* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Selasa, Julai 21, 2009

Pagi yg cerah kini sudah gelap

Salam semua...

sori sesangat bz beberapa minggu ni...gara-gara kena siapkan tugasan yang diberi dalam waktu yang singkat. bayangkan kerja yang memakan masa seminggu hingga 2 minggu perlu disiapkan dalam masa 3 hari??

Alhamdulillah...tugasan itu dah siap .. sang tukang bagi tugasan itu terkesima juga kerana tidak menyangka tugasan yang diberikan itu sebenarnya agak kompleks dan memerlukan masa yg lebih banyak mengikut logik akal. Terima kasih kerana baru tahu perkara logik itu!!

seksa menyiapkan tugasan  dah tamat......pun begitu seksa belum habis!!

Sekarang penilaian terhadap hasil buah tangan Lang itu sedang dinilai...

tiba2 banyak pula masalah yang dikesan!!! Aiyo..mcm mana nak jawab ni???

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Julai 09, 2009

No 1 tapi bukan No 1??

Sudah seminggu (ketika artikel ini ditulis) berita pemergian bintang penghibur tersohor di dunia; Michael Jackson dan majlis memorialnya telah berlangsung dengan sambutan yang hebat seperti jangkaan MJ semasa hidup "It will be the greatest show on earth!!"

Lang meminati beberapa lagu MJ seperti You Are Not Alone, Beat It, Billie Jean, Earth Song dan kolobrasi We Are The World. Video klip MJ antara terawal Lang tonton ialah Thriller yang menggerunkan Lang yang belum tadika ketika itu ...setiap kali ke udara sehingga Lang menekup muka ketakutan!  Bila ingat balik lucu plak sebab takut benar masa kecik dulu dengan adegan werewolf tu!!!

Walaupun hidup penuh kontroversi dengan pelbagai kisah, dikutuk, dikejar dengan cerita kurang elok, MJ tetap meneruskan kerjaya seninya. Lang teringat beberapa babak dalam siri Scary Movie (termasuk Disaster Movie dll) yang mentertawakan MJ..rasa berdosa plak bila difikirkan balik!!

Kematian MJ mengejutkan seluruh dunia terutama peminat seni muzik membuktikan gelaran Raja Pop sememangnya hanya miliknya. Namun amat pelik juga dimanakan suara jutaan peminatnya sebulan sebelum kematiannya ketika beliau merancang 'come back' serta konsert jelajah seluruh dunia yang akhirnya tidak kesampaian!? Bagaimanakah tahap sambutannya??

Pemergian MJ melonjakkan jualan single, album dan koleksi MJ. Jualan di Amerika Syarikat sahaja menunjukkan peningkatan sehingga melebihi 2000 peratus!!!!!

Sembilan single lagu MJ menduduki senarai teratas dan 3 albumnya berada di tempat teratas sepanjang minggu pemergiannya!

Pun begitu, amat pelik apabila pengeluar carta paling sensasi dan terhangat di dunia iaitu BILLBOARD (www.billboard.com) bagaikan tidak mahu mengiktiraf 'comeback' MJ ke carta itu!! 

Tiada satu pun lagu& album MJ disenaraikan sedangkan album dan single yang menduduki tangga teratas ialah milik Black Eye Peas yang jualannya jauh lebih rendah berbanding 9 single lagu MJ dan 3 albumnya!! Ini bermakna BEP sebenarnya menduduki tangga ke4(album) dan ke10 (single) pada realitinya bagi jualan di Amerika Syarikat!!

Syarat Billboard yang tidak mahu menyenaraikan material yang berjaya  masuk semula amat dikesali para peminatnya!! Ini kerana perkara yang sama tidak berlaku kepada Elvis dan The Beatles yang juga melonjak masuk kembali menjuarai carta setelah pemergian Elvis dan anggota The Beatles.

Tindakan Billboard ini dimarahi peminat MJ dan dianggap tidak relevan malah bagai tidak mengiktiraf kehebatan MJ yang kini dianggap lagenda yang sudah tiada lagi di dunia ini. Kini hanya maklumat Nielsen - Soundscan iaitu pengaudit jualan muzik AS menjadi rujukan untuk mengetahui jualan sebenar berbanding billboard yang nampaknya sudah hilang kredibiliti. 

Apa-apa pun MJ tetap nombor satu ketika ini meskipun tindakan Billboard tidak me'nombor satu'kan MJ dalam program mereka!! 

Untuk MJ marilah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau meskipun status agamanya hanya Allah yang tahu dan banyak kisah beliau yang masih menjadi misteri!

Label: