* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Jun 30, 2009

segan la pulok!!???

Rupanya ada yg suka follow kisah 'Spa Q' yang saban hari mengusik jiwa Lang ni. Maaflah..beberapa minggu ni Lang terlalu sibuk menghabiskan kerja yang semakin menimbun sehingga kekurangan stamina untuk menulis blog.

Berbalik kepada 'Spa Q' yang tempat duduknya yang begitu hampir sekali dengan Lang, beliau semakin hari semakin manis pula! Figuranya sedikit sebanyak mengingatkan kepada kenangan lama Lang iaitu 'S' yang masih dalam ingatan.

Setiap kali Lang bersama 'Spa Q' beliau lebih banyak bertanya berbanding Lang yang lebih banyak berkongsi kisah dan pengalaman Lang. Ini bermakna saban hari, beliau lebih mengenali Lang berbanding Lang mengenalinya! Pun begitu, Lang tetap mengikut rentaknya bagi mendapatkan kisah daripada sebelahnya pula.

Apa yang Lang perhatikan, beliau sebenarnya mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan butir bicaranya kedengaran alim sekali!!! Kadangkala, Lang menjadi segan pula kerana takut tersalah cakap atau memperlihat kelemahan Lang yang ketara!!

Beliau juga rajin berpuasa dan sering mengucapkan kalimah suci sebagai alas kalimahnya! Ini membuatkan Lang menjadi segan untuk bersikap 'over the top' seperti kebiasaan ! !!!

Baru-baru ini, beliau semakin rajin berpuasa dan maka tertinggallah Lang di waktu makan tanpa dirinya di sisi!

Sifat yang ada padanya itu membuatkan Lang mula segan dan hormat padanya meskipun Lang akan terpana setiap kali bibir bak jambu air itu mengukir senyuman manis bagaikan mahu bertamu di alam kemesraan.

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, Jun 21, 2009

demi Keranaku sanggup kau...

Alkisahnya ...hari-hari penuh senyuman di opis dengan kehadiran "SPA Q" yang melirikkan senyuman setiap kali bersama Lang..huhu (ceh perasan!)

Minggu lalu, Spa Q selaku teman lunch Lang begitu excited mengajak Lang makan bersama (berdua) di luar dari tempat klise setiap kali kami pergi lunch..Beliau men'culik' Lang dan membawa ke restoren kegemarannya untuk melepak iaitu restoren mamak yang popular lah juga..

Dengan begitu happy beliau memandu dan Lang di bawanya ke restoren itu lalu kami pun makan dan berbual (tidak lebih daripada itu)

Selesai episod hari itu, hari berikutnya Lang menghadapi hari yang amat sibuk lagi bz (bak kata org sekarang) dengan pelbagai aktiviti sehingga terpaksa menggunakan waktu sarapan untuk ke bank.

Kemudian di waktu lunch, Spa Q bertanyakan ke mana Lang pergi pada waktu sarapan itu kerana beliau sebenarnya ingin pergi sarapan bersama!! alkisahnya setiap kali sarapan sudah pasti staf lain turut ke kantin namun menariknya Spa Q hanya mahu pergi dengan Lang sahaja!! Walhal teman-teman lain juga sudah menjadi teman borak Spa Q ketika di kantin!!

Lang dapat tahu, beliau tidak bersarapan pagi tu dan menahan laparnya kerana Lang sudah meninggalkannya untuk ke bank!!

Terharu bercampur kesian juga..hmmmm kalau Lang tahu, lang akan tangguhkan sebentar urusan ke bank itu!!!

Pun begitu, kisah ini mencuit hati Lang untukmnambahkan koleksi mimpi berangan untuk bersama dengan Spa Q ~alamak terleleh air liur!!!~

Label:

Blalang*Lalang

Jumaat, Jun 12, 2009

Spa Q yang menggoda !!

ya ampuunnnn *tetiba*

belum pun masuk seminggu bersama SPA Q...Lang semakin teruja plak berada di opis semenjak kehadirannya

..hhmmm x pnah Lang terasa nak senyum memanjang sepanjang berada di opis...inilah detik paling menggembirakan.... hadir permata baru yang membuatkan Lang x khusyuk membuat kerja pejabat!!

sepanjang hari tadi ..Lang asyik terpandang mata&bibir yang memukau itu!!

mana tak nye..bila terpandang mukanya..terus dilemparkan senyuman 'cari makan' dia tu...aduyaiiiiii....


bila terserempak di muka pintu kaca tatkala dia mahu membukanya...dia senyum lagi...adoooiiii ...luruh jantung Lang ni!!!


tadi sebelum tamat waktu kerja tiba-tiba dia datang menerpa ke tempat Lang...mencangkung lalu berteluku dan memandang Lang ....lalu bertanyakan apakah yang telah Lang lakukan pada hari tersebut dan hal berkaitan skop pekerjaan Lang...

* bayangkanlah sesorang yang tezz memandang tepat wajah kita !!*


kemudian dengan bersemangat waja Lang menerangkannya...dengan ayat yang langsung tak tersusun gara-gara kaget dengan aura mencairkan beliau itu!! apalagi renungan mata berserta melihat bibir bak butir delima bertutur dengan ciri-ciri yang sangatlah mengujakan Lang malah membuatkan Lang boleh tak tidur lena malam ini!!

dalam sesi singkat itu Lang sempat berkongsi beberapa kisah..beliau nampaknya begitu suka dan teliti mendengarnya....hmmm kemudian berselang nada suara agak manjanya bertanya lanjut tentang Lang dengan irama yang sangatlah mendebarkan dada!!!


Lang yang menggeletar tangan kununnya nak cuba curi-curi snap muka dia dari jarak dekat tapi dia plak terpandang tingkah pelik Lang itu....maka serta merta Lang terpaksa mengkaverkan diri...lalu gagal misi mensnap wajahnya *kalau snap pun sorry la xkan nak post lam blog...(privasi hoccay!!!)*


Petang itu Lang memandu pulang ke rumah dengan rasa gumbira..namun tiba-tiba terkilan kerana terlepas sesuatu yang penting teramat sangat..iaitu meminta nombornya atau memberi nombor Lang kepadanya!! *motif????*


kesimpulannya... verangan je kan Lang ni??? tapi memang hajat hati nak peluk 'SPA Q' itewww *bukan peluk gunung atau bukit bukau tawww!!!!*

Label:

Blalang*Lalang

Rabu, Jun 10, 2009

Sinar baru di opis!!

Setelah seminggu Lang telah berasa lemau di opis setelah kepergian seorang budak prektikel di opis yang kiut lagi mesra yang menyebabkan Lang kehilangan 'jiran' dan terasa sepi selama seminggu...

Semalam pula hadir satu permata baru menggantikan kepergian budak kiut itu dan paling mengujakan ialah beliau lagi mantap rupa & fizikalnya..pendek kata tersangatlah tezzzz!!!!

Mempekenalkan dirinya kepada staf lain antara terawal ialah kepada diri Lang ini..hmmm dengan lemparan senyuman manis madu berserta seri wajah yang memukau pandangan Lang...

Umur yang masih remaja dengan gaya yang memikat sesungguhnya amat menarik perhatian termasuklah beberapa staf yang lain...(hatta staf yang dah berkahwin!)

hmm setelah Lang diperkenalkan, budak baru itu terus berbual-bual dengan Lang (wow bulan jatuh ke riba) dan Lang pun terus melayannya bagaikan ada 'chemistry' antara kami berdua pula (perasan!)


sungguh mesra suara panggilannya!! wahhhh...teruja!!! (cair pun ada!!)

Lang sempat menanyakan sedikit sebanyak latar belakangnya dan Lang juga sempat memberi pengenalan serta panduan mengenai pekerjaan Lang dan persekitaran di opis itu.

Selesai berbual, kami sama-sama ke kafe untuk mengalas perut ...dapat lagi Lang menatap wajahnya!! (kelassss)

Persis model majalah remaja...Lang terus menatap keindahan yang terbentang di ruang mata....tanpa membazirkan meski sesaat!!

Dalam hati Lang nak sangat berterima kasih kepada Bos Lang yang nampaknya begitu bijak memilih pekerja dan pelatih baru di syarikat itu kerana kebanyakan mereka memiliki wajah yang menarik, berkarisma serta penampilan yang hebat!!!

Adakah bos Lang mementingkan rupa juga ye??hmmmmmm..bagus jugak tu!!


Apa-apa pun...kini Lang lebih bersemangat untuk ke opis dengan kehadiran budak baru yang digelar Spa- Q kerana sensasinya kepada diri Lang yang menatap wajahnya yang dah beberapa zillion kali ntah!!!! Wahai Spa Q...kemarilah kau ke dalam mimpi ku (cehhhhh!!!)

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Jun 02, 2009

Tragedi di rumah baru

Lang dah selamat pun pindah ke kawasan baru yang berjarak 30++km dari umah lama...tempat ini sedikit terceruk dan bakal membataskan pergerakan sosial Lang ini...

Alkisahnya Sabtu lalu...ketika Lang tergesa-gesa menuruni anak tangga di rumah baru itu..tiba- tiba pandangan mata kabur lalu terpijak 'pentas angin' menyebabkan terlepasnya 2 anak tangga di bawah...lalu mendarat laju telapak kaki kanan menampung berat badan Lang dengan keupayaannya sahaja...!!!

"Krekkk" bunyi derapan tulang kaki..lalu terkesima sekejap Lang dengan rasa yang menghinggapi kaki kanan itu ...memang malang tak berbau!!!

tiba-tiba kaki Lang kelihatan 'gemuk' dan berwarna merah...Mak Lang menjerit dan menerpa kepada Lang...hmm...gopoh katanyer...

selepas 2 hari bengkak di kaki Lang belum surut dan ketika hendak bersolat barula terperasan kaki Lang dah bertukar kepada warna biru!!

Kemudian Lang terus minta kebenaran untuk pergi ke klinik sewaktu bekerja...Lang terus menunggang motosikal sendirian dan menuju ke klinik

di klinik itu..Lang dilayan oleh doktor bertudung tetapi rambut terjurai keluar ....bercakap loghat utara dan nampak bersungguh-sungguh...doktor Klinik itu menyuruh Lang membuat x ray kerana risau ada kepatahan tulang...dan kembali ke klinik itu selepas selesai membuat X ray

Selesai x ray di tempat berdekatan, juru x ray itu memberitahu tiada keretakan....!! Lang sedikit lega...kemudian kembali ke klinik doktor rambut terjuari itu...beliau kemudian melihat kembali dan ternampak ada garisan halus....retak katanya!!

Belia meng'kondem' juru x ray itu dan meminta Lang terus ke hospital swasta. Lang kemudian meminta untuk ke hospital gomen sahaja kerana memandangkan kemampuan Lang ..

Lang kembali menunggang motosikal ke hospital yang pernah Lang kunjungi tahun lalu ketika kecederaan akibat kemalangan motosikal yang mana doktor meletops bekerja di sana!!

Tiba di hospital itu Lang terus menunjukkan surat doktor klinik kepada penjaga kaunter kecemasan yang agak blur..."adik" dipanggilnya Lang ni...(ntah2 dia lagi muda daripada Lang )

Lang terpaksa menaikkan pitch suara yang masih kesakitan tekak ini untuk memberitahunya kerana tahap blur yang tinggi dimilikinya!!

Kemudian Lang diberi kad hijau (maksudnya tidak kritikal) dan disuruh mendaftar di kaunter pendaftaran..

Selesai mendaftar Lang dipanggil setengah jam selepas itu untuk diperiksa oleh pembantu pegawai perubatan (bukan doktor) untuk dikategorikan...

Kemudian acara menunggu pun bermula pada jam 330 petang...

Lang tunggu dan terus menunggu ...banyak pula kes kritikal yang berlaku pada hari itu..lalu menambahkan lagi waktu menunggu...pengumuman bersabar asyik berkumandang demi menyabarkan sang penunggu...

ada yang menunggu sejak pagi masih belum dapat dilayan sampai mengeluh...

Jam demi jam berlalu...perut dah berkeroncong...dah 3 jam menunggu keseorangan sambil Lang men-SMS kawan-kawan yang terpilih secara rawak dan melayan sahaja SMS mereka kerana tahap kebosanan yang maksima..
terdapat jua tezz yang lalu lalang...ternanti-nanti jua apakah doktor tezz itu akan menjelma...

setelah jam menunjukkan jam 7 barulah kelihatan doktor tezz itu....wah masih segak bergaya..makin cute walaupun sedikit kurus berbanding tahun lalu!!

Lang sempat mengambil gambar video jarak jauh bagi menjadikan kenangna....

Dah malam pun nama Lang belum dipanggil!! 2 jam kemudian barulah nama Lang dipanggil!!

Sungguh menguji kesabaran...Lang kemudian diminta menunggu lagi setelah doktor pertama yang memanggil Lang (berbadan gempal dan bersuara halus) seperti tidak bersungguh melayan Lang

Ketika menunggu , doktor tezz itu ada jua berlalu lalang..dapat jua Lang mencuci mata dan hilang rasa bosan...

Ketika itu Lang dah pun menelefon ahli keluarga supaya datang (kerana Lang x mampu nak pulang sendiri ke rumah yg jauh tu)

setelah itu Lang dilayan oleh doktor wanita yang kelihatan mesra bersama sorang lagi doktor muda yang percakapannya sedikit pelat.

Gambar x ray dilihat kembali dan dikatanya tiada keretakan...untuk kepastian ..Lang disuruh menjalani X ray lagi!! (mak uihhh kena sinar radioaktif lagi!!)

Lang pun membuat x ray lagi dan memangnya tiada keretakan kerana garis halus dimaksudkan doktor rambut terjurai itu ialah garis jari!!

Lang berasa lega kerana tiada yang serius... namun begitu Lang tetap diberi ubat-ubatan meredakan bengkak berserta MC seminggu!!!

Sekarang ni Lang sedang melepak di rumah je sambil mennti surt bengkak dan kebiruan di kaki ini hilang!!!
~tangga dah makan tuan!!~

Label: