* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Mac 14, 2006

Pasar malam oo pasar malam..

Pasar malam oo pasar malam..
Bertemulah jadualnya 3 kali seminggu..
Dengan deretan gerai, payung dan meja..
Menghiasi malam hari dari penghujung senja...

Pasar malam oo pasar malam..
Bukan nak cerita barangan dijual disana..
Tetapi cerita tentang insan-insan yang melingkarinya...
Dari kaca mata aku yang turut menghadirinya...
Setiap ketika pandangannya berbeza

Pasar malam oo pasar malam..
Terkaget aku melihat..
Betapa ramai insan yang menarik disini
Yang ke hulur dan ke hilir mencari..
Untuk mendapatkan apa yang dihajati
Sambil mata mereka turut melilau memerhati..

Pasar malam oo pasar malam..
Tertanyakah kau akan tujuanku?
Jawapannya hadirku hanya menemani..
Memenuhi hajat saudaraku datang ke sini
Bukan tujuanku untuk membeli..
Kerana dompetku tidaklah berisi...

Pasar malam oo pasar malam..
Kegemilanganmu bukanlah berpanjangan
Hanya meriah diawal bulan
Tapi bukan ketika ekonomi kegawatan
Mahupun pabila malam kehujanan

Pasar malam oo pasar malam..
Pengunjungmu dari kawasan elit, asrama, kem , balai dan desa..
Yang cukup korum memenuhi selera sesiapa
Dari yang bujang hingga berfamili
Semuanya punyai wajah yang berseri

Pasar malam oo pasar malam..
Orang menganggapmu tempat murahan
Meskipun didadamu seribu pilihan
Tapi bagiku paparanmu berlainan
Dirimu ternyata punyai keistimewaan
Menarik minat pengunjung yang penuh kekaguman!

Pasar malam oo pasar malam..
Puisi untukmu tiada kesesuaian
Fantasi darimu boleh dipertimbangkan
Namun realiti kisah telah kuceritakan
Hanyalah di kawasan aku berpautan


Pasar malam oo pasar malam..
Dalam pada mata ini memerhati..
Takku sedari dari tadi..
Ada mata lain pula memerhati..
Menjual minuman sejuk buatan sendiri..
Terkesima aku melihat matanya seksi sekali!!

Label: