Ampun....!!! Lang sungguh la sibuk menyibuk teramat sangat sampai sukar curi masa ke CC demi menghapdet apa yg patut!
Pekerjaan baru ini sememangnya jawatannya kedengaran ‘mudah’ dan ringan..
Lang bermula sebagai pelatih dahulu bersama 30 calon yang lain. Kami bagaikan pelajar kolej pula, mempelajari apa yang patut dan tidak semasa menjalankan tugas nanti. Ini merupakan satu yg ciri yang baik bagi syarikat ini kerana latihan sepenuh masa diberi sebelum menjadi staf sebenar.
Pun begitu, tugas yang diberi bukanlah semudah yang dijangka!! Banyak sungguh piawaian kualiti yang mesti dipatuhi kerana kalau terlanggar peraturan piawaian itu, sungguh mudah gred prestasi kerja dan gaji menerima kesannya!!
Di dalam ‘kelas’ yang bercampur jantina dan bangsa ini, ternyata mereka daripada pelbagai latar belakang yg unik. Mereka kebanyakan mempunyai sifat humor dan suka bergurau, lantas menjadikan ‘kelas’ kami ini sebagai rekod kelas paling ‘bingit’. Semua tenaga pengajar cam kelas ini. Pelajarnya pun ada yang tezz juga dan ada juga yg ‘chantek’ gitu!!
Pemerhatian Lang mendapati...begitu ramai pekerja syarikat dan adik beradik syarikat ini yang tezz tizz belaka!! Boleh dikatakan setiap kali menaiki lif, pasti ada yang mencuri pandangan Lang ni!! Puas sudah mencuci mata...!!
Selama 3 minggu latihan yang diberi...Alhamdulillah, Lang menjadi antara pelatih yang terbaik dengan segala ujian berjaya dijawab dengan cemerlang. Pun begitu bermula hari ini, Lang akan menjalani tempoh percubaan yang mana lebih sukar dan penuh debaran. Selama seminggu ini tempoh percubaan diberi sebelum ujian praktikal akhir dibuat bagi menjadi staf sebenar syarikat ini!!
Dengan persediaan yang ‘kurang garam dan gula’ ini...setiap pelatih menjadi resah gelisah...apatah lagi kami terus disuruh membuat pekerjaan sebenar yang mempunyai piawaian ketat itu!! Meskipun kami diberikan seorang ‘penjaga’ untuk membantu kami kononnya...namun difahamkan ‘penjaga’ itu hanyalah ‘plastik’ semata-mata!! Kami perlu buat saja kerja itu namun jangan sesekali terlanggar piawaian kualiti kerana buruk padahnya malah boleh ditamatkan perkhidmatan bila-bila masa sahaja!!
Dengan ayat-ayat ‘down’ daripada tenaga pengajar bahawa setiap kali ada ambilan pelatih baru, pasti ada 2-3 orang yang ‘sangkut’, semakin ngerilah pelatih-pelatih baru apatah lagi kami ini merasakan belum cukup persediaan lagi.
Apa-apa pun, cabaran sudah bermula....debaran pun sudah sampai kemuncaknya...Moga-moga selamatlah diriku ini!!Amin!!!
Label: kisah blalang
hu...siapa sangka penantian Lang tidak sampai beberapa hari selepas berhenti kerja itu...iaitu dalam masa 5 hari sudah ada tawaran daripada agensi pekerjaan. LAng diajak datang ke sesi temuduga yang berlangsung di suatu tempat yang agak jauh dari rumah LAng....lebih kurang 25km jaraknya (main agak jer) tempatr temuduga itu...namun yang menariknya, pekerjaan itu bakal menempatkan Lang bekerja di ibu kota yang tidaklah begitu jauh perjalanannya berbanding pekerjaan terdahulu.
