tengok wayang citer Qabil Khusri Qabil Igam. Buat akak dan abang ipar tersayaaaaaang...semoga berbahgia ke akhir hayat!!
Label: kisah blalang
Kecil mungil berwarna
Warna-warni terangi alam
Sentuhan karya indah
Jika tergambar baik
Matahati melihat kau sangat istimewa
Terbang melayang-layang
menari hinggapi bunga-bunga

Kupu-kupu jangan pergi
Terbang dan tetaplah di sini...
Bunga-bunga menantimu
Rindu warna indah dunia
Anak kecil tersenyum manis
pandang tarianmu indah
Bahagia dalam nyanyian
Kupu-kupu jangan pergi......
Label: madah kiasan
Anugerah Sri Lalang muncul buat julung-julung kalinya . Kali ini ditaja oleh kosmetik De' Buaya dan dipancarkan melalui kaca aquarium di Saluran Lalang Anda. Dengan Tema " Diriku Lebih Berharga ... Dirimu??". Kali ini diacarakan oleh Raju Azuri dan Ogy Atas Daun, suasana majlis ternyata lebih meriah dan havoc. Majlis ini dianjurkan berikutan gathering Januari yang berjaya dan sukses sehingga meninggalkan kesan pada jiwa dan pakaian masing-masing (oops!!).

Kali ini 15 anugerah disenaraikan dan rata-rata juri mengadu sakit pening gara-gara mengadili sesuatu yang tidak pernah mereka lihat!! Juri2 yang tezz telah dimasukkan ke bilik rawatan khas yang telah disediakan oleh penganjur yang begitu mengambil berat... dan Kepada pemenang di ucapkan tahniah yer... terimalah trofi berupa lalang kering dari Rawang ...(boleh???)
Apa kata juri ....
“ Aksi Kamar menyalin tuala di atas batu di Ulu Yam di hadapan umum merupakan aksi paling berani dan kerana itulah kami memilih beliau sebagai pemenang Anugerah Aksi Selamba Terlampau kali ini”
“ Kami mengambil masa juga untuk memilih pemenang Anugerah Khas: Penyucuk Perut Terbaik. Pening juga kerana Blalang adalah antara penggemar menyucuk perut Shahrizal dan Angah. Namun akhirnya juri memilih Toolar yang kerap menyucuk perut Afeer secara senyap kerana kurang mendapat publisiti ramai ”
“ Bagi Anugerah Aksi Tidur Terbaik nampaknya saingan sengit berlaku antara TedNet , Himitsu dan Grey...akhirnya Grey yang tidur kejung di sebelah Blalang dan Shahriz terpilih sebagai pemenang kerana gaya tidur keras yang menakjubkan!!”
“ Bagi kategori Kostum/Pakaian Terbaik diberikan kepada Shahriz yang nampak selesa beraksi bersama tuala di kepala ketika menunggu giliran untuk ke bilik air. Saingan Shahriz dalam kategori ini ialah dirinya sendiri dengan memakai tuala belang-belang dan Grey yang menyinsing kaki seluarnya ke paras lulut”
“ Pemenang bagi Aksi Plastik Terbaik diberikan kepada Himitsu yang berjaya membuat ramai percaya beliau sudah tidur dan mengata-ngata tentangnya padahal dia masih sedar!!”
“ bagi kategori Drama Terbaik ..nampaknya drama “Blalang dan Angah” berjaya menggondol anugerah ini kerana berjaya memainkan watak sebagai budak yang kecewa dengan Angah yang tidak mahu join aktiviti berkaraoke dan respon Angah yang menghdupkan drama itu lalu mencuakkan mereka yang lain!!”
“ untuk kategori “Pendengar Rayuan Terbaik” Afeer mendapat pengiktirafan ini kerana aksinya dengan tekun mendengar Kamar merayu untuk tidur di katil Afeer dan responnya memberi lampu hijau kepada Kamar yang sedang merembes itu dan feeling Rohana Jalil menyanyikan lagu "Rayuanku"!!”
“ Juri sepakat memilih Cek Mi sebagai “ Juru-servis Terbaik” setelah kejayaannya membasuh rambut Himitsu yang kerinting itu di sungai dengan jayanya serta mendapat pujian kerana hasilnya lembut dan mempersonakan!! Guna jari pun bole!!”
“ Anugerah Aksi Tak Mahu Terbaik diberikan kepada TedNet yang pada mulanya enggan mandi sungai namun tiba2 tergelincir ke dalam air sungai dan membuatkan dia bertukar fikiran untuk basah terus pada hari itu!! keserian terserlah!!!”
“ Bagi Anugerah Penunggu Terbaik nampaknya Nan berjaya menambat hati juri setelah kesabarannya menunggu di Pusat Karaoke itu mendapat pujian ramai”
“ Anugerah Aksi Ketawa Terbaik diberikan kepada Akak Lasagna yang ketawa tak hengat2 ketika menonton filem Epic Movie di TGV, KLCC sampai kaget para penonton, bapak2 , ibu2 disekitarnya!!”
“ Bagi Anugerah Aksi Kucing nampaknya saingan sengit antara Kamar dan Zerd..tetapi aksi Zerd yang lebih malu2 kucing mendapat perhatian juri berbanding Kamar dengan aksi kucing yang lebih daring!!”
“ Anugerah Kaver Macho Terbaik diberikan kepada Peah yang dicalonkan melalui aksinya yang bersungguh-sungguh meyakinkan Nan bahawa dirinya straight ketika minum di Restoran 22 Jam!!! Turut bersaing ialah aksi Shahriz dengan ayatnya ‘Mak Straight Okey!!’ yang mengharukan!!”
“ Bagi Anugerah Khas : Chipsmore ....kejap ada kejap tiada diberikan kepada 3 orang pemenang iaitu Alan, Ryan dan ‘Mawi’ Afeer kerana kemunculan ala2 biskut gitu!!”
dan.......akhir sekali... bagi Anugerah Peneman Blalang Terbaik diberikan kepada Mr F...keh3 tiada pesaing dalam kategori ini!!Syabas behti!!
Apa pula kata pemenang???
Label: kengkawan
Berita Burux>
Lang baru je jatuh motor semalam...hmm sakitnya!! Lang bawak motor ke Bandar S untuk ke rumah F dan tiba di satu lorong motor tak sempat elak lobang yang besar di tepi lorong itu!! Lang terlanggar dan masih boleh on track sebelum tayar belakang tergelincir oleh kerana pasir halus di atas jalan tar yang tebal yang menjadikan jalan itu licin!! (wah panjangkan explaination ? tetiba feeling Sarimah Ibrahim)
akibatnya Lang terbabas bersama -sama motot ittew dan terlanggar divider plastik di tepi lorong!! gedebab!!! Abis jari kelingking kanan LAng tergesel di atas jalan tar dan mendapat luka yg dalam disamping kulit lutut kanan turut tergesel !! Dalam separuh perjalanan ke bandar S itu, Lang yang telah terjatuh menahan pedih dan mengangkat kembali motor yang tayarnya terbenam di longkang kecil yang penuh pasir debu tanpa dihiraukan penunggang motosikal yang lalu disitu!! Lang terus menelefon F dan menuju ke rumah nya dengan darah yang masih menitis!! pedih juga time press minyak dan menekan brek!!
Alhamdulillah LAng selamat dalam kejadian itu, kalau ada motosikal yang langgar time jatuh tu , tak tahulah jadi apa!! gundah rasanya, nasib baik ada jurujerwat...eh jururawat F yang memberi rawatan sepenuh kasih sayang terhadap Lang disamping kawan2 yang begitu mengambil berat!! terima kasih semua!! walau pun pedih jari menaip ni semangat LAng tetap ada demi kengkawan semua!!
Berita BAru>
LAng baru je wat forum baru nak ganti forum
joyworld lama yang dah di tutup tu!! forum ni ... joyworld yang baru :
http://joyworld.20.forumer.com lebih selamat , bebas virus , fresh dan masih teruna lagi! tapi korang kenalah register dulu! !!! Ok lah jom kita pecahkan keterunaan Forum BAru ni!! jom!!!
korang leh gak taip je kat address box kat atas tu dengan menaip terus
(tanpa taip www atau http://) :
joyworld.
tt.cx atau
joyworld.
999.org atau
joyworld.
x.am atau
joyworld.
forumer.com
senang kan??Jom! ke sana!!!!!
Label: kisah blalang