* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

banner Blalang


oleh IP2Location.com


Siaran Lalang Anda!




Blalang*Lalang

Rabu, Mac 25, 2009

Tahniah Shahriz

Tahniah kepada sahabat baik Lang iaitu Shahriz yang sudah pun berkerjaya sebagai tenaga pengajar di sebuah tempat yang dipenuhi tezz tizz...

Shahriz dikatakan masih 'shock' dengan budaya baru yang diredhainya itu...terharu juga dengan nasib dirinya !!

Meskipun tempat itu dikatakan sunyi sepi dan kurang happening, namun dengan kehadiran segerombolan citarasa berjelira , Lang pasti Shahriz akan berjaya menyesuaikan diri lantas mempamerkan kedivaan sebenar lalu memancarkan sinar di pusat latihan tersebut!!

Selamat bertugas Shahriz...hmm..sepi sikitla blog ini tanpa komen daripada sahabat Lang yang sorang ni...

p/s: laporan LTDG tertunda gara-gara kurang mood dan peruntukan masa sekarang ni..harap pengunjung setia blog Lang ni bersabar yer!!

Label:

Blalang*Lalang

Ahad, Mac 22, 2009

catatan kembara 3.1 ....diari extended!!

Pada malam episod tiga itu tidur malam para Divoa sebenarnya diganggu oleh Geng Asap Putih yang berpesta dihadapan penginapan mereka..angan-angan untuk terus tidur hanyalah mimpi seperti dipenghujung laporan ketiga itu. Masing-masing merungut..terutamanya Shahkira dan Mistriah...Greyney pula hanya mempamer wajah blurnya sentiasa...

Para Divoa yang kepenatan terus memasuki penginapan manakala Blance pula terus memerhati dengan geram terhadap Geng Asap Putih itu yang bercampur lelaki dan wanita itu... mereka membuat selamba seolah-olah kehadiran kami yang mengganggu mereka!!!

kemudian Blance didatangi oleh ketua puak Asap Putih itu menyatakan mereka tidak akan mengganggu penginapan para Divoa tapi hanya melakukan aktiviti di tepi pantai sahaja. Namun sebelum itu kelihatan Geng Asap Putih itu bermaharaja lela di hadapan penginapan para Divoa yang di tutup lampu itu.

pun begitu dengan ketegasan Cekmine Dion memberi kata dua kepada mereka untuk beredar dalam masa 30 minit melenyapkan kegusaran para Divoa.. dan akhirnya barulah mereka dapat tidur dengan lena...

pun begitu dikatakan Geng Asap Putih itu hanya beranjak beberapa meter sahaja dari penginapan itu dan masih menghamburkan hingar dan kebisingan namun tidak dihiraukan lagi oleh para Divoa yang kepenatan... Afeetha pula kehilangan barang kecilnya yang diletakkan di luar penginapan itu!! Sesungguhnya kehadiran kumpulan pendatang asing tidak diundang inilah paling digeramkan oleh para Divoa sepanjang program kali ini selain kumpulan Asap Hitam yang memualkan itu!!

Blalang*Lalang

Ahad, Mac 15, 2009

catatan kembara 3: LTDG: North

(laporan ini berkonsep Pop Pet Pot Pet!!)
Ekspress Sinaran Pagi

Setelah malam pertama berlalu dengan mimpi indah mengulit lena para Divoa..muncul lah hari kedua program Le Tour De Gath:North ini. Mistriah tersedar awal gara-gara mimpi teringatkan lagu rock kapak bervokal flat yang dipasang sekuat hati oleh pemandu bas hari sebelumnya!! Ngeri katanya!!

Pagi hari kedua program LTDG itu disinari dengan deruan bayu laut yang menyegarkan...siapa sangka bila bangun je pagi terus nampak tepian pantai bersama sinaran mentari yang indah ?? Para Divoa sememangnya teruja terutama Cekmine Dion dengan kata hikmatnya..."wah...wah...woahh..."

Seterusnya pagi itu selepas bersiap-siap dan melayani bunyi desiran ombak di pantai...Shahna Turner bersama Buffy terpaksa mengundurkan diri daripada program tersebut kerana terdapat show dan undangan di tempat lain.

Belum puas rasanya para Divoa dengan pasangan itu yang cukup meninggalkan kesan mendalam dalam setiap celoteh serta tingkah apatah lagi persembahan mantop dan manbottom malam semalamnya yang cukup diingati!!
Dengan hati yang berat mereka berdua dilepaskan..Shahna & Buffy sangat berjasa dalam meriuhkan lagi program kali ini dengan idea lucu mereka berserta cetakan kemeja T yang sangat kontroversi!!

Selepas puas melambai ala2 ratu kepada Shahna dan temannya itu tibalah aktiviti melahap sarapan yang digabungkan dengan makan tengah hari atau namanya "Brunch"!!

Keinginan dan oleh kerana Cekmine begitu mengidamkan nasi kari yang teramat popular di sana maka Afeetha pun memandu dengan penuh sesat demi mencapai sasaran restoren yang paling popular di sana itu!! Di tempat duduk belakang kenderaan itu Mistriah, Cekmine, Blance dan Greyney berhimpit himpit namun tetap ceria dengan pelbagai celoteh yang mengusik hati.


