Hmm .. aktiviti2 harian Blalang berjalan seperti biasa.... sepanjang bulan ni banyak pula perkara2 menarik berlaku!!hm..banyak yang boleh dikongsi lagi..hmm..tapi tunggu jelah timenya!hmm.. dalam pada itu naklah ucap selamat berblog kepada member yang baru menanda tangani kontrak untuk meletak gamba2 kucing dalam blog selama setahun..iaitu Kunimitsu!! Hmm..menarik blog beliau yang begitu menjaga bentuk jari jemarinya ini!!
Hm...dalam pada itu, ter nanti2 pula perkembangan Phoenix yang berinspirasikan pada Bulan ini...semoga layan dengan fantasi mu...Phoenix!! Tak lupa kepada Raku yang dah tak perlu berharap2 pada lain itu dan Toolar yang dah ketemui impiannya bersatu itu!!
Hm..bilalah nak ada entry baru ni??? Grey pula yang terkenal ngan lukisan2 beliau itu juga dah lama bercuti panjang!! Takkan lah nak melupakanmu??

Harap2lah pasni meriah kembali blog2 member2 Blalang ni!!!
Hm..selamat datang Mac 2006!! moga2 bulan Mac ini akan lebih membahagiakan korang semua!!

**selamat nyambut Hari Tentera Darat kepada hero2 negara!!!
Label: kengkawan
Hm terkenang2 ,masa muda2 dulu..(eh..dah tua ke aku ni??) nak story... bukan je orang lain dok intai2 Blalang..Blalang pun ada gak dok kejar2 ikut orang2 yang Blalang suka sangat!
Masa sekolah dulu ..kesnya...time rehat, saje je turun lambat skit ..hmm..masa tu membe baik Blalang banyak dah jadi mawas eh..silap pengawas...so Blalang pun terpaksala berpura2 rehat sebelum join budak2 pengawas rehat ..(hehe..ganas gak!!!)..tapi bukan story tu nak crita!! Ni pasal seseorang yang Blalang minat sangat dengan penampilan dia di sekolah ....Ceritanya...Masa rehat yang mula2 tu...Blalang turun lewat dalam spuluh minit..bukannya pe, saja nak bagi orang yang Blalang minat tu turun rehat dulu!!then Blalang belilah kuih atau keropok dan duduk di bench tak bermeja dan bersudut tentang dengan beliau dalam jarak yang sederhana!
Memang susah gak nak capai cita2 tu kengkadang..lebih2 lagi bila membe lain ajak duduk sama di tempat lain..hmm.. kacau jela!!hmm.. seronok tengok dia ni dok makan...mengunyah..menelan... hmm..seksi gak!! Settle rehat..tunggu membe pengawas rehat plak...(aiyo..makan lagi!!) time ni baru makan yang berat2 skit...time makan mata still melilau2... usha bebudak pengawas plak!! Ada gak yang best...tapi ranking no.2 ke bawah jelah sebab yang tadi lebih menarik bagi Blalang!
Then masa balik plak..Blalang macam dah tau2 timing budak tu nak balik...selalunya kena tunggu 5 minit dulu baru turun..Wallaa!!dapat la Blalang jalan berdekatan ngan dia!! dia ni slalu jalan ngan sorang lagi membe baik dia...bila Blalang prasan je membe baik dia , dah tau2 lah mesti ada dia!!kadang2 kalau Blalang terlajak timing, Blalang kena la tengok2 membe dia yang lain plak dan agak2 je dia dah mula berjalan balik atau idak! Apa yang pasti, hampir setiap hari Blalang dapat berjalan di belakang dia...dan menghayati setiap liuk lentok dalam irama lenggang lenggok dia!!hm.. rasa2nya macam dia perasan gak Blalang slalu balik sama dengan dia tapi Blalang wat muka tak bersalah je!hehe..macam orang tak betul plak bila ingat balik...tapi itu lah bila kita dah minat , adalah pula bahananya! (iklan: bahana AF dah bermula!!)
Ada sekali tu..Blalang saje je jalan laju then nak potong dia..konon2 kelam kabutlah nak kejar something..pada hal motifnya ialah untuk mengecam bau dia!!Masa nak potong tu saje je seiring dulu baru potong..hm..bau dia OK gak!!heheehee...dia tak perasan pun jenayah Blalang tu...sib baiklah...(pandai gak cover!!!) Ter ingat2 plak bau dia ni!! (Processor lebih hebat dari Pentium 5 ni!!)
hm..selesai zaman persekolahan ada terserempak dengan dia ni..hm..nampaknya imej masa sekolah lebih menarik dari masa itu ..hmm.. terus cerai talak 1!!.hehehe...( Xpe.. leh rujuk balik!!)

Masuk zaman kolej matrik..ada gak kisahnya Blalang minat sorang ni..hm..risik punya risik, nama dia ngan Blalang hampir sama!wah2!!...Blalang kenal sangat ngan membe2 dia yang satu dorm ngan Blalang...tapi bezalah..membe dia ni becok, dia ni pendiam plak!!hm..konpius melanda!!!ada skali tu membe2 dia ; ramai2 pnah saja2 usik kenalkan dia ngan Blalang..hm..dia malu..Blalang lagilah!!pastu membe dia sound.. “eh napela ko ni pemalu sangat!” hmm..prasaan Blalang masa tu terbang ke lalang kejap.. tengok dia depan mata malu2 dikenakan membe2 dia!!dia ni slalu hang out dgan kawan2 dia ni....dan bila time free pasti dia akan lepak kat pondok sebelah padang yang dianggap taman kolej...Blalang macam tau2 je timing dia lepak kat taman ngan membe2 dia..dan time tu Blalang pun usha lah dari dorm di tingkat atas yang nampak segala2nya itu!!! Tapi usha2 je...takdelah ke mana2 pun!!
Then tamat pengajian disitu..buku bertajuk “mengusha budak itu” pun ditutup sebab di tempat baru ni lebih menarik....dengan jumlah pelajar yang berganda, pilihan pula semakin terbuka!! Masuk2 je sini, adalah membe sekelas yang taste sangat!!hm..rajin ke masjid orangnye...dia nampak agak2 takut juga ngan Blalang pada mulanya..hm..tapi bila dah sekelas akhirnya berkawanlah!! (mana ko nak laariiikkk????) hm..memang cun habis dia ni, tak heranlah ramai peminat di sana sini!! Dia pun dengan jujurnya menceritakan betapa ramainya peminat dia dari golongan Hawa, Adam dan Hadam!!! Dulu kat kolej dia pun ramai yang kejar2 dia..sampai dia pun naik geli!!!Hm..apalah nak geli2!!!tapikan ..bila Blalang dapat berjalan dengan dia ni, seronokla..orang pandang2..cam bangga jer..heheh...yang paling best bila ada yang kata kami ni adik beradik!( and for sure lah Blalang dianggap adik dia!!)
Xpelah..maknanya kira kitorang adalah iras2 cun hehe..hmm tapi pelik gak..bila dah kawan rapat ..macam dah tak heran plak ngan dia ni!!Xdelah nak berair sangat lagi dah!
So Blalang pun ushalah yang lain...hmm..ramai junior2 yang meletup!!adalah sorang ni...dia join kuliah sekali ngan membe2 Blalang..hmm..kira advancelah...muda setahun jer!nama dia ni ‘I’.. memang taste Blalang sangat2!! Blalang memang dah tak tercover usha dia ni sampai dia pun naik perasan! Ada sekali tu dia tetiba je senyum kat Blalang...terkaget jap!!!...tekanan darah pun menurun..sib baik tak pengsan!
Blalang kontrol je..wat tak tau...(mau tapi malu!) hmm..sekali tu time nak tunggu ujian bermula...si ‘I’ ni tunggulah di atas tangga sambil bersandar di palang besi pemegang dan memandang ke bawah......dia agaknya prasan Blalang tunggu ujian tu kat sebelah bawah...tapi Blalang slumber OAG je amik kesempatan usha dia dari bawah ke atas..HEHEHE...nampak segala2nya!!!berairlah Blalang kejap!secara jujurnya...sampai sekarang ni masih tervisual gambaran2 yang menyusup di benak fikiran ketika itu seumpama telah di Record lalu di Rewind dan di Playkan semula! Bak puas dengan si ‘I’ ni..rupanya dia ada geng dia bernama ‘J’ yang lebih menarik! Yang best nya si ‘J’ ni kenal rapat ngan membe serumah Blalang ... dapatlah kenal ngan lebih rapat lagi! Si ‘J’ ni ...hmm dia ni memang lebih pandai dari Blalang...sebab leh join plak kelas senior macam Blalang ni!!
Tamat semester itu, Blalang menunggu nasib apa plak untuk semester berikutnya...wah2...nasib ku menjadi biru apabila si ‘J’ mendaftar untuk satu kumpulan dengan Blalang dan membe serumah Blalang itu untuk pelajaran Makmal!!seronok tak terhingga sepanjang semester itu...dapat juga Blalang kenal ngan ‘J’ ! untuk pengetahuan semua, geng2 ‘J’ ni agak sukar ditembusi oleh pelajar2 lain!!ini kerana mereka ni menyertai satu persatuan beruniform agaknya!!hmm..tiap2 minggu memang Blalang tunggu subjek makmal ...paling diingati bila dia menceritakan tentang keadaan tali pinggang di pinggangnya yang semacam lunyai dan hampir putus... sambil2 cerita..dia menunjukkan bahagian itu kepada Blalang !!Hmmm...dah pastilah mata Blalang ni asyik memandang kawasan itu..heheehee.. tak sangka betul!! Puas lah menatap bahagian2 beliau itu....dan dia pun macam tak kisah..walaupun nampak ada segan skit bila lama sangat Blalang dok usha!!rasanya nak je terjah si ‘J’ ni kat dalam makmal tu jugak!!namun bahagia tak berpanjangan....sampailah masa tamat semester dan si ‘J’ ni pun tamat pengajian!!
tamat semester itu ..tinggallah Blalang yang masih berhutang subjek ni keseorangan ditinggal ‘J’, ‘I’ dan member2 serumah Blalang yang lain!!
Semester terakhir itu ternyata Blalang bertekad menumpukan sepenuh hati kepada plajaran..tapi tersangkut pula ngan forum “JW”!! sementelah dengan itu..aktiviti ke makmal komputerlah paling kerap dilakukan....dan dari situ mulalah berkenal dengan Toolar, Raku, Phoenix dan forumner2 yang lain!! Dalam pada memakmal komputerkan diri itu..Blalang telah terkaget lagi dengan kehadiran budak2 junior yang kiut2!!hm..makin bertambah lagilah kesungguhan Blalang mahu ke makmal komputer itu!!dan bila budak2 ni ke kafe atau ke kantin... Blalang akan cuba ke sana jua...hmm..penyakit lama dah berulang!!pun begitu ..kesibukan diri dengan projek ijazah , tetiba je mengehadkan masa Blalang ke makmal..dan keterserempakan dengan budak2 tersebut cuma berlaku di laluan pedestrian..tapi tak pelah kan...pun begitu , di akhir bulan semester itu, Blalang telah membeli kamera digital yang tak seberapa untuk tujuan projek!!...tapi kemudian kamera itu telah disalah guna!! Dalam pada memakmalkan diri, sempat juga Blalang mengambil gambar budak2 ni secara senyap2 ...tapi ada lak tukang sapu di situ yang bermulut becok terperasan kamera ditangan Blalang dan sound “eh..ada kamera!!”.. hm..cengkerik btul akak tu!!terpaksalah Blalang amik gamba belakang je...hm..jadila!! tapi nak membawa ke makmal itu ternyata memerlukan keberanian 150 peratus dan keberanian tu tiba dihujung2 semester aje...so takdelah sempat nak amik gambar yang hebat2..(alamak!!..jangan samakan Lang ngan blogger lain dah ler...)

-->> bebudak ni tak sedar .....heheheee
Kini ..masa dah berlalu....Blalang memang rindu dengan aktiviti2 seperti itu di tempat belajar yang tak mungkin berulang lagi....terfikir juga mana lah diorang sekarang berada??oh...
kau ku seru....Label: kisah blalang
Hm..tunggu gak sesapa nak masukkan entry tajuk ni..tapi tunggu punya tu tunggu...sesunggut pun dah nak jadi tanduk...bermula 10 Feb hingga 12 Feb 2006 ..gathering yang ditandai kali ke3 bagi penganjur ( tapi kali pertama bg blalang) telah berlangsung dengan jayanya!! Pelbagai aktiviti berjaya dilakukan seperti bermesyuarat malam ..mesyuarat pagi dan mesyuarat petang...eh..
Walaupun secara rasminya hanya 2 hari sahaja...objektif utama berjaya dicapai iaitu berkenal rapat dengan peserta2 gathering kali ini!!lain2 tema seperti “lupakan dia” dan “lupakan yang lain” tak tau la boleh diterima atau tidak??!!
Malam 10 Feb , selepas celebrate b’day adik, blalang dijemput join the group by Toolar jemput me at my house( aiyo..ayat rojak pasembor!) then terus ke rumah beliau yang jauh di pinggir kota bak mawar terpinggir yang sekadar di pinggiran...kami pun teruslah meeting apa nak wat esok!Pengerusi mesyuarat; Phoenix berjaya menambah aroma sleepy untuk kami terus lelap lepas meeting itu!
Pagi hari pertamaHari pertama bermula dengan aktiviti bangun tidur, buang taik mata, solat subuh , mandi yang tak wajib dan bersiap2 untuk pegi pasar (hmm..macam biasa buat je!!) Acara melilau di pasar ini disertai pak-pak turut seperti Grey & Himitsu..ketua nya Toolar& Raku..penasihat pulak Phoenix dan Blalang sebagai tukang angkat ayam a.k.a sedara Phoenix!!Acara ini diserikan dengan aktiviti membeli sayur di kedai abg kelantan yg kiut!!
Seterusnya barang2 di masuk ke dalam bonet Waja Toolar dan kedai menjual sos BBQ dicari & ditujui!!seterusnya ke kedai roti canai Aci yang cuba meniru tagline Blalang iaitu “aiyo” tapi tersilap guna versi irama Etnik Kreatif plak!!tak pe Blalang halalkan jer walaupun dalam hati ‘aiyo’ versi Heavy Metal bergema!!
Selesai bersarapan..ayam yang telah dipotong 8 setiap seekor itu dipotong kecil2 lagi oleh sedaranya sendiri iaitu Phoenix yang nampak redha dengan ketentuan illahi itu!!!...aktiviti ini turut menampilkan Rakuten featuring Blalang sebagai pencuci ayam dan penghulur apa2 yang patut!Seterusnya Toolar menambah dibahagian korus dengan kata2 rap nasihat...dalam pada itu janji temu dengan Kunimitsu dibuat lebih awal tanpa membajet masa..lalu terkejar2lah dengan aktiviti mengerjakan ayam2 itu!!
Seterusnya dibahagian adlibe dan mix iaitu bergelek dengan botol sos BBQ, Raku nampaknya excited dengan gelekan top to bottom yang versatile Blalang!! Selesai persembahan itu...aroma ayam mentah menyelimuti tubuh performer2 tersebut tanpa dihiraukan lalu bersiap menuju ke puncak Kunimitsu!
Petang hari pertamaSampai di sebuah kompleks di bandar K, Raku,Phoenix & Blalang diarahkan oleh 3 peserta lain yang brangan macho itu supaya jalan dahulu untuk bertemu Kuni di pusat boling di tingkat teratas kompleks itu!!Dengan penuh tanda tanya...sambil meneka2 yang mana satukah Kuni...Hm .. no wonder lagi sebab di dalam pusat boling dia obviously dengan gaya gelisah menunggu kami!!Ternyata tepat tekaan Blalang itu dan Kuni pun menujui Phoenix yang tersipu2 bak penyapu dan bersalaman...wow tingginya Kuni ni!!!
Aktiviti menempah 2 lane bowling bersebelahan bermula dan dituruti aktiviti memakai kasut boling mengikut saiz masing2 dari saiz 4 - 9!! Di monitor lorong kiri tertera Kuni,Nix,Lan (salah eja plak ..motif??) dan Mitsu ..manakala lorong kanan Toolar,Raku & Grey..
Prestasi keseluruhannya Grey menjuarai diikuti Himitsu, Kuni, Raku & Blalang ..manakala Presiden Juara Longkang ialah Phoenix dan timbalannya , Toolar.. Trima kasih kerana ajaran Toolar yang membantu Phoenix dan beliau sendiri!! Wow!! berbakat mereka ini..semua pernah dapat strike dan banyak spare dan tak lupa dapat juga longkang!!sakit juga lengan Blalang angkat bola 13 kg ni...malang juga sebab bola2 ringan tak muat dek jari Blalang ni!!hm..dalam pada itu di lorong sebelah kiri geng Blalang nampaknye ada mata2 yang memerhati Blalang yang excited petang itu...
Selesai berZapin di pusat boling itu..kami pun turun ke tingkat bawah diiringi irama Nasyid untuk menunaikan solat zohor..untuk rekod , aktiviti kami dirakam CCTV kompleks itu....aiyo...kantoi!
Sambil2 menunggu selesai ibadat masing2 sempat gak Blalang menemu bual artis Bangi-Kulim Records iaitu Kuni...aik..ada Polis plak yang menyerikan lagi sesi bual bicara kami itu!!(sempat lagi!!)
Sesudah puas di basement itu ..kami pun melilau mencari pasar raya di kompleks itu...eh..tak wujud rupanya!!tertipu dek signboard pasar raya palsu ! Kemudian setelah kecewa dengan penipuan itu..kami pun mengubati kesakitan itu dengan pergi makan di sebuah tempat yang jauh dari kompleks itu supaya tiada lagi rasa terkilan... iaitu di sebelah tasik yang cukup menenangkan!!
Di tasik itu adalah plak pak cik yang bawak Jet Ski sempat diperhati ..meriah jap kat tebing tasik tu!!Di kedai itu kami pun dimintak order oleh Mak Cik yang friendly dengan layanan penuh kasih sayang dan tawa mesra..(aiyoo!!) Dalam pada itu sempatlah mengusha orang sekeliling ..masing2 dengan taste masing2...Blalang plak diusha oleh anak ikan yang naik motorsikal round sampai 3 kali di kawasan terbabit! Yang pakai baju merah disitu nampaknya menjadi favourite untuk diperkata!!Selesai makan ..lalu kami pun membuat keputusan yang memecahkan kumpulan kepada 2 ,Blalang menyertai Kuni & Phoenix manakala selebihnya bersama Toolar...Hm.. seronotla dapat borak lagi ngan artis Bangi- Kulim Records ni!!kereta Toolar akan ke pasar raya mencari alatan BBQ manakala kereta Kuni akan ke kediaman Toolar...thank god!
Senja hari pertama
Tiba di rumah Toolar ...kami melepak menunggu diorang ni...tak tahu lah apa kisahnya..tunggu jelah report pihak sana plak...hm..tak dela lama sangat kami tunggu!!Lalu mereka pun pulang ke gagang membawa alatan membakar comel molek yang tunggu dipergunakan!!sambil2 itu , Phoenix cuba mengajak kenalan seramai mungkin bagi mengisi slot malam ini..hm..tiada nasib !!...sinar terpancar kembali bila jumlah peserta dikhabar akan bertambah seorang lagi dengan persetujuan abang SFF!!
Dalam pada itu , aktiviti memasang alatan BBQ berlangsung..maka terserlahlah bakat memandai2 dan tunjuk pandai masing2 bagi memboleh kan alatan membakar itu berdiri teguh...hmm rupanya kaki alatan itu diberikan besi sokongan seumpama MRR2 yang tidak kukuh!!Pengalaman Toolar yang kerap melalui MRR2 ternyata berbaloi apabila kebolehan ala Menteri Kerja Raya itu digunakan sebaik mungkin tatkala beliau menampal pelekat yang dikatakan mampu menahan beban dan hayunan dengan alasan pelekat itu berwarna hijau!
Malam pertama..eh Malam hari pertamaSetelah semua berpuas hati dan yakin dengan alatan pembakar BBQ itu..Himitsu mula menunjuk kebolehan membuang arang kayu ke dalam alatan itu serta Grey pula dengan hikmat peringkat ke lapan bagi menghidupkan api!Lalu Mitsu membalas dengan hikmat kipas plastik tangan kanan yang cukup dikagumi itu!ternyata teknik itu tidak mampu bertahan..lalu Blalang membantu Mitsu dengan jurus lebih moden iaitu Hikmat Kipas Karen!Watchaa...!!!api pun marak bagai obor semangat menyalakan malam kami yang penuh dramatik ini...
Lalu Blalang membawa keluar ayam2 yang puas berendam dalam baldi yang dianggap sebagai besen itu untuk di Test Power! Potongan kecil dari bahagian sayap menjadi mangsa dihanguskan dengan rakusnya tatkala Phoenix,Toolar & Raku menyiapkan serai & renjisan utuk tujuan BBQ di dapur!Puas hati melihat rentungnya sayap itu, Grey bersorak riang...dan menjadi teruja untuk menghanguskan potongan2 ayam lain pula!!ternyata bakat pil penenang Himitsu meredakan sekejap keterujaan Grey itu..sebelum Raku dengan lengang lenggok Mak Minah membawa renjisan malam pertama itu!! Lalu Grey pun terus membakar tanpa ragu lagi...sambil diperhati oleh Mitsu yang terliur...Blalang kemudiannya hadir membantu Grey bagi menunjukkan teknik Ayam Dangdut bagi mengelakkan ayam itu menjadi hitam melengut!Raku pun turut join ..tapi dia pula yang berdangdut!
Malam KemuncakHm..seronok juga membakar daging ayam ini...sambil2 itu pelbagai step tarian ditunjukkan oleh Raku yang amat sesuai dilakukan ketika bersantai bersama teman2...ayam2 BBQ itu nampaknya memerlukan krim pemutih kerana semuanya kelihatan hangus gara2 tidak menyapukan dahulu krim pelindung UV...namun bukan itu tujuannya...memang sepatutnya pun ayam2 BBQ itu kelihatan tasty untuk diratah!!kemudian Toolar & Raku membuat keputusan bersama untuk mencari makanan ringan dan Mee Goreng ...kami yang lain setelkan apa yang patut...then bila pasangan bahagia ni balik bilangan makanan menjadi semakin melimpah ruah! Kerja membakar ayam masih blom selesai..ditambah dengan sosej2 plak!!Malam semakin memuncak ..dan kemudian tibalah pula sebuah kereta ‘mewwah” (Merah la Phoenix!!) di hadapan umah Toolar! Rupanya Abg SFF hadir ..dan lagu “dia datang” pun bergema !!hm..semua cukup menghormati abg SFF dan malam itu pun mula di corakkan dengan warna warni hidupan!Segan juga mula2 bila tengok orangnya ..tapi bila abg SFF memperlihatkan sikap yang amat disenangi..kitorang semua makin serasi! Selesai membakar BBQ..tibalah acara “Ice Breaking” dimulai doa makan oleh Grey! Kemudian ucapan alu2an penuh formal oleh Toolar selaku Tuai Rumah dan kemudian Phoenix sebagai Penasihat dan Presiden Gathering !Kemudian acara makan2 bermula..tetapi perut Blalang yang dh penuh asap itu bagai sebu melingkar selera!Makan2 itu di serikan oleh acara beramah mesra diikuti close up with SFF...kemudian Phoenix memulakan program talk show yang diberi judul “Tentang Dia” yang mengundang persoalan umum yang bertalu2!!Program yang disiarkan secara langsung oleh Saluran Lalang Anda itu diserikan dengan gemersik suara cengkerik dan deruan angin!!Topik semakin hangat dengan tagline Grey iaitu “lupakan dia” yang semakin mendapat sambutan oleh dirinya sendiri!!Ternyata tagline itu mengundang hilaian Raku serta senyum kambing belaan Kuni dan hiMitsu!
Malam itu Blalang kaget juga..ye lah baru first time dan harap2lah diorang ni faham yer!! Kemudian Talkshow itu bertukar menjadi Mahkamah Rayuan apabila Toolar mula bertindak bagaikan Pendakwa Raya dan Phoenix sebagai Peguam Bela dan kes itu dihakimi oleh Abg SFF!!Juri2 malam itu adalan Lang sendiri, Kuni dan Grey..manakala penonton ; iaitu Raku & Mitsu bagaikan terbuai mendengar hujah2 Phoenix itu!!Malam semakin larut...dan Blalang pula terpaksa ke tingkat atas sekejap kerana ada urusan!! Kemudian Abg SFF meminta diri dan Blalang tak sempat mem babai sebab sibuk “mengeluarkan hot cake dari oven” di tingkat atas!Maaf yer!
Kemudian malam kemuncak itu diakhiri dengan acara kemas mengemas dan menggosok mata yang makin layu! Selesai mengemas ruang hadapan itu...mulalah bersiap sedia untuk ‘berenang’ dengan hiMitsu dengan kuak kupu2, Grey memilih untuk kuak dada , Kuni dengan acara individu manakala Lang dengan acara Rampaian dan Phoenix dengan acara renang berirama! Acara itu diserikan dengan alunan lagu2 Pop Progresif Jepun yang langsung tiada ciri2 romantik dengan penaja radio malam itu ialah Aiwa In Black Colour!
Pagi hari keduaPagi hari kedua ternyata dilingkari prasaan malas...kepenatan agaknya!Bangun2 aje Phoenix menjadi orang yang paling sibuk diikuti Toolar!Mereka menyiapkan sarapan dan Blalang teruja pula ingin bantu apa yang patut!Kuni kelihatan seperti kelaparan dan gelisah...manakala penghibur terawal memulakan shownya ialah Raku!Kemudian artis2 jemputan khas mula mendengdangkan lagu bermula dengan artis Kulaifornia Production iaitu Himitsu diikuti artis Berhenti Berharap Inc.(Rakuten). Kemudian artis Kelabu Asap Music (Grey) mengambil alih dan mengurangkan penguasaan kedua2 artis itu! Teruja dengan perebutan carta itu, artis Bangi-Kulim Records ( Kuni) ternyata menyerlah di akhir slot persembahan! Meskipun begitu..agak aneh apabila juri2 profesional iaitu Toolar Aziz, Lang Moss dan Phoenix Latif sibuk dengan urusan mereka ditingkat bawah! Selesai beraksi dengan Mikrofon masing2 sarapan dinikmati sebagai habuan persembahan mantap mereka! Selesai sarapan ..masing2 mentransformkan diri dan bersiap untuk berjalan di bawah pohon asmara! Dalam pada itu, Rakuten sempat mengedarkan buah penangan beliau yang dibalut cantik khas dari Jepun ...sungguh menarik..thanks!
Tengah hari ke petang ..hari kedua!
Kami seterusnya ke restoran jejantas ..untuk menikmati makan Tgh Hari di situ..hm..menarik juga view di situ! Makanan rasanya di situ biasa2 je..selera makan pun biasa2 aje tapi selera lain pula yang terbuka! Sempat lah beramah mesra lagi ketika makan..dan biasala..diorang ni asyik2 ambik gambaq aja!!(hmm...nanti jangan lupa kirim kat Blalang!) Selesai makan disitu kami meninggalkan Kuni terkontang kanting di situ kerana Kuni perlukan masa untuk bersendiri..(ceh...) kami bergambaq lagi untuk kesekian kali..dan berpisah dengan Kuni yang ingin membawa haluannya sendiri kerana ingin mempromosikan album solonya!!Seterusnya kami ke stesen bas menghantar Himitsu plak! Kesian plak Himitsu kehujanan ketika kami hantar dan hujan itu ternyata telah menyerlahkan penampilan beliau yang berani pada hari itu! Dan dengan penghantaran Himitsu itu secara rasminya gathering itu berakhir di situ!! Namun ada la acara2 lain yang tidak dikira dalam sela waktu gathering ini ...untuk rujukan seterusnya silalah ke blog Phoenix, Raku atau Toolar untuk cerita selanjutnya!!Harap2 puaslah hati dengan report tak rasmi Blalang ni!!
• maaf lah kalau ada yang terasa hati dengan Blalang
• peserta2 gathering memang best...thanks sudi join!
• Terima kasih kepada semua !!! (ewah..macam speech dapat awards pulak!)
• thanks Raku ..hadiah ko comel sangat sampai tak tergamak untuk memakannya!

ni la..hadiah yang secomel pemberinya!!
Label: kengkawan

Hmm.. sori le..,blalang tengah hadapi minggu2 yg bz dengan segala macam aktiviti sepanjang minggu akhir Jan 20006 ni sampai tak de masa pun nak jenguk cc!!apa lagi dengan cuti yang panjang..membe2 lain pun banyak cuti...so tak de fire nak taip entry terbaru!!!sorry ek!!hmm.. kisah kali ni tentang sesuatu yang amat blalang curious ..kali ini melibatkan seorang remaja!!
Kisah bermula sejak berminggu2 yang lalu...aih...sejak ujung tahun lepas!! Memang menjadi kebiasaan blalang ke masjid yang berlainan setiap minggu untuk bersolat Jumaat .hmm yelah..suka tukar2 angin...adalah 3 masjid yang selalu blalang tukar2 setiap jumaat pada tahun lepas...hm...cerita nya berlaku kat salah satu masjid inilah!!sambil2 menunggu khutbah bermula...blalang memang kadang2 curi2 cuci mata ..tengok gelagat orang ke masjid..ada yang tengah amik air semayang...ada yang gurau2..ada plak yang makan pisang...dan asyik masyuk menikmati pisang... then terpandang seorang remaja yang kelihatan menarik dengan rambutnya yang nampak lembut dan cantik dengan fesyen tanpa bersikat ..hmm rambutnya panjang bagi seorang remaja sekolah!!!...hmm..blalang tertanya2 juga. “budak ni masih sekolah ke??”...hmm kiut juga budak itu...kulit cerah..badan pun kurus tegap..tingginya lebih kurang blalang!!
Lepas amik semayang..budak itu terus menuju ke dalam dewan semayang dimana blalang duduk disitu... “eh budak ni duduk sebelah aku lah!!”.Budak ni nampak warak juga...hmm yelah lepas amik semayang terus solat sunat masjid..dengar azan terus solat sunat zohor...setiap kali selesai solat sunat tu..budak ni terus salam blalang dan orang kanan beliau...disertai dengan senyuman manis!!aiyo...budak ni!!!hm..dalam asyik blalang mendengar khutbah jumaat itu..terasa plak budak ni suka menoleh2 kejap kiri kejap kanan...hmm..tapi paling banyak ke arah kiri.. arah blalang la!!(hehe... prasanlah kot blalang ni!!! ) blalang wat2 tak tahu je...(adam AF2:haha tak tahu..apa ko dah pada ku..menggoda hatiku..jawablah ku tak tahu!!)
Hm..ngantuk pula...sesekali dia menolah ilang kejap ngantuk!!...then khutbah tamat..iqamat dah bergema..blalang saje je lari ke barisan yang depan skit ..eh ada juga yang menarik kat depan ni!!!tup2 budak tu tetiba plak kat sebelah kiri blalang...hm..solat ku dan sujudku hanya kerana Allah SWT!!! Selesai solat dan berdoa pada yang Esa..budak salam dengan senyuman lagi!!blalang pun senyumlah balik...( senyumlah..senyumlah.. aiyo.. cek mek molek!!) blalang pun cabut pas tu...yelah nak mengejar ke cc yang kejap lagi penuh budak2 main game!!
Minggu2 berikutnya giliran 2masjid lain plak ...then masjid itu pun tibalah gilirannya!!kali ini blalang telewat skit...masjid pun dah hampir penuh..sib baik port biasa leh muat lagi!!...blalang tercari2 juga stok cuci mata...eh budak tu dah sampai!!dia duduk sebaris dengan blalang tapi dipisahkan dengan 4 orang jemaah lain!hmm..nampak nya dia prasan kehadiran blalang yang dah 2 minggu tak ke masjid tu!! Blalang prasan yang dia terjenguk2 di balik blakang badan jemaah lain yang bersila itu...eh..alamak..mata tertentang mata plak!!hmm..malunyer blalang!!budak ni pun nampak macam rasa tak best je..agak nya sebab terpisah kot!!hehe...(prasan lagi!!)kali ni tak dapatlah dia nak salam penuh mesra lagi!! Sampai abis solat..memang blalang semacam tak heran plak budak ni..hm..yelah nak kyusuk ibadat kan??
Hm..minggu berkiutnya ..eh silap..minggu berikut nye blalang ke masjid satu lagi...masjid no.2 selama 2 minggu berturut2 melupakan kejap masjid no.1 tu...manakala masjid no.3 malas plak sebab jauh sangat!! Masjid no.2 ni lain ceritanya..tapi agak mencabar sebab ruang solat selalu over limit!!hm...malang plak pas abis solat kat masjid no.2 tu..sandal kesayangan blalang di kebas!!aiyo...ni mesti kerja sorang lagi peminat misteri blalang ni...abislah..blalang berkaki ayam dan bertaji ayam menuju ke kereta untuk terus pulang dan rancangan untuk ke cc terbatal untuk kesekian kalinya!!
Hmm minggu berikutnya..blalang terus bernekad untuk ke masjid no.1 aje..walau godaan masjid no.2 dan 3 melanda!!kali ni blalang memilih port lain plak untuk solat..hmm nak elak budak tu lah!!!hmm..berjaya!!budak tu still solat kat port lama blalang..bila abis solat barulah dia prasan!!hmm..legalah...(campur nyesal gak!!) next week plak.. blalang ke luar negeri...(hehe dalam semenanjung mesia lagi la!!!) merasalah plak masjid lain selama 2 minggu!!
Hm..story blom abis lagi ni...(penat tau jari menaip!!) minggu lepas blalang kembali ke masjid itu bersama bapa tersayang ..tetapi sebelum semayang..jom..kita ber pisang dulu.!!!(nyam2 rasa dia!!) eh..budak tu nampak le plak!!blalang control macho je telan pisang montel yang penuh dalam molot tu!!(aiyo..besarnye..pisang sapa ni??) hmm..saiz pisang tu separuh pisang tanduk...kenyang skali telan!!budak tu baru je masuk masjid dan nak amik semyang..nampak gaya dia akan smayang kat port lama blalang...blalang pun lari ke port baru plak....(lariiiiikkkk!!!) hm..selamat agaknya port ni...blalang pun duduk bertafakur...sambil tunduk...(macam nak tidur lah plak) tetiba..dalam hati melatah “..opocot ..perasaan terkejut!!” rupanya budak tu menguis kat peha blalang mintak nak salam!! Dalam hati: “aik..camne leh tau aku kat sini ni!!” ...budak tu salam then senyum, dengan senyuman nak cari makan dia tu..hm..ter’guda’ lagi!! Hm..budak ni memang nak ‘kena’ agaknye...hmm..apalgi blalang pun melepaskanlah geram..usha dia plak...hehe..abislah seluruh kain pelekat di usha..eh ada something bergerak2..bagai mahu di’lepas’kan!!!ish...dalam hati: “aku nak ibadat ler...” budak tu plak nampak tak selesa..hehe..kena hikmat memandang2 hati kama blalang ni...merasalah kelainannya!!during khutbah dia macam bias menggunakan teknik menoleh2 tangkai kole untuk melihat sekeliling dia...eh tetiba dia tersenyum!tersedak dada blalang yang tengah menelan air liur tu...rupa2nya dia terperasan kan membe dia tak jauh disebelah blalang..hm..membe dia pun kiut gak le!!! hmm..then blalang wat biasa2 je..puas dah usha budak kiut ni..cukuplah!!selesai solat jumaat dan doa..blalang salam dia..tunggu respon...eh dia tak brani pandang plak!!!apa kena ngan budak ni??musykil he...
Label: kisah blalang