Dah agak lama tak menonton wayang apatah lagi nonton sekali ngan famili!! Hasil ajakan ahkak yang beriya nak nonton filem Geng buat kali ke berapa ntah (dah pun tengok sebelum ni) akhirnya berjaya gak kumpulkan famili untuk nonton filem animasi tempatan paling popular ni.

Petang tu...sewaktu nak beli tiket untuk tayangan malam nanti...di luar panggung begitu sesak dengan kaum keluarga dan kebanyakannya kanak-kanak yang merupakan peminat Upin&Ipin...watak utama filem ini yang dah hampir setahun dipromosikan di kaca TV. "Betul,Betul,Betul!" ungkapan yang tak abis2 kedengaran sana sini!!
Lang risau gak tak dapat tiket apabila panggung tu awal-awal lagi dah sediakan notis waktu-waktu tayangan yang sudah habis dijual bagi filem Geng ni. akhirrnya dapat jua beli tiket untuk menonton bersama ahli keluarga malam itu nanti!
Selesai beli tiket kemudian pulang ke rumah berehat dulu sebelum kembali ke panggung malam nanti. Dalam perjalanan keluar dari kompleks beli belah itu ..kelihatan seorang bapa mempromosi filem Geng kepada anaknya untuk menonton filem itu dengan ungkapan "betul3" demi memujuk anaknya!! wah...bapa pula yang melebih lebih ni...jangan terkejut!!
Bila dah belikan tiket reaksi bapa Lang agak kurang memberansangkan..yelah..tengok kartun kat wayang kan?? Namun aktiviti kekeluargaan ni memang tak kan dilepaskannya apatah lagi nak ditolak!!
Waktu yang ditunggu2 pun tiba...tiba di panggung terserempak pula bekas rakan sekolej bersama buah hatinya...bila ditanya filem apa pilihannya...jawabnya dengan lancar "Geng-Upin&Ipin!"..nasib pula Lang dapat tiket panggung bernombor berlainan!!
Waktu tayangan terlewat gara-gara kesesakan panggung yang luar biasa dipanggung itu!! Sesak..penuh ngan adik-adik, akak-aka, abang-abang, makcik pakcik...semuanya nak tonton filem Geng ni!! Wah....kaget dibuatnya!! (ramai tez tiz pulak!!)
Akhirnya filem pun ditayangkan setelah lewat hampir 20minit. Panggung itu penuh...tiada satu kerusi kosong pun!

Filem itu penuh dengan kesan bunyi yang baik dan pastinya grafik yang mengkagumkan! Paling dinantikan ialah watak Upin& Ipin yang muncul lebih kurang 15 minit kemudian.
Memang banyak adegan melucukan dan aksi saspen pun ada!! Sesuai dengan tagline "pengembaraan bermula" Ibu dan bapa Lang pun terus teruja!! tak sangka!! Ada juga watak comel lain dalam filem ni...sampai ramai bersorak "comelnya!!!"

Filem ini mempunyai graf yang agak cantik dengan irama lucu diselangi adegan dramatik dan saspen dan hujungnya drama yang leh menyebakkan dada kanak-kanak. Pada adegan saspen...ada plak kanak-kanak terjerit jerit!! Fuohhh!!
Kesudahannya..memang tak rugi tonton filem ni... kepada yang mempunyai prinsip - prionsip seperti ini hendaklah tonton filem ini dulu yer..dan timbang-timbang lah dulu
1) " Eee..wat pe tengok filem Melayu apatah lagi Filem Malaysia ni?? Bazir jer...baik tengok filem luar negara!!" - Dah sah verangan diva international....suka nilai daripada poster je kot!
2) " La...apa tengok kartun ni...macam budak-budak lor" - Ni ego ler konon...macam ler ilang macho kalau tengok kartun ni...bis tu tengok anime & baca komik tu bleh plak!!???
3) " Tiket mahal ler...baik beli DVD je" - yang ni tatau ler cakap per....takkan nak sponsor tiket plak!!
Lang dengan ni mengesyorkan untuk tonton je filem ni...jangan rasa rugi dulu ok...tapi Lang tak rekemen kepada diva feeling international, cik embun feeling macho 24-7 atau cik Senah penuh speku awal dan cik Mamat yang tak leh tengok kartun,komik,grafik hatta lukisan pada pandangan matanya langsung!! Dengan modal RM4 juta ..marilah kita sokong filem tempatan yang berkualiti ini moga-moga nanti ada siri yang seterusnya!!
Label: variasi
Setelah di tagged oleh Aries the purple kaze si diva Haru-Ungu , Lang terpaksa jua tunduk menerima sekali lagi (again and again) permainan berantai ni...(tobat la sape yang mulakan benda2 berantai ni)
Q 1:I amBlalang ler.... Pak Blalang tu bapak ku hoccay!! Jgn panggil ku Pak Blalang!!
Q 2:I really wanna go toPuncak Cemara...mana tuh??tatau ler
Q 3:My faveret placeSebalik dedaunan hijau..pepohonan rendang .....tapi kalau kilat petir??~laaariiiii!~
Q 4:My faveret foodSayuran Hijau macam sawi, bayam, brokoli, salad,ulam2..nyam2
Q 5:My feveret drinksAir Pandan (wheatgrass).. air carrot..air buah2an...
Q 6:My UniversityTempatnya kat sebelah ladang kelapa sawit!!
Soalan 7:My Faveret StoryNujum Pak Blalang...(haruzla)

