Kisah permulaan 2010 ....
alkisahnya ...kesibukan kerja 2009 merebak ke awal 2010...Lang kembali terpaksa kerja dari pagi ke malam selama 2 minggu berturut-turut tanpa cuti....satu ketika di hari sabtu yg cerah, kereta Lang menghadapi kemalangan dengan sebuah motosikal yang dinaiki 2 remaja yg tergesa-gesa untuk ke tempat kerja....parah jua mereka berdua.
kedua-dua remaja itu terpelanting daripada motosikal mereka...nasib baik Lang membawa kereta dengan perlahan kalau tidak...hmm mau mereka dilanggar oleh kereta Lang!!
tindakan pantas Lang menyebabkan Pak Guard yang pernah memandang sinis terhadap Lang bertukar tanggapan. beliau memuji kecekapan Lang malah tindakan Lang hendak mendukung kedua-dua mereka mengejutkan Pak Guard itu!! Malangnya kudrat Lang x mampu mengangkat jejaka seberat 75-80 kg itu ketika itu!!
Mereka berdua ditahan wad dan Lang sempat berkenalan dengan ahli keluarga mereka.Mujur ahli keluarga mereka bersikap cool dan redha serta tidak bertindak di luar batasan.
Kemalangan itu memberi pengalaman pahit dan manis kepada Lang...tidak sangka dapat berkenalan dengan orang yang baik-baik meskipun kemalangan itu masih dalam siasatan polis.
Lang pun baru je balik dari bengkel ....terbang dah beberapa ratus RM meskipun hanya kemek sikit, bergarit, dan side mirror patah!!
Kisah kemalangan ke tempat kerja ni nmpk nya langsung tidak ambil perhatian oleh supervisor Lang...amatlah mengecewakan sekali apabila seorang orang atasan Lang bercerita kisah Lang kemalangan dia lebih lagi memikirkan kerja yang perlu dibuat oleh Lang!!!!
Terbaru beliau mengusulkan staf-staf baru & muda perlu dikerah lebih demi kepentingan kompeni!!! Beliau meletakkan semua orang sama sepertinya yang kalau dilihat bagai tiada kehidupan lain selain kerja, kerja & kerja!!!
Budaya kerja seperti ini semestinya tidak sesuai bagi generasi yang mementingkan kualiti kehidupan yang seimbang dengan kerjaya ..bukan kerjaya mengatasi kehidupan seperti SV Lang itu!!
Untuk tahun 2010 ini dijangkakan merupakan tahun paling sibuk bagi semua staf apatah lagi kompeni ini mahu menggunakan sehabis-habisnya tenaga kerja yg ada tetapi enggan merekrut tenaga kerja baru yang amat-amat diperlukan sebenarnya!
ke mana arah Lang selepas ini??entahlaaaaa
Label: kisah blalang