Al kisahnya Shahriz akan menganjukan perjumpaan kengkawan Joyworld sempena ketibaan Ramadan dan sebagai kemuncak melepas ‘kangen’ antara kengkawan yang dah lama tak ketemu... ayuh lah kengkawan Lang kita tetapkan untuk bertemu bersama pada 5,6 dan 7 September ini.
Pelbagai aktiviti dirancang...meski pun berpuasa bukanlah bererti kita tak boleh bersosial langsung dan melakukan aktiviti luar. Memang berpeleseran di tempat tidur adalah kelaziman namun pada perjumpaan gathering yang lalu yang juga pada Ramadan tahun yang lalu membuktikan puasa bukanlah halangan beraktiviti.
Aktiviti yang hendak dilakukan masih dalam perancangan kata Shahriz.....ada yang mengunjurkan aktiviti meronda-ronda, wayang, ke taman tema dan bermain luncur ais!! Yang pasti, aktiviti makan-makan di siang hari adalah diharamkan sama sekali!! Berbuka puasa di waktu Maghrib beramai-ramai pastinya akan mencipta nostalgia dan kenangan baru bagi setiap kengkawan yang hadir nanti!!
Baiklah secara kasarnya inilah ringkasan atau intro perjumpaan yang dirancang kalai ini...(kasar ke??harus ke lembut??)
Perancang/Master Mind/Komposer : Shahriz
Penyokong/Pengumpul maklumat/Penulis Lirik: Blalang Lalang
Pencadang/Pengumum /Mulut Kompang/ Pelantun : Himitsu
Selebriti Inspirasi: TedNet, Grey, Shah Ratu, Toolar, Afeer, Kamar
Selebriti Harapan : Lasagna, FatBoy , Angah, Cekmi
Penampilan Khas: Selebriti-selebriti rahsia

Lagu Tema: Satu Harapan – Jaclyn Victor
Biar pun beribu halangan
Mahu umpatan dari sesiapa
Takkan ku membiarkan saja
Luahan kata mereka
Tiap hari ku ucapkan
Satu persatu cita-cita
Mimpi yang terbit dari
Jiwa berkhayalan di minda
*
Satu harapan membara dan menyala
Kan menyinari perjalananku
Sejauh langit biru takkan ku berpatah arang
Harapanku membawa kaki melangkah
Melakar rasa kehadirannya
Kan terpahat namaku diingatanmu
Biar sekuat mana hati
Menjerit hiba meronta-ronta
Tak ku hanyut dalam lamunan
Tak mungkin menitis airmata
Aku harus ku tegar membawa
Harapan ini ke alam nyata
Agar bisa ku raih
Angan dan sejuta impian
~
Harapan yang tersimpan kian lama
Menghimpun segala pergorbanan
Suka duka ku jalani
Dengan tabah tiada putusan asa
~
Satu harapan menyala
Label: kisah blalang
Selepas sebulan kembali ke meja kerja, perasaan di’robot’kan kembali menjelma. Dengan pekerjaan yang lebih 8 jam melekat di kerusi dan peluang untuk bersosial di tempat kerja yang hampir tiada kesempatan langsung membuatkan perasaan itu menghantui diri kembali.
Ketika ini, Lang telah pun berada di penghujung kontrak kerja selama 6 bulan itu dan hanya 4 minggu lagi sebelum ‘hari kemerdekaan’!
Suasana di tempat kerja riuh dengan golongan ‘pec lobs’ yang sudah menguasai segenap sudut di tingkat itu...mereka sudah tidak segan silu menjelmakan diri hatta pendatang baru yang kununnya nak ‘cover line’ pun dah tak segan membahasakan diri sebagai ‘mak’ dan ‘hakak’!
Beyonce pun jadi robot???Pun begitu, Lang tidak menghirau fenomena itu..Lang hanya memikir tentang masa depan selepas ini...dan pekerjaan ini bukanlah seindah di sangka...
Sejam rasa bagai sehari lamanya....sehari bagai seminggu...seminggu bagai sebulan...sebulan bagai setahun!!
Dengan peraturan – peraturan yang banyak sekali mengenepikan kemanusiaan dan penuh dengan hukuman sekiranya ingin menjadi manusia meski sebentar masa ketika bekerja..apatah lagi dengan di bawah arahan golongan kurang berpelajaran dan timbang rasa membuatkan nilai kerja keras di menara gading selama bertahun bagai sehelai tisu di kamar usang!
Perasaan rupa0rupanya turut dirasai dan diluahkan oleh teman Lang yang merupakan seorang wanita yang sebaya dan mempunyai latar dan nasib yang hampir serupa!! Bagaikan Lang dalam versi dan irama yang lain pula!! Beliau juga terasa bagaikan robot....perkataan itu juga yang terpacul dari mulutnya!! Kaget3!
Memang tidak menghairankan setiap kali selepas hari pembayaran gaji, maka selepas itu juga jumlah pekerja di tingkat itu akan berkurangan..bebanan kerja pada pekerja yang masih ada pun akan menjadi berkali ganda!!
Keluhan rakanita Lang itu alunannya senada dengan Lang malah beliau makin pening dengan dilema baru yang diciptanya selepas membeli kereta idamannya sebulan yang lalu.
Kami berdua membincangkan perihal yang sama iaitu peraturan-peraturan yang merobotkan juga lagak ketua – ketua atasan yang kununnya pandai tetapi bila diminta pertolongan atau dikemukakan pertanyaan... akan menyergah kembali kami dengan penuh kasar dan langsung tiada etika profesional sedangkan mereka pula mengatakan kami yang tidak profesional!! Pekerjaan itu juga membuatkan kami terlepas beberapa acara penting selain melahirkan beberapa dilema lain yang kami sahaja yang tahu.
Satu persatu teman seperlatihan kami meninggalkan tempat kerja itu dan kini berada di dunia mereka yang baru termasuklah mereka yang pada awalnya mengatakan kerja inilah paling seronok, mudah dan 'happening' malah ada yang kononnya hendak bekerja sehingga bertahun lamanya tetapi lebih awal mengucapkan hai hai bye bye berbanding Lang!!
Oleh kerana memikirkan masa mendatang yang bakal menghimpit, Lang telahpun melancarkan pencarian kerja selepas seminggu melekat di kerusi kerja itu.Rezeki tiba di minggu kedua dengan tawaran berkaitan dengan bidang yang telah ditinggalkan hampir 2 tahun yang lalu!
Lang terus je ‘gamble’ dan mencuba nasib dengan menghantar resume kepada syarikat yang merupakan syarikat yang bersaiz multinasional juga. Lang dipanggil temu duga bersama jabatan sumber manusia dan jabatan berkaitan beberapa hari kemudian.
Lang melalui proses temuduga itu dengan penuh sopan dan agak plastik kerana sebenarnya Lang bukanlah pakar dan terlalu ‘berkuasa’ dalam bidang tersebut..pun begitu jiwa Lang tetap jujur occay!!
Temuduga itu berakhir dan kemudian dikatakan akan memperoleh jawapan dalam 2 minggu lagi....namun 2 hari selepas itu mereka terus menyuruh Lang bekerja dengan mereka!! Aiyo!!!
Dengan ikatan kontrak bersama syarikat yang berpengaruh membuatkan Lang terpaksa bersikap tarik tali kerana tidak mahu nama Lang disenarai hitam oleh mana-mana syarikat untuk diambil bekerja. Tidak sangka....pihak sumber manusia syarikat itu memahami dan membenarkan Lang bekerja selepas selesai dengan syarikat yang me‘robot’kan ini!!
Lang akan memulakan langkah baru yang penuh debar pada penghujung bulan ini ...namun ikatan pekerjaan yang merimaskan ini membuatkan Lang tiada masa untuk membuat persediaan untuk jawatan yang baru tersebut. Jawatan baru itu memerlukan daya kreativiti penyelesaian dan ilmu yang tinggi dan penuh mencabar.
Dengan keadaan kerja yang pastinya berbeza bagai langit dan bumi.. inilah cabaran baru yang akan melanda hidup Lang ketika bulan Ramadhan menyinarkan cahayanya nanti!
Say no to robotism!!
~Oooops !! Ada ke perkataan robotisme ini??maaf ye para penulis Kamus Dewan!!~
Label: kisah blalang