Sesi temuduga itu berlangsung selama 4 jam...lama juga menunggu dengan beberapa sesi. LAng antara top 10 paling senior dalam sesi itu meskipun ada yang lebih tua, namun Lang tak berasa sedikit janggal dengan kehadiran beberapa lebih muda. Pekerjaan ini bukanlah kena mengena dengan bidang yang Lang pelajari di menara gading...namun Lang terima sahaja tawaran ini kerana skop kerjanya yang menarik.
Selama 3 sesi temuduga termasuk ujian dijalankan bagi menyaring kesemua 21 calon yang hadir. LAng terkesima melihat beberapa calon mempunyai latar belakang yang unik apatah lagi terdapat juga calon yang merupakan baru lepas tamat pengajian dan ada juga merupakan 'bidan terjun'!!
Sesi mendebarkan itu berakhir tengah hari dan Lang terus pulang tanpa mengharapkan apa-apa. Lang memberikan markah tertinggi ialah B sahaja kepada prestasi dan potensi Lang ketika itu...kata mereka jika berjaya, petang itu juga akan diberitahu melalui telefon.
Petang itu tiada panggilan yang tiba daripada syarikat itu.....Langf pasrah.
Senja berlalu....Lang bersantai sahaja...tiba-tiba telefon bimbit berdering....Suara wanita kedengaran..."eh macam suara daripada agensi pekerjaan pagi tadi", hati pun berdetik.
"tahniah anda terpilih" Lang begitu tak sangka dan kaget sehingga pertanyaan dan percakapannya tidak begitu dihirau. meskipun gaji ditawarkan tidak setinggi syarikat S namun keselesaan kerja di situ tidak dapat ditandingi sekiranya masih bekerja di syarikat S yang menyesakkan itu.
Dengan kontrak selama 6 bulan, Lang kini akan bekerja di syarikat V itu...Syukur...rezeki cepat sampai...Alhamdulillah!! Pun begitu, Lang diberikan latihan dahulu sebelum kerja pada waktu pejabat sebelum dimasukkan ke waktu shift pula nanti!!!
Label: kisah blalang
Lang akhirnya telah membuat keputusan memberhentikan diri daripada pekerjaan yang pada mulanya dibayangkan begitu baik
Keputusan Lang ini diambil setelah beberapa faktor menerobos ke beban fikiran dan fizikal
Pertamanya tentulah faktor pengurus itu. Sikap beliau yang selalu lepas tangan disamping kerap cuti panjang tanpa memberitahu Lang dan staf lain amatlah tidak bertanggung jawab. Malah beliau dengan selamba menjadikan Lang sebagai alasan dan sandaran untuk melakukan kerja-kerjanya sepanjang ketiadaannya. Pun begitu ketika Lang hendak mengambil cuti sakit, beliau memarahi Lang kerana sengaja nak bercuti!!
Sikap ‘bossy’ ditambah dengan tiada perancangan dalam segala tindakan pengurusannya menambah burukkan lagi keadaan. Beliau juga tidak segan silu memarahi Lang dihadapan staf lain malah di depan pelanggan ketika beliau merasakan tidak setuju dengan tindakan Lang juga membuatkan Lang bertambah tawar hati.
Pernah Lang memberikan idea kepadanya namun beliau mengkritik kembali dengan mengatakan Lang cuba menunjuk pandai!! Lang pernah menghadiahkan hasil kerja kreatif Lang tanpa mengharap sebarang balasan namun beliau mengutuk hasil tangan Lang itu dihadapan orang atasannya!!
Lang telah pun bersabar selama lebih 2 bulan setelah turutan-turutan kejadian yang mencabar kesabaran Lang....staf-staf lain juga simpati dengan keadaan Lang kerana menganggap Lang adalah mangsa beliau.
Hubungan rapat Lang bersama staf lain yang dianggap ‘bawahan’ oleh pengurus itu membuatkan beliau naik angin kerana menganggap Lang cuba membentuk satu pasukan lain untuk menentangnya!! Lang sebenarnya menganggap staf-staf itu seperti keluarga memandangkan umur mereka dan status mereka yang masih perlu dihormati selain ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka yang sudah lama bekerja disitu. Sikap staf lain yang dilihat lebih ‘menyayangi’ Lang berbanding pengurus itu membuatkan beliau bertambah sakit hati. Sesungguhnya inilah pengalaman yang pelik bagi Lang!!
Tinggalkan seketika faktor pengurus yang seperti bom jangka kepada hayat premis itu, faktor lain yang membuatkan Lang membulatkan tekad ialah bebanan kerja yang menanti. Ketika pengubahsuaian, Lang terlihat hasil-hasil kerja yang melalui pengurusan yang amat lemah.
Akibatnya, baranagan berlainan kategori telah bercampur aduk. Ini bakal menyusahkan sewaktu pembukaan semula malah terdapat kemungkinan banyak barang bakal ‘hilang’. Selain itu aduan pelanggan bakal mencapai tahap maksima dengan penjualan barangan tidak lengkap dan rosak ketika jualan penghabisan stok yang lalu. Dengan sikap pengurus yang sudah diketahui itu, tidak mustahil Lang bakal dipersalah dan dibebankan sekiranya masih kekal bekerja di premis itu. Adakah mampu bertahan dengan keadaan itu nanti?? Tepuk dada tanya selera!!
Faktor lain yang menambah ‘luka’ dihati ialah pengumuman struktur gaji mengikut gred yang bakal dipengaruhi oleh penjualan kad kredit. Ini merupakan syarat yang mengarut kerana pekerja yang gagal menjual kad kredit syarikat disamping menjual barang bakal diturunkan gred, atau dalam bahasa mudah...dipotong gaji!!
Sudahlah banyak bebanan diberi dalam tempoh 12jam bekerja 6hari seminggu dan pada hari cuti masih perlu melayan soalan berkenaan kerja...adakah berbaloi syarat ini dikenakan?? Orang atasan hanya tahu mengira untung sahaja padahal pekerja dianggap bawahan itu dikenakan syarat yang bukan-bukan!! Ini merupakan kali kedua syarikat itu mengumumkan struktur yang pernah dibatalkan pada waktu dahulu kerana terlalu ramai bekas staf terbaik mereka cabut lari!!
Dengan faktor-faktor terbesar diatas ditambah dengan faktor lain seperti jarak jauh dan kesempitan waktu untuk diri sendiri dan yang tersayang membuatkan Lang bertambah nekad dengan keputusan ini. Pembukaan semula premis itu pada hujung bulan ini diramalkan akan penuh keributan dengan ketiadaan perancangan yang rapi serta pengurusan pekerjaan yang baik.
Tiada guna lagi Lang mengikut arahan orang yang menganggap Lang cuba menunjuk pandai setiap kali cadangan mahu dikemukakan sedangkan beliau sendiri memalukan bangsa di majlis makan malam staf dengan menari sambil merangkul beberapa wanita di atas pentas dalam keadaan mabuk!! Kejadian itu pula disaksikan oleh bangsa lain yang ada juga yang mabuk namun masih tahu mengawal diri dan menjaga nama baik. Lang bersyukur juga tidak menghadiri majlis itu kerana tidak sihat kerana kalu tidak sudah pasti akan terpaksa duduk sebelahnya dan menyaksikan secara dekat kejadian yang memalukan seluruh pekerja ‘bawahan’ cawangan 100% muslim itu.
Begitulah keadaan yang menghimpit Lang sehingga terpaksa menelan keputusan pahit ini agar tidak ‘tercekik’ dengan keadaan yang lebih menyesakkan di masa depan. Inilah harga yang perlu dibayar dengan membuat keputusan penuh dilema ini kerana Lang kembali menganggur dan perlu kembali berusaha mencari ‘penawar’ baru di tempat lain!!
Label: kisah blalang