ooh....lagi!!! (aiyo...abisla Lang sudah kemaruk!!!!!!!*)



Label: variasi
Sari Berita Penting :
Didapati dua pemain kembar skuad bawah 20 tahun negara iaitu Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan yang juga pemain skuad Negeri 9 Naza ..telah membuatkan para gadis remaja sekolah merembez-rembez apabila melihat wajah dan aksi mereka dimana2!!tidak ketinggalan pembaca berita ini sendiri...iaitu saya,Blalanglalang telah terpana melihat mereka pertama kali dalam majalah kontroversi negara iaitu MAngga!! untuk perhatian..Himitsu telah memaklumkan kedua kembar ini telahpun muncul didalam majalah keluaran terkini sebagai penghias dan penyeri edisi keluaran terkini majalah2 terkemuka!!!
Sari Kelapa Parut (sari berita karut): kain sari aci telah hilang dicuri oleh burung gagak siang tadi..oops... Aci mana plak yg prasan diva ni???aiyooo!!!
Profil:
KEJAYAAN pasukan bola sepak Malaysia Bawah-20 apabila layak menyertai kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 20 tahun yang akan berlangsung di India pada bulan Oktober nanti dikatakan memberi nafas baru dalam arena bola sepak tempatan.
Malah, kemenangan demi kemenangan yang dicapai skuad bimbingan K. Rajagopal dalam siri perlawanan persahabatan yang diharungi lebih meyakinkan lagi ramai pihak bahawa skuad ini bakal kembali untuk memartabatkan bola sepak negara yang kian tenggelam dewasa ini.
Selain menjadi sebuah pasukan yang dikagumi, skuad ini juga telah melahirkan beberapa pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan mendadak. Nama Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha Abdul Radzak adalah antara nama yang tidak lekang meniti di bibir peminat bola sepak kini.
Merupakan pasangan kembar seiras, pemain yang lahir dari Sekolah Sukan Bukit Jalil ini mula menjadi tumpuan peminat. Bukan sekadar disebabakan kebolehan mereka di padang, tetapi wajah tampan mereka juga digilai remaja-remaja perempuan. Kehadiran mereka berdua dalam kancah bola sepak Malaysia juga boleh diumpakan seperti pasangan kembar dalam skuad bola sepak Belanda, Frank de Boer dan Ronald de Boer.
Baru berusia 19 tahun, anak kepada pasangan Abdul Radzak Salleh dan Azizah Arshad ini mengakui bahawa adakalanya mereka mula dikerumuni para peminat yang ingin bergambar dan meminta. Dan ternyata keadaan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan mereka berdua.
Sari Berita tak penting: wah...abislah merembez tengok anak ikan 2 orang ni!!! kepada yg kurang berminat sila layan sahaja fenomena yang berlaku kali ini!!sekian terima kasih!!
Zaquan (adik) & Zafuan (abang).....


Zaquan.....duduk seksi...Zafuan menarik sekali!!
Zaquan..wah..apa yg terbonjol ittew???!!!

Zafuan ketika mengalahkan Myanmar 4-2!! malatops!!

Zafuan....wah..angkat tinggi lagi!!! ^ sukerzz!!! ^

Zafuan keletihan beraksi!!

Pasukan Anak Ikan Malaysia yg telah membelasah anak ikan Myanmar 4-2!! Congrats!!
Zafuan (no.8) Zaquan (no.17) &Blalang (no. ekor..kat rumput2 tu x nampak!!)
Ini dia...Petikan dari Majalah Arena Bolasepak (ABS)....
ABS: Bagaimana perasaan menjadi pemain yang cukup dikenali di usia muda?
Aidil: Sangat terharu tetapi ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya saya dapat mengenali bermacam jenis dan ragam orang, contohnya seperti kamu (penulis). Kalau bukanlah kerana bola sepak, rasanya tidak mungkin kami berpeluang melihat negara orang. Dalam pada tu ada juga keburukannya, kehidupan kami lebih terdedah, kurang privacy dan masyarakat ingin mengetahui apa yang kami buat. Sampai ada yang merayu minta nombor ‘phone’ kami. Tolonglah jangan anggap kami sombong jika enggan bagi nombor phone. Kami hargai sokongan yang diterima, namun ada baiknya sekiranya ada batasan di antara pemain dan peminat. Kami juga mahu menjalani kehidupan yang sederhana.
ABS: Kamu bakal bermain untuk satu kejohanan besar, bagaimana tekanan yang kamu hadapi?
Aidil: Itulah masalahnya, satu pasukan merasai tekanannya kini kerana bimbang rakyat dan juga media Malaysia terlalu mengharap. Itulah yang kami mahu elakkan, kami berjanji memberikan yang terbaik. Bimbang sekiranya gagal, kami akan dihentam dengan teruk. Kami berharap doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi kejayaan kami kelak.
ABS: Bagaimana karektor ganas dan ‘rebel’ seperti yang dilabelkan segelintir peminat?
Aidil: Itu adalah tanggapan orang yang tak pandai menilai permainan dan bola sepak itu apa. Kami bukannya gangster di atas padang cuma agresif dan lasak sahaja. Kalau tak agresif lebih baik tak payah main bola. Setiap pemain mempunyai karektor dan cara permainannya tersendiri
Sebagai penutup...terimalah gambar2 yg sikit je ni... untuk tatapan!!x leh lelebih..kang kontroversi!!abislah remaja remaji makan hati!!

paling suka pic ni...kelazz gitu!!!
Label: variasi
Setiap langkah ku atur
Semuanya tidak betul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul
Namun langkahku tak betul
Segalanya yang menyusul
Katamu tidak teratur
Ku bersabar ku perbetul
Ku cuba fahami segala
Namun berat jiwa
Untuk ku mengalah lagi dengannya
Ku cuba selami semua
Namun apa daya
Untuk ku mengalah lagi dengannya
Bingung dengan cinta / yang pertama...
Bingung dengan dia / yang melanda...
Bingung yang kurasa / jiwa ini....
Bingung yang melanda
Bingung kerana cinta / kerananya kumerana.....
Bingung kerana dia / kebingungan yangmenimpa
bingung yang kurasa
Bingung yang melanda
Bila mula ku berkata
Ada saja yang tak kena
Ku akur dengan semua
Ku bersabar ku perbetul
Inilah ragam manusia
Ku turutkan segalanya
Ku terpaksa dan dipaksa
Ku bersabar ku perbetul
Oh kerananya ku sengsara
Tak ingin lagi bersama
Ku percaya hati luka ini
Akan bahagia Tanpa dia...
Bingung - Amy MasturaLabel: madah kiasan
aiyoz..tiada ku sangka cempedak jadi nangka!!! itulah yg terjadi...siapa sangka menduga ..
inilah kisah si tangan batu dan kaki bangku dipaksa bermain boling& futsal dalam sehari kerana mewakili kelas!!! sejujurnya sebelum pertandingan yg diadakan berturutan tu...nervous, gugup..bercelaru semua ada!!...ini kira besar gak...team Lang berdepan 4 team lain dalam kedua2 pertandingan ni!!! untuk persediaan...Lang adala buat latihan bebrapa hari sebelum tournament tu...tak sangka plak leh dapat kecederaan kaki!!dah pulak!!!
sampai detiknya....pagi ahad itu bermula dengan minum air milo dan setablet multivitamin...tak sempat bersarapan!!!..sampai tangan terketar2 masa drive kelaparan!!!sampai di pusat boling dengan kondosi yang agak kurang bertenaga...dah le kaki ni sakit!!??hmmm...sib baik ada budak pompuan belikan makanan ringan....dapatlah sedikit lagi tenaga untuk membuat balingan!! dipaksa bermain 3 game...Lang berjaya dengan beberapa kali spare di game pertama dan kedua dan mendapat strike di game ke-3!! 5 orang satu kumpulan...(dalam kumpulan; Lang di rank ketiga) dapat gak membantu kumpulan yang akhirnya meninggalkan naib juara dengan beza 500 jatuhan pin!!wah kaget!!!

hehe...ketua kumpulan Lang,si S memang power!!!dah tahap professional balingan dia!!Lang dapat jatuhan pin pun 120 lebih...hehe..biasa2 je... tapi dah cukup membantu meninggalkan kumpulan2 lain begitu jauh!!terima kasih kat geng2 lain yg power2 gak..akhirnya kami bergelar juara!!tapi tak aci... masa umumkan tu Lang kat dalam tandas..huhu...terlepas detik2 penting!!keluar je tandas terus bergambar!!! wah posing juara wat pertama kali ni!!hihi...dalam pada posing tu tangan dah membengkak...sakit tangan main 3 game dengan bola 13!!!
kemudian masa untuk ke acara seterusnya iaitu bermain futsal tinggal sejam je lagi!!mana masa nak makan..solat..salin jersi..aiyo..kelam kabut mak minah dibuatnya!!! terkejar2 bak tua mengejar kita...sempat gak makan nasi ayam di kedai berkonsep rumah hantu di bandar S ni!!pastu terus solat di surau berhampiran dan salin jersi terus..wah ter-delay 10 minit dari waktu mula!!!sib baik bukan pasukan pertama lawan!!...aiseh diorang letak Lang di posisi depan plak tu!! abisla ..dah le kaki bangku ni!!
kemudian game pertama bermula...wah..tak sangka Lang dapat melakukan try beberapa kali walaupun tak gol dalam keadaan kaki yg dah bengkak urat tu!!namun kemudiannya, kami berjaya mendapatkan gol dan menang game pertama itu!!wah tak sangka..kebal gak benteng kami ni!! main futsal ternyata pantas dan memenatkan!!LAng dengan kaki yang bengkak hasil training 3 hari berturut2..tak mampu berlari untuk game kedua!!
di game kedua Lang di rehatkan ..dan pasukan kami kalah kepada pasukan yg mempunyai pemain import!!tempat Lang diganti oleh seorang akak yg penakut bola!!kui3...xpela..janji cukup satu team & kami x pakai pemain2 import!!
di game seterusnya Lang bermain semula..dan menang semua!!hehe...mungkin Lang bukan faktor utama kemenangan kami itu!!!...tapi Lang rasa cukup bermakna bila semua game yg Lang main menang!!

akhirnya diumumkan pemenang..kali ni Lang tahan buang air nak dengar pengumuman..malangnya tak de P.A system plak!!x dengar gak!!ampesss...Lang suruh member jadi wakil untuk dengar...dan kami jadi naib juara dibawah pasukan yg ada pemain import itu dan mereka rupa2nya dah regular dengan tempat futsal tu!!
wah!!!kaget lagi!!!pasukan yg ada kaki bangku macam Lang ni leh jadi naib juara?????sungguh tak percaya!!! walaupun tiada hadiah untuk tempat kedua (dengan alasan penganjur tak tempah lagi!!) tak pe...yang penting apa yang dapat dari event yg memenatkan tapi menyeronokkan itu!!!
Akhirnya..diriku si tangan batu & kaki bangku berjaya mendapat kejuaraan??alhamdulillah..sememangnya semalam (ahad) adalah hari kesukanan terbaik bagi Lang!! mula2 ingatkan pertandingan yg boling dan futsal yang disertai tu untuk suka2 ..tak sangka plak leh menang!!rezeki kot..hmm... tak sia2 latihan yg Lang lakukan tiap2 petang dan beberapa malam sebelum pertandingan!!
wah....ada lagi ke kaki bangku yg berani main Futsal ni???kui3
Label: kisah blalang
aiyo...tiada kata lagi harus dikatakan melainkan bz...bz...bz... hmm...xpelah..best gak bz ni...sekurang2 nya kita tahu ada gak benda2 lain penting dalam hidup kita ni!! sian ler kat angah, phoenix dgn kuni..nanti ler kita kuar minum2..lepak2...usha2...!Lang nak minta maaf sesangat kat dorang ni!!! sabar yer...adik& abang!!! si arebird bila plak nak date ngan Lang ni??oops....saje je ngusik!!jangan spedo tau!!
bosan gak (ala2 Grey) gak time jadual padat ni!!sib baik ada sms dari grey, angah, himitsu, kamar, phoenix & lasagna-zizou ...sungguh berjaya mereka menambah perisa happy dalam hidup Lang ni!!!
Lang ni ...lepas je kelas terus gi cc ...itupun kalau takde hal ler!!kat sini dah de CC baru yg mantap bak angah dan dijaga oleh abang yg romantik suaranya bak Arebird!! plak tu...ada skali je , akak cunmel bak lasagna jaga CC ni!!hihi..layaaan!!!!
dalam pada bz tu ..blog sempat ditambah macam2 benda baru..hihi..memandai jer Lang ni menokok tambah!!! thanks to Grey gak...nice fotopages!!nantila invite kawan2 Lang yer..kawan2 je tau!!?? nyamuk2 tak nak!! kat dalam blog ni dah de IP tracker...hehe...tau ler sape yg masuk dan stalking!!! sape yg ngendap tu???ketumbit nanti mata dia!!!kui3..
Label: kisah blalang
Wah...lega minggu ini tugasan2 yang diberi sensei berjaya disiapkan!! Alamak ehh.....rupa2nya ada lagi kerja2 baru yang lebih mencabar menanti!! Kelas Lang ni ada 3 kali break dari pagi ke petang....masa rehat itulah digunakan sebaiknya !!! Lepas rehat, sambung kerja semula!!!
Begitulah seharian setiap minggu ..melayan kerenah kerja2 dari pengajar yg sorang ni....hmm...dahlah banyak pantang larangnya!!! Sabar jelah ek....bak kata Kamar... “student life mesti enjoy”!!! Hmmm....oklah Cik Kamar..saya akan enjoy sentiasa!! Cik Himitsu, Cik Lasagna, Cik Grey, Cik Kuni,Cik Phoenix, Cik Angah atau Cik Zan ada slogan nak bagi gak ke???aiyo..harus tunjuk ajarku sifu !!
Hmm...minggu lepas sempat menaip entry untuk blog walaupun sibuk dan menyebok!!..hehe..pepandailah curik masa ni!!! Hmm...lepas je kelas..Lang terus bergegas ke CC untuk melayari dunia maya ...yelah kat makmal komputer kat kelas tu banyak laman web disekat..termasuklah blogger.com , blogspot, blogdrive, friendster dan banyak lagi!!aiyo geram gak ngan juruteknik tu...macam takde kerja lain..asik nak blok laman web je!!hmm...sabar lah... still enjoy lagi!!
hmmm..minggu lepas , nak sign out dari CC tu kenalah ke kaunter..then ngadaplah muka budak pompuan yg berimej tomboy tu..seperti biasa...tanya.. “erm..berapa?” dia pun jawab “RM1.50 je...eh..awak ni R***** kan??dah lama tak nampak!!apa crita sekarang??” wah..konfiden je minah ni!!gaya bahasa dah roxx macam Lasagna plak!!! aiyo.. dalam pada tu ...tetiba Lang jadi kaget!! sape plak ‘R’ ni???
Lang dalam kekagetan menjawab “ Eh bukanlah!!lain orang tu!!” budak tu tetiba berubah rupa bak semalu menguncup bila disentuh..lalu budak tu menjawab dengan suara dah tak roxx lagi.....malah bunyi ‘kepit’ , “Eh salah orang ek?sorry ye..saya ingatkan awak ni R yang belajar di universiti di bandar S ni!!!.....raut wajah awak ni nak dekat serupa dengan dia lah!! Sorry yer??” Lang pun membalas dengan senyuman menguntum bak bunga plastik “ takper....takper..hehe....tak de hal punya!!” ... tapi dalam hati terdetik.... “wah..siapakah yang dimaksudkan itu???ingin aku mengenali mu!!!”...hehe..
teringat pulak kisah ‘kembar’ Grey yg Lang jumpa tak lama dulu tu.... kali ini giliran Lang berada di tempat seperti Grey yang cuma dapat tahu ada orang yg serupa atau berupa – rupa seperti Lang ni!! Teringin nak jumpe!!!..wah lagi macam ayat Grey ari tu plak!!! Hmm...tapi betul ke dia ada rupa macam Lang ni???konpius gak!!
Menurut kata orang-orang dulu...kat dunia ni ada sekurang2nya 7 orang berwajah hampir serupa dengan kita atau pun dipanggil sebagai Pelanduk 2 serupa! Siapa tahu kita ada ‘kembar’ di bahagian lain di benua Asia serta di benua Amerika, Australasia , Eropah mahupun Afrika??? Tak semestinya ‘kembar’ kita ni sebaya apatah lagi sama perangai dan sifat2 macam kita! Siapa tahu yg ‘kembar’ kita tu orang penting kat satu2 organisasi, selebriti , orang biasa atau orang luar biasa????
Kalau ler terserempak dengan ‘kembar’ kita tu..hehe...mana tau..muka je dekat sama tapi saiz badan berlainan....eh tengok2 tezz la plak!!!maunya jadi Lesbo!!kui3...
Apa2 pun pendapat orang tentang orang yang ada menyerupai kita tu terlalu subjektif..dan manalah tau di mata orang lain , lain pulak pendapatnya!!! Aiyo ..macam pendapat SeniorForFun dulu2 dalam forum...hehe...tak seswai ler Lang ni macam Ryan Seacreast tu ...jauh sekali!!!Lagipun tang mana ler yg ada rupe Lang tu??? Tang bulu idung dia ke???tak seswai!!! Aiyo....Cik Himitsu &Cik Grey jangan plak disebut-sebut pasal citer “ gosok” tu!!! Ermmm...lagi tak seswai!!! Isk!! Nahi..kabhi Nahi!!! (tetiba feeling Hindustan!)
Label: kisah blalang
dalam satu situasi terhimpit dengan kebenaran yang cuba dilabel dusta...
percayalah..kebenaran itu akan menang jua sekiranya kita berada di pihak yang benar.....
jangan lah gusar dengan fitnah dan kata2 cercaan ...
satu hari nanti pasti bagai menepuk air di dulang....malah bagai membuka pekung di dadanya sendiri...
sekalipun penganiaya itu terselamat di dunia .. ingatlah di akhirat belum tentu lagi..
sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil!!
Label: madah kiasan
Whoah...lotih den!!hm...penat ler melayan sensei yang baru ni...sensei yg pertama dah lik Jepun..cuti sebulan!!!hmm..jumpa anak2 lah tu..sensei yg kedua ni ...mak oi cerewetnya!!!tapi bagi Lang...ku berserah.....(bukan Beserah kat Pahang tu!!!) Minggu ni sempat le nak gi CC sebelum ada hal ngan training sukan yg Lang terlibat !!!!kur3..memang dah sah kaki bangku..memang patut kena gi training pun!!!
hmmm...dalam pada tu ...Lang gembira ngan blog yg baru usia 7 bulan ni..tapi backgroundnya dalam minggu ni je dah 7 kali tukar!!!hehehe...memula Grey yg tukar..kemudian ada yg komplen tulisan tak nampak..Lang tukarkan sendiri..tengok2 tak jelass gak!!so..tu yang sampai 5-6 kali tukar..dan semalam Grey tukar kan kepada background bertajuk
" hutan,langit,gunung dan tasik" ni!! cantikla Grey..terima kasih!!!suka lah!!Himitsu pun suker..hehehe...Angah macam mana???Lasagna mesti kata , "aik, tukar lagi???"Kamar,Penyu dan ...yg lain2 tu macam ne?? nilah hasil kerja Grey...hehe...jangan marah aaa....!!!
suka background ni..yang penting ada konsep flora tu!!!(ala...yg hijau2 tu!!) bukannya apa..Lang suka kehijauan ...lambang kehidupan yg berseri...hmm...kaler yg lain2 tu bukan lambang kehidupan yer!!!kelabu is for kelabu asap!!!(jangan marah Grey!!)
dan mengikut Edward De bono:
Biru lambang kontrol dan mengontrol (macam queen control...kalau giler kuasa ler!)
merah lambang perasaan...
kuning lambang positif...
hitam lambang amaran..
takpelah..lain orang lain pendapat!!! LAng nak terima kasih kepada yg sudi ngikut blog Lang ni hingga kini...walau pun blom cukup setahun lagi ..tapi dah macam2 perkara terjadi sejak adanya blog Lang ni!!!kepada yg slalu baca & pnah baca tu terima kasih sesangat!!!
aiyo...bukan Lang menang awards tau...memang Lang nak sangat berterima kasih!! seterusnya kepada yg rajin memeseji Lang baru2 ni macam Himitsu,Grey,Arebird,Lasagna,Alan,Kamar,Phoenix dan Angah....hmm... tak boring Lang melayan mesej kengkorang semua!!!sorry la kalau ada yg terganggu plak ngan mesej Lang tu...jangan marah ye!!???
Lang lagi gembira kalau dapat jumpa "live" korang semua ni... macam
Himitsu = misteri???tapi best!!
Grey = fun!suke ngan perkataan "chomel" dia sebut tu!!
Lasagna = Aiyo ganazz gak kata2 mu
Kamar = malu2 kucing!!(hehe..obvious kekucingannya!!)
Zan = aiyo macam berjangkit ngan Kamar je!!..takpe ada masa lagi nak berborak2 panjang ngan korang berdua ni!!
Phoenix = abstrak dan subjektif (tiada jawapan pilihan objektif!!)
Angah = easy going...dan going easy
Alan = Alan (yela takkan sama ngan orang lain plak!! ....segannyer!!!)
Arebird = suara Romantik& sekarang jadi kelawar!! (jumpe live belum lagi nih!!)
hmm..tengok ler ada rezeki berjumpa lah kita lagi!! Lang percaya ngan
uols semua!!!!

Label: kengkawan
Kepercayaan adalah salah satu elemen penting dalam jiwa manusia…Kita hidup di dunia berlandaskan kepercayaan.... dengan kepercayaan kita merasa selamat dan yakin dengan apa yang kita lakukan! Bukan mudah meletakkan kepercayaan kita kepada seseorang …..betapa ia memerlukan keyakinan yang tinggi dalam diri insan terbabit!! Maka wajarlah kepercayaan yang diberi kepada seseorang itu dianggap sebagai satu penghormatan yang tinggi dan mulia!! Sesungguhnya bukan mudah mendapat penghormatan sebegitu, lebih-lebih lagi sekiranya kepercayaan yang diletakkan adalah begitu tinggi pada orang yang memberikannya!!
Bagaimana pula sekiranya kepercayaan yang kita beri dirosakkan begitu sahaja??tentulah kita akan hilang kepercayaan terhadap mereka ini dan berasa amat kecewa.... malah rasa dikhianati!! Contohnya, kita ceritakan satu rahsia kepada seseorang yang rapat dengan kita pada suatu hari.....alih2 keesokannya..... cerita itu sudah disebarkan juga disindir oleh orang2 lain pula!! Apakah agaknya perasaan orang yang dikhianati itu?? Sedih?? marah?? geram?? kecewa??? Adalah pelik kalau si mangsa itu berasa gembira atau tidak merasa apa2, bukan???
Dalam hal sebegini....telah banyak yang Lang lalui apatah lagi ‘terkena’ dengan makhluk-makhluk yang Lang berikan kepercayaan yang amat tinggi dan akhirnya menjerat diri Lang sendiri!!! Mungkin kerana apabila sudah mesra dan rapat, kita merasa yakin dan selamat dengan orang tersebut.... hingga lupa akan kemungkinan yang boleh terjadi!!! Maka diceritakanlah sepenuh jiwa kepada makhluk-makhluk itu tentang apa yang Lang ingin kongsi dan luahkan secara ekslusif.....
Tanpa diduga…pada suatu hari...tiba2 cerita itu dibongkar dan ditelanjangkan kepada umum!! Tambahan lagi,ada yang bukan setakat menyebarkan cerita berlabel rahsia tersebut sahaja..malah melangkah lebih jauh daripada itu!!! Bukan sahaja isi cerita yang mahu dibongkar..malah watak2 dalam cerita (rahsia) itu juga mahu diterjahnya tanpa rasa bersalah!!!Bila kita dapat tahu apa yang mereka telah lakukan.... Tuhan sahaja yang maha mengetahui betapa hancurnya perasaan orang yang dikhianati dan teraniaya sebegitu !!

Lang sudah banyak terkena dengan orang2 yang tidak tahu menjaga hati insan lain seperti ini, tidak pernah berasa bersalah serta menganggap hal penting kita sebagai remeh temeh!!paling mengecewakan adalah mereka ini bersikap tidak amanah ….. Halnya kalau dalam dunia profession ; pecah amanah syarikat tu hukumannya dipecat dan disenarai hitam bukan??? Bagaimana pula dalam soal hubungan antara insan?? Perlukah makhluk2 tersebut dianggap sahabat lagi?? Apakah jaminan mereka ini tidak akan mengulangi perkara yang sama???
Serik????Entahlah sejak dari zaman persekolahan hingga sekarang sudah berkali-kali Lang terkena!! Apa yang perlu dilakukan pada hari mendatang ???Berhati-hati ?? Jangan mudah percayakan insan lain??? Berwaspada dengan kawan baik sendiri??? Curiga dengan orang lain???Entahlah....sebab sukar mengesan mereka ini dikalangan kita!!…hari ini kawan, esok bertukar menjadi lawan!!!Siapa tahu ??? Bagi Lang sendiri...alhamdulillah ...tidak pernah pula setakat ini, membocori rahsia yang diamanahkan orang lain kepada Lang ...dan bila masa Lang ingin berkongsi rahsia atau cerita mengenai diri Lang ....terjadi pula yang sebaliknya!!Mungkin ini satu ujian.... Akhir kata, Lang doakan.... janganlah korang menjadi mangsa mereka yang seterusnya pula!!!Aamiiiin!!Label: madah kiasan