Suria Perkasa Hitam...all time fav!
Soalan 8:I was borned in...bilik ibuku bersalin!!
Soalan 9:My hobbyMerayap!Meloncat& Memandang2 hati kama!
Soalan 10:My Feveret KalerCoklat..Biru ..Hijau!! ingat hijau je ke?? I'm versatile hoccay!!
Soalan 11:I wish to be a...Super Hero yang ada kuasa invicible(tak leh nampak) & leh lompat2 ke tempat lain ngan cepat macam dalam filem The Jumper (matila curik idea Mistriah Kari)...
Tag orang lain??Marilah kita 'pause' jap permainan ni...so untuk itew.. Aries Purple Kaze di tag kembali sekali gus tamatlah permainan berantai ni!!
Label: kengkawan
(Lang sedang 'feeling' guru Bahasa Malaysia ketika ini)

Murid-murid....Selain menggunakan nama sendiri atau gelaran bagi membahasakan diri ...dalam Bahasa Malaysia terdapat penggunaan perkataan yang lain
Saya:Menggunakan 'saya' sebagai membahasakan diri sendiri dianggap sopan dan lembut di telinga kebanyakan oleh masyarakat semenanjung terutama di negeri-negeri selatan dan tengah Semenanjung Malaysia yang menggunakan loghat Melayu Johor-Riau. Umumnya loghat Melayu Johor-Riau diangkat sebagai sebutan rasmi Bahasa Malaysia setelah sebutan baku dimansuhkan bagi membezakan bunyi Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.
Orang Melayu Semenanjung selalu membahasakan diri 'saya' apabila bercakap dengan orang yang dihormati seperti guru,kawan rapat atau ibu bapa bagi menjaga kesopanan dalam berbahasa
Aku, Daku:Menggunakan 'aku' dalam pertuturan kadangkala dianggap kurang sesuai bagi masyarakat Melayu Semenanjung kerana bunyinya yang agak kasar. Penggunaan 'aku' selalunya apabila berbicara dengan orang yang dianggap sama atau lebih rendah darjat/pangkat atau umurnya.

Pun begitu 'aku' juga digunakan untuk membahasakan diri hamba yang lemah di dalam bacaan doa ! Justeru tidak hjairanlah masyarakat Jawa dan kepulauan nusantara menggunakan 'aku' dan menganggap 'aku' tu bunyinya lebih lembut!
Aku juga selalu digunakan oleh masyarakat di Utara Semenanjung dan Sarawak.
Penggunaan 'daku' amatlah jarang dalam pertuturan harian dan hanya digunakan dalam puisi atau lirik lagu sahaja.
BetaDigunakan oleh golongan kerabat di raja sahaja. yang bukan kerabat di raja tu sila jangan berangan nak guna 'beta' yer..kang kena baling batu bata tak pasal pasal!
PatikDigunakan oleh golongan rakyat bagi membahasakan diri dengan kerabat di raja yang membahasakan dirinya 'beta' sebagai balasan.
Bahasa Daerah/ Negeri....Den, Eden'Den' atau kadangkala 'Eden' digunakan oleh masyarakat Minang dan orang Negeri Sembilan bagi membahasakan diri mereka. Bagi yang tak mengerti(masyarakat luar), mungkin menganggap rakyat satu Negeri Sembilan tu nama bermula dengan 'DEN'!
Kami/KamekBagi orang di Sarawak penggunaan Kamek bukan asing lagi. Tapi di Semenanjung Malaysia ada juga yang menggunakan 'Kami' bagi membahasakan diri sendiri ketika berbicara. Bunyi 'kami' ni bagai menggambarkan ramai orang tapi bagi masyarakat Peranakan atau Baba Nyonya dan beberapa masyarakat di Melaka dan Pulau Pinang 'kami' ni maksudnya saya!
Oku'Oku' ni digunakan oleh masyarakat di Sabah. Bunyi dan fungsinya sama je dengan 'Aku'. Oku ni bukan maksud untuk digunakan oleh OKU (Orang Kurang Upaya) sahaja yer!
Che'Che'( sebutannya Chek) selalunya digunakan oleh masyarakat di Pulau Pinang bagi memaksudkan diri mereka. Walaupun dah bergelar puan hatta nenek bagai, perkataan Che' tetap digunakan bagi membahasakan diri mereka tu!!
Teman/Kawe/KawanMungkin agak janggal apabila perkataan yang bermaksud sahabat atau kenalan rapat digunakan sebagai ganti nama diri sendiri. Penggunaan 'Teman' di Perak atau 'Temang' atau 'Kawang' di Terengganu, 'Kawe' di Kelantan atau 'Kawan' di Johor pasti mengundang pelik bagi masyarakat yang tak faham dengan bahasa mereka ini! Macam mana plak mereka boleh membahasakan diri mereka tu sebagai kawan atau teman kepada semua orang??
OrangMungkin ada yang lagi pelik bila mendengar sesorang itu membahasakan dirinya 'orang'. Ini digunakan oleh beberapa masyarakat Melayu di Johor, Melaka, Selangor dan Pahang bagi mewakilkan dirinya dalam nada yang lembut bila berbicara (selalunya dengan kaum keluarga)
Ada kisah lucu kawan Lang dari Utara yang nak mengorat awek Johor, dengar awek ni membahasakan dirinya sebagai 'orang' ketika berbicara dengannya terus kawan Lang tu ingat perkataan 'orang' tu adalah gelaran manjanya!!
Hari-harilah kawan Lang tu dok tanya kat awek tu "Orang sihat tak hari ni??""Orang dah makan ke belum?" "Orang OK tak ni?" .....Hmmm..kalau orang Johor dengar dan cuba mengertikan macam si budak Utara tu dok kata "aku sihat tak hari ni??" , "aku dah makan ke belum?" ,"aku OK tak ni?" ~Lang tersenyum sinis sebab dah tegur pun sombong bodoh orang nyer!~
Berasal Daripada Bahasa Bukan Melayu....
Gua / Wa:'Gua' bukan maksudnya lubang dalam bukit tu...tapi 'Gua' digunakan oleh masyakat Melayu di bandar besar yang selalunya perasan dirinya ganas dan hebat. Penggunaan 'Gua' amat popular bagi golongan yang meminati muzik rock , mat gian atau geng-geng bas sekolah yang merasakan dirinya akan dikagumi bila menggunakan 'gua' dalam setiapbutir bicaranya.
Sebenarnya 'Gua' pengguna asalnya adalah masyarakat Tiong Hwa yang kini lebih kerap menggunakan 'Wa' untuk membahasakan diri mereka apabila berbicara dalam Bahasa Melayu.
Watashi'Watashi' berasal daripada Bahasa Jepun dan amat jarang di dengar digunakan oleh masyarakat Melayu Malaysia kecuali bagi mereka yang pernah tinggal atau belajar bahasa Jepun ataupun mereka yang gila dengan kartun atau komik
anime. Pun begitu penggunaan 'Watashi' dalam bahasa Melayu ni lebih menyerlah dalam filem P.Ramlee " Ali Baba Bujang Lapok ' oleh penyamun yang berpakaian tentera Jepun tu!!
Ana'Ana' digunakan oleh kebanyakan pelajar atau lepasan madrasah dan pengajian Islam dan juga masyarakat Melayu yang berketurunan Timur Tengah. 'Ana' yang berasal dari Bahasa Arab turut digunakan (kadangkala) oleh orang yang perasan ilmunya lebih tinggi daripada yang lain dengan niat riak dan menunjuk-nunjuk! masya Allah!!
I'I' selalunya digunakan dalam Bahasa Rojak (bercampur Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu) oleh masyarakat Melayu Moden apabila dirinya merasakan feeling world class atau bertaraf diva antarabangsa!Masalahnya, 'kelas' ke kau???
IolsPerkataan 'Iols' yang merupakan gabungan perkataan yang salah tatabahasa dan 'wrong Grammar' iaitu 'I +All' . Perkataan 'Iols" ini memandai mandai dicipta oleh golongan hadek-hadek dan hakak-hakak bagi membalas perkataan 'Uols' yang berasal daripada perkataan 'You+All' . Perkataan 'Iols' turut digunakan beberapa blogger bagi membahasakan diri mereka. Ooops ada Lang tergunakannye ke??
Mama/ Mak/ Akakni selalu digunakan oleh para ibu dan kakak-kakak apabila membahasakan diri mereka dengan anak atau adik beradik. Pun gitu ada gak yang menggunakannya bagi melambangkan betapa 'Mak Hayam' nya dan Diva dirinya itu!!

"Koser tau mak layan uols!!"
~laaaarriiiii!!!~ -> bertaburan abis murid-murid !!
"ngata aku lah tu!!"
Label: variasi
Salam mesra buat kengkawan Lang. Ini berita khas buat kengkawan yang tahu menahu pasal perancangan pertemuan awal bulan hadapan.
Perancangan program pertemuan di utara tanahair yang dinamakan Tour De Gathering : North akan diteruskan.
Dugaan yang melanda Lang bulan ni yang kering duit poket dijangka tidak melunturkan semangat untuk bertemu kengkawan dan bergembira bersama.
Program ini sebenarnya adalah untuk kengkawan juga.. ia bukan hak milik ekslusif sesiapa pun termasuklah Lang. Penganjur program ini adalah trio - Lang, Shahrizal dan Himitsu...penyokongnya adalah kengkawan juga!!
Tiada paksaan pun nak sertai atau tidak tapi yang lebih afdal jawapannya tepuk dada tanyalah dirilah sendiri yang Diva tu!!
Yelah masing-masing kengkawan LAng ni dah diva kan... kalau dah kata tak nak join koser je nak merayu bagai!! Yang pasti trio penganjur dah lali dah pun..tapi kami tak serik!
Kepada kengkawan yang masih merasakan mesra dan gembira dengan kemeriahan kami ni...jomla join ...bajet pun tak delah high class...lagi pun objektifnya cuma nak bergembira ngan kengkawan je!! (Lang sendiri pun tengah pokai ibnu kedana!!)
Aktivitinya kebanyakan adalah dijangka akan berlaku sepontan meskipun ada perancangan secara kasar sebelum tiba di destinasi!!
Penginapan dijangka berdekatan pantai...tapi terpulang kepada keadaan kalau nak buat apa-apa aktiviti!!
Lang dah pun hantar borang permohonan cuti dari 6 MAc 2009 sehingga 10 MAc 2009 meskipun Tour De gathering berlangsung 6-9 MAc 2009 saja!!
Ini adalah ringkasan untuk segarkan kembali...
Penganjur : LAng +Himitsu + Shahriz
Penyokong : Toolar (+ kengkawannya) + Aries + Tednet + kengkawan Shahriz
Jadual:
6 Mac 2009 (Jumaat)
- pagi- tengah hari: bertolak ke utara tanahair (sebelum @ selepas Solat Jumaat)
- senja: Tiba di utara - check in penginapan + berehat sebentar
- malam: makan@ gathering + aktiviti 'appetizer'
7 Mac 2009 (Sabtu)
- pagi-tengah hari :Bersiap dan mulakan aktiviti 'pemanis'
- petang - malam: aktiviti 'main course'
8 Mac 2009 (Ahad)
- pagi-petang :Bersiap2 untuk aktiviti kemuncak
- malam: aktiviti 'pencuci mulut' + 'sendal gigi'
9 Mac 2009 (Isnin - Cuti Umum: Maulidur RAsul)
- pagi: bersiap2 + check out
- tengah hari : bertolak pulang + bersurai
~~nantikan kemunculan kami~~
Itulah perancangan 'kasar' program Tour De Gathering ni..sebarang idea akan diperbincangkan lebih lanjut nanti...bak kata Maria Tunku Sabri...Jom Jalan-Jalan!!
Label: kengkawan