* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Mac 29, 2006

Tempat baru ...suasana baru!!


Baru2 ni Blalang dapat tawaran menyertai satu program lepasan ijazah di bandar S...seronok tidak terkata!!walaupun perasaan bercampur aduk...yelah berdebar juga dengan suasana baru!!selain itu ada pula perasaan belum bersedia dengan kejutan baru yang bakal menimpa diri ni!!!!Sesampai di sana, Blalang pun mendaftar diri dan menyertai sesi pengenalan yang dibuat pihak Organisasi terbabit!!Blalang dengan selamba katak (bak Rakuten) seperti biasa berlagak tenang...walhal macam2 prasaan ado!

Dalam pada itu, sempatlah berkenal dengan budak sekelas ni..alamak ada ex-kolej-mate yang masuk kelas yang sama!OK lah...atleast ada gak orang yang leh Lang wat ilang segan ni!Dalam pada itu tengok2 juga kalau2 ada classmate yg tasty..hm..sib baik ada sorang, namanya ‘S’!
aiyo...dalam sesi pengenalan itu,staff yg beri penerangan itu ada menanyakan beberapa soalan berkaitan Organisasi di situ, dengan pantas....si ‘S’ menjawab dengan yakinlah ...hm...poyo lah pula!!sekaligus tumpuan class menumpu ke arahnya!!oleh kerana itu...beliau terus dilantik sebagai ketua !!hm....Lang rasa jelez sebenarnya... yelah bila orang curik limelight Lang ni..tercabar gak!!(hehe..poyo je Lang ni!).. Sesi penerangan itu berjalan setengah hari aje..selepas itu kami dibenarkan pulang (hm..kejap je..baik tak yah!!ceh..)
Selesai sesi itu...adalah hajat Lang kononnya nak amiklah kesempatan itu untuk berkenalan lebih mendalam bak Pantai Dalam dengan classmate2 baru ni...hm..tapi tiba2 je my condition going from top to bottom!!Maka dengan itu Blalang terlambatlah skit... disebabkan menunaikan hajat yang bukanlah sembahyang hajat itu sebentar!!!!
Keluar je dari situ terperasan serpihan classmate yang sedang bertenggek bak Phoenix ..sib baik diorang tengah lepak kat gerai itu dapatlah juga Lang teruskan usaha murni Lang ni!!! ...tiba je disitu Blalang disapa oleh kawan lama yang turut blajar disitu...hm..tengah makan tengah hari gamaknya...dia ni tasty gak..tapi x branilah Lang nak lebih2...hehe lain spesis!!hm..borak dengan dia ni lamalah pulak!!yelah lama tak jumpa....sambil2 tu tengok budak ‘S’ ni dari jauh yang tengah berdiskusi bersama 4 yang lain ...seriusnya mereka ni berborak..topik apa lah agaknya??!!
Selesai member ini makan...dia pun nak balik ke kelas dia...Blalang pun terus menuju ke meja mereka ni..dan amik krusi ....salam2 dulu then kenalkan diri..& duduk sebelah si ‘S’ ni!!tatkala labuhnya punggung Lang di atas kerusi yang tak empuk itu....
tiba2 je si ‘S’ yang sedang memegang handphone nya itu meminta nombor tepon Lang!!KAGET!!Lang pun dengan slamba katak (macam Toolar pulak!! ) mintak no phone dia & nama dia skali!! Hm..diri terasa "diriku seksi2 sekali" pulak!! (aiyo..takde kena mengena!!) si ‘S’ ni soft spoken betul...(KAGET lagi!!) Lang menahan diri aje...takkan nak pecahkan lubang2 jalan plak??!!...hihi..tadi Lang nyampah tengok kepoyoan dia ni..dan semena2 tetiba je ilang!!Lain prasan plak yg timbul (aiyo..kontroversi!!) sempat lah berborak2 dengan dia ni...hm..makin lama makin kiut plak!!aiseh!!
Namun gitu si ‘S’ meminta diri terlalu awal bg Lang kerna terpaksa pulang ke kampung halamannya untuk bercucuk tanam..eh..silap dia kena pulang untuk menguruskan hal ehwal penempatan beliau yang bercorak berjajar di Bandar S ni!!!kami pun masing2 bagaikan ilang minat untuk bersama lagi..lalu kami pun berpisah untuk hari ini..(cukuplah untuk hari ini!!)...
Lang kemudian nya membuat lawatan sambil belajar ke rumah classmate yang dulu nya classmate gak di kolej lama untuk meninjau life di rumah sewanya yang dikatakan kurang terisi itu!!hmm..OK gak umah sewa dia ni..alamak tastylah plak housematenya!!!Sayang seribu kali kosong... sebab umahnya dah full house kalau tak dah lama Lang melompat masuk ke situ untuk meneruskan kehidupan di alam pembelajaran ini!!Maka isu mencari umah sewa terhidu oleh "old classmate" ini..tak semena2 dia memeseji ‘S’ untuk bertanyakan tentang kekosongan umah tanpa disedari oleh Lang!!tiba2 hp Lang yang dah ber-cellotape ni bergetar..menandakan ada mesej baru masuk di peti mesej!!Kekagetan kembali... apabila mesej itu disampaikan oleh ‘S’ yang tasty menyatakan kesudian untuk berusaha membantu Lang yang terkenal dengan sebagai Blalang yg Prasan ni...
Pulang je ke rumah sedara yg Lang tumpangi di Bandar S ni ..Lang pun analisis balik kejadian2 hari itu untuk ready 4 tomorrow plak!!Hm..berkobar2 plak bak lagu Berkobar2 dari Vince untuk Lang menerjahi hari esok yang diharap lebih warna warni & warnu!
Keesokan harinya kelas pun bermula....macam biasa je kelas ni..Cuma more pactical dari kat Kolej dulu..hm..yang bestnya inilah time untuk mengenali ‘S’ dan memperkenal diri kepada ‘S’ ni!!!ternyata Lang begitu mudah menembusi tembok malu2 ‘S’ ni dan kami pun bagaikan begitu easy going antara satu sama lain!!eh macam dah lama kenallah plak!!!Lang,old classmate & ‘S’ bagaikan terkena teknik rebonding kerana kami akan sentiasa bersama2... sama ada time makan, minum, ke surau dan keluar dari kelas!!hm...sambil2 ke surau..tak sangka pula di bangunan itu terhimpun manusia2 tasty yang cukup merembeskan diri Lang yang asyik berair ni!! Tak sangka ada juga mata2 yang memerhati Lang..dan ada pula yg memerhati ‘S’..(isk..gatal btul diorang ni pandang si ‘S’ ni!!)..
Walaupun begitu peliknya setiap kali berjalan dengan ‘S’ ni , bila bertembung dengan taste..kurang pula tarikan untuk mengusha diorang ni...(aiyo..apa sudah terjadi dgn Lang ni??)
Kami berdua kini makin lama makin rapat...Lang masih lagi cuba mengkontrol diri dan menganggap kami secara tidak rasmi diisytiharkan sebagai kawan baik sahaja..kalau boleh Lang tak mahu hidup dalam fantasi bak fantasi Phoenix walau pun makin hari makin galak pula kerapatan kami ni...hm..tunggu jelah!!!