Mereka beberapa kali tersesat jalan sehingga Afeetha kurang keyakinan manakala Greyney cuba membantu dengan mengingati mercu tanda berhampiran restoren popular yang sering dikunjungi arwah bapanya itu!

Setelah hampir sejam pemanduan Afeetha yang berlegar-legar di bandar itu, akhirnya tiba jua ke restoren yang diidamkan itu setelah penat pusing satu bandar di pulau itu!!
Lagu "Pada cintanya" nyanyian Ct- pot iaitu lagu tema drama "pompuan tak sedar diri" berkumandang dua kali sepanjang berlegaran di bandar itu!!

Cekmine dengan begitu bergaya diva terus memilih lauk pauk kegemarannya!! wah orang pantai timur hantu kari rupa-rupanya!!!

Mistriah Kari meskipun mempunyai nama kari namun bukanlah peminat nasi kari seperti Cekmine "wah" Dion ni!! Hasilnya...tak habis menu "Brunch" nya itu!!

Afeetha, Greyney juara licin pinggan diikuti Cekmine, Shahkira, Blance dan Mistriah yg paling nasi tak terjamah!


Seterusnya para Divoa di bawa ke satu tempat yang popular kerana menjual makanan ringan lagi diawet mudakan. pun begitu terkejut juga Blance apabila tiba-tiba Greyney membawa para Divoa terus ke tingkat atas!!

Tiba-tiba sound effect daripada Cekmine berkumandang lagi "woah...woah...woah.." melihatkan deretan buku-buku bernilai khazanah baginya terbentang luas di depan mata!!! Buku - buku lama merangkumi novel, buku rujukan ilmu, komik mahupun majalah lama di jual di tingkat tersebut!!

Sungguh mengujakan juga Mistriah dan Shahkira untuk terus mendapatkan majalah lama idaman mereka. Cekmine pula berkeliaran dengan "woah" nya sambil bertanyakan buku tulisan penulis kegemarannya.

woahhh!!

Sungguh memeranjatkan juga pabila penjaga tempat tersebut mempunyai pengetahuan yang luas tentang buku-buku yang diniagakannya!!

Ingatkan kat Indon je ada (seperti dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?) rupa-rupanya ada juga tempat sebegini di Malaysia. Hmm atleaste tau juga si Greyney Spears ni mengenai negerinya!!

Blace juga sempat membeli sebuah buku kontroversi yang melucukan baginya! Shahkira memborong majalah diva antarabangsa manakala Mistriah dengan majalah diva tempatan.

Afeetha dan Greyney hanya melihat sahaja..telatah bagai janda masuk kampung itu!! (ada ke pepatah ni??)

Selesai memborong sehingga Mistriah lupa diri sebentar dan sempat diingatkan Blance bahawa beliau akan pulang ke kampung dengan pengangkutan awam nanti...mereka terus ke pasar di bawah bagi mendapatkan makanan ringan sebagai ole-ole yang boleh dimakan.

Cekmine Dion kelihatan sebagai peserta paling gembira bagi sesi pagi ke tengah hari itu!!

~Petang yang mantap~


Selepas kekenyangan para Divoa meneruskan acara ke taman mini reptilia yang agak fofuler.
Untuk ke destinasi itu, Afeetha sekali lagi gagal mengingati jalan yang perlu dilalui untuk menuju ke taman tersebut. Sejam lagi masa diambil untuk berlegar-legar di dalam bandar itu!!!

Kemudian Blance mencadangkan agar berhenti di stesen minyak untuk bertanyakan arah yg patut dilalui untuk ke sana.

Tiba di sebuah stesen minyak, Mistriah turun dari kenderaan dan bertanya terus kepada penjaga kaunter itu arah ke taman tersebut. Selesai mendapatkan panduan perjalanan dimulakan kembali.

Akhirnya tiba jua di taman tersebut yang begitu hampir dengan restoren menu gorengan yang mereka kunjungi semalam!!

Para Divoa terus masuk ke taman tersebut manakala Afeetha hanya melayan dirinya yang keletihan memandu.

Pameran di taman yang tidak dikenakan bayaran tersebut agak mengecewakan Mistriah kerana terlalu sedikit untuk ditatap oleh mata bundarnya itu!!

Bersebelahan taman percuma itu terdapat pula taman pameran reptilia yang mengenakan bayaran rendah dengan pelbagai dan penerangan bagi setiap pamerannya.

Dilayani oleh auntie yang peramah dan penuh informasi, Mistriah, Shahkira dan Blance menjadi Divoa terawal memasuki pusat pameran tersebut. Cekmine dan Greyney tersesat entah ke mana di taman percuna itu dipercayai sedang ghairah membuat photo shoot untuk album masing-masing!
Akhirnya tiba jua Cekmine & Greyney setelah puas beraksi di taman percuma berbau colok itu!!

Terdapat jua tezz tizz yang tiba-tiba memenuhi pusat pameran yangpada mulanya sepi tanpa pengunjung sehingga jelingan berisyarat daripada Shahkira sekali lagi dilemparkan kepada Blance tanya menyukai pemandangan indah tersebut!!

Di tempat pameran terdapat daripada haiwan jenis cicak, ