Goyang rabak poket ku!!
Akhirnya dapat juga Lang merealisasikan ber'tenet' di rumah setelah bertahun-tahun menghinggapkan diri di kedai-kedai internet "cybercafe" yang kalau dikumpul2 duit yang dikeluarkan itu dah boleh dapat beli sebuah motorsikal baru!!Soalnya...apakah rangkaian Pilihan Lang...
Streamyx?
Izzi?
Digi?
~Reject awal2 sebab coverage kat kawasan Lang macam biskut!!Apalah orang kuning ni ilang2 plak!~
U-Mobile?
~masih share dengan Celcom katenyer!~
Maxis?
*petikan Meshio.com* ~no comment~
yer...Lang memilih Celcom Broadband!!
kenapa?mengapa? why?
Lang sebenarnya lebih tertarik dengan Streamyx pada mulanya..kerana kelajuan &kestabilan penyambungannya..serta pakejnya yang berbaloi.
Celcom Broadband telah menjadi pilihan Blalang kerana faktor ini:
~ Liputannya tiada bandingan di Malaysia ni.... tentulah bagi kategori talian mudah alih !!
~ berbanding Maxis hanya memberikan sehingga 3GB sahaja untuk download selama sebulan, Celcom punya Fair Usage Policy adalah pada had 5 GB sebulan! (U Mobile 5GB gak..Streamyx plak ada syarat yang subjektif!!)
~pakej RM68 sebulan untuk 384kbps ......kira ok lah tu!!
~ ada buat research tentang kepuasan pengguna...tahap baik!!
~ kawasan tempat tinggal Lang ni untuk Digi& Maxis isyaratnya lemah...kalau ujan hazab!!!
~ mobiliti....sesuatu yang tiada pada streamyx!!
~ tak yah pikir kalau2 nak pindah umah nak kena angkut atau batal kontrek sebab cuma telefon je Celcom Careline untuk tukar alamat bil!!
Selepas membuat keputusan nekad..Lang pun terus ke cawangan Celcom terbesar pada waktu makan tengah hari...(masa kerja lagi tu) dan terus buat pendaftaran dengan seorang amoi yang tak sabar2 nak dapat komisen petang tu.
Katanya..."tak payahlah amik pakej 98 (3.5G) tu...pakej 68 (3G) pun dah cukup!!" memang benar...adalah rugi kalau amik pakej 98 sebab hanya beberapa kawasan sahaja mempunyai liputan 3.5G atau 3GX di Malaysia ni dan liputannya bertumpu di kawasan elit sahaja! Ramai yang memilih pakej 98 berasa tertipu dan marah bila tak dapat capai kelajuan 3.6MBps tu sebab kadangkala promoter jualan tu tak terangkan secara mendalam atau mereka sendiri kurang peka dengan liputan di kawasan mereka!
Ketika membuat pendaftaran, ada dia minta Lang beli sekali modem yang disyorkan dan haraga USB modem tersebut ialah RM899!! Berpeluh jap...lari bajet sebab modem Huawei berharga RM499 sudah tidak lagi dijual celcom secara promosi bersama pendaftaran!! Pun begitu Lang dah pun sedia dari segi mental dan tahu bahawasanya membeli modem di luar (bukan dari Celcom atau Blue Cube) lebih murah!!
Lang pun menolak pelawaan amoi cun itu dan mengatakan nak online guna HP sebagai modem..yer...HP 3G Lang ni leh capai 384kbps gak!!
Amoi itu janji kepada Lang...petang tersebut Lang akan boleh mula melayari internet...Lang tak amik port pun sebab selalunya bukan leh percaya sangat janji promoter ni!!
Selesai mendaftar..Lang terus ke pusat jualan barangan komputer yang popular kat ibukota ni...dan terus mencari modem USB disana.. nampaknya tak banyak pula pilihan yang ada...dan yang dijual hanya D-Link 652. Harga ada kedia yang letak pada RM599, RM580 dan RM560...dan banyak jual pada RM550 selepas dirunding.
~Matila gambar curik~
Keistimewaan D-link 652 ni ialah keupayaan kelajuan sehingga 7.2Mbps yang rasanya belum relevan dengan kemampuan 3G di Malaysia sekarang!! Paling diperkata ialah tentang kekuatan 'menangkap signal' oleh jurujual tersebut kerana adanya antenna luar...hmm berkemungkinan jugak bila tengok area gedabax tu!! Antennanya juga ada dua..luar dan dalam..wow double tu!
Paling best tentang modem ini ialah kebolehannya mengaplikasi dengan slot USB mahupun PCMCIA (untuk LapTop tu) dan saiznya yang slim macam Lang ni!!haha
Flexi katanyer!
Lang akhirnya membeli jua modem D-Link 652 pada RM550...penat je minta kurang harga..tak dapat gak dan berharap sangat lah kata-kata manis itu adalah benar!!
Senja itu selepas pulang kerja, Lang terus menguji untuk memastikan kata-kata promoter dan jurujual bagi pakej dan modem itu berasas. Lang terus hidupkan PC dan memasang sim ke dalam modem...tup-tup kena install dulu barulah kena restart...kemudian barulah boleh cuba online...hasilnya....
"Wahhh...dah boleh (online)!!!! " jerit Lang *disusuli kilat petir sabung menyabung*
apalagi...teruja sakanlah dibuatnya dok online je malam tu sehingga berjangkit pada ahli keluarga yang lain!! sampai ke pagi setiap hari online jer sebab masing-masing ahli keluarga Lang ada je web nak dilawati!! berebut-rebut gak kadang-kadang!!Hm...fenomena biasa dah tu!!
Setelah lebih seminggu menggunakan Celcom Broadband dengan modem D-Link 652 ni memang puas hati meskipun kurang privasi bila online dengan PC di ruang tamu dan berebut dengan ahli keluarga yang lain...
Kelajuan modem pula amatlah mengujakan apabila pakej yang sepatutnya had 384kps boleh plak capai maksimum lebih 450kbps (bukan selalu) pada sesuatu masa tertentu!!
Pun gitu ada gak kelemahan yang masih boleh ditingkatkan oleh Celcom Broadband ni...
~ sambungan yang kadangkala terputus secara automatik jika tiada pelayaran dilakukan dalam masa dihadkan
~ gangguan yang kadang kala tidak dapat diramal dan dielakkan
~ mengaplikasi teknologi EDGE dalam rangkaian Celcom agar terdapat 3 tingkat dalam sambungan GPRS ke EDGE kemudian barulah 3G agar tahap kelajuan lebih terjamin!
Idaman Lang nanti nak guna Wimax plak...tapi kat kawasan Lang ni blom ada liputan...
Kelebihan Wimax~
Lagi-lagi-lagi laju daripada 3.5G (HSDPA)!!
ditambah Had penggunaan 20GB sebulan!( ye ke ni?)
Tapi tiada liputan dikawasanku!! *nanges*
Segalanya ditangan anda!! betul tu...nak pilih Maxis ke ...Digi ke...UMobile ke...Streamyx ke..Izzi ke..sukati ler!!! Untung Rugi tanggunglah sendiri!! Pun gitu ngidam gak nak guna Wimax...hai..tapi kenalah P1 tu luaskan dulu liputannya!!
Apa-apa pun beruntunglah orang Penang dan sekitar sempadannya nanti dapat Perkhidmatan Wi-Fi percuma hadiah kerajaan negeri mereka tu!! *jeles tau!*
Label: kisah blalang