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Mac 23, 2006

melbourne 2006....

minggu ni kite citer pasal sport lah plak!!hm...mestilah sukan komanwel 2006 yg berlangsung kat melbourne skang... hm acara yg blalang suke sangat nak tengok mestilah renang (hmm), gymnastik(wah..), terjun (hihi..), badminton( go malaysia go!), skuash (huwaa... nicol kalah!!) dan acara padang!..so ni selit kan gamba2 je yg sempat amik dan curik dari internet dan di kumpulkan!


................... hero2 malaysia...


--> hmm Keevan!!!sukanya dia!!!
--> tumbuk dia ZamZai!!
---go malaysia go!!!

-->>favourite Malaysian Hero...Faizal Baharom!!!

Gymnastik..(waahhh)
uih...aku asyik skali melihat acara ini!!
--> hmm aksi kekagetan..macam blalang tengah usha dia lak kat bawah tu!!

hmm..tau lah juara ketiak!!! (mak oi..perut mu kempis nya!!)








<---hm...best nye!!tapi hati2





... pose tak menarik dari peserta kanada!!

ACARA KOLAM.... (best ni!!)


---> tendangan padu maut!!!!!!
---> di renjis2 di pilis!!

acara padang & lain2...

<
-- >apa ni???kontroversi nya!!




australia tetiba je power dalam skuash!!




mak oi....upside down techniques ni!!

Label:

Blalang*Lalang

Selasa, Mac 14, 2006

Pasar malam oo pasar malam..

Pasar malam oo pasar malam..
Bertemulah jadualnya 3 kali seminggu..
Dengan deretan gerai, payung dan meja..
Menghiasi malam hari dari penghujung senja...

Pasar malam oo pasar malam..
Bukan nak cerita barangan dijual disana..
Tetapi cerita tentang insan-insan yang melingkarinya...
Dari kaca mata aku yang turut menghadirinya...
Setiap ketika pandangannya berbeza

Pasar malam oo pasar malam..
Terkaget aku melihat..
Betapa ramai insan yang menarik disini
Yang ke hulur dan ke hilir mencari..
Untuk mendapatkan apa yang dihajati
Sambil mata mereka turut melilau memerhati..

Pasar malam oo pasar malam..
Tertanyakah kau akan tujuanku?
Jawapannya hadirku hanya menemani..
Memenuhi hajat saudaraku datang ke sini
Bukan tujuanku untuk membeli..
Kerana dompetku tidaklah berisi...

Pasar malam oo pasar malam..
Kegemilanganmu bukanlah berpanjangan
Hanya meriah diawal bulan
Tapi bukan ketika ekonomi kegawatan
Mahupun pabila malam kehujanan

Pasar malam oo pasar malam..
Pengunjungmu dari kawasan elit, asrama, kem , balai dan desa..
Yang cukup korum memenuhi selera sesiapa
Dari yang bujang hingga berfamili
Semuanya punyai wajah yang berseri

Pasar malam oo pasar malam..
Orang menganggapmu tempat murahan
Meskipun didadamu seribu pilihan
Tapi bagiku paparanmu berlainan
Dirimu ternyata punyai keistimewaan
Menarik minat pengunjung yang penuh kekaguman!

Pasar malam oo pasar malam..
Puisi untukmu tiada kesesuaian
Fantasi darimu boleh dipertimbangkan
Namun realiti kisah telah kuceritakan
Hanyalah di kawasan aku berpautan


Pasar malam oo pasar malam..
Dalam pada mata ini memerhati..
Takku sedari dari tadi..
Ada mata lain pula memerhati..
Menjual minuman sejuk buatan sendiri..
Terkesima aku melihat matanya seksi sekali!!

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, Mac 12, 2006

Aquaria #2!!



Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Mac 09, 2006

Aquaria!



Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Mac 06, 2006

Bestnye selama 4 minggu ni!!

Sepanjang 4 minggu ni ..banyak tempat Blalang pegi...hm semestinya dalam Semenanjung Malaysia je..dekat2 je...tapi pemandangannya boleh sampai 6 bintang ok!!!Trip2 Blalang sepanjang 4 minggu lepas..

~ Sepang  hmm...ok..tapi mana pegi manusia2 tasty semua???
~ Bagan Lalang  menarik gak yg duk dalam khemah tu!!
~ Morib  ok jer!!boleh dipertingkat lagi prestasi!!
~ Port Dickson  aah!!!seluar biru please!!!
~ Pengkalan Balak  chop!! budak yg duk tengok orang memancing tu!!
~ Bandar Melaka  banyaknya Mat Saleh!!
~ Nilai  ok2 je...tapi tetiba je rasa nak beli top up celcom!!
~ UIA  ala..mana brother2 UIA menyorok ni???asik2 tengok orang depan mata je!!
~ Aquaria KLCC  Chop!!! Penjaga kaunter please!!
~ Astro  Jimmy!!!
~ Bangi & UKM  (control2)
~ UPM  nak baju Mickey Mouse!!
~ Midvalley  plakon Heirloom please!!
~ Zoo Negara  nak yg kat atas Mini Train tu!!!
~ Sunway Pyramid  budak blakang yg jaga boling tu please!!
~ Genting Highlands  nak yg jaga Cyclone Rollercoaster!!!tak pun budak KFC..tak pun budak spek baju hip hop kuning...aaah...polis!!!
~ Kuantan  aah....berair!!!
~ juga tak lupa Rawang!!  zzzz........

hm..seronoknye berjalan !! lagi seronok sebab dapat cuci2 mata...aiyo...orang2 Malaysia generasi kini banyak yg “Chans2” !!!(cantik2!!) Meriah sungguh!!! Macam2 gelagat...macam2 gaya...macam2 ada!!! Tapi camera kurang di’snap2’...kalau tak jadi mama paparazzi lah Blalang skang ni!! Terima kasih kepada family & member2 yang sudi bawak Blalang berjalan!! Lokasi2 ni semua best2 ngan pengunjungnya!! Kalau dapat pegi tempat yg sama pun boleh jer!!tapi Blalang nak gak tunggu the next destination plak!!Yeee haaa!! (koboi Brokbek dah mengembek!!)

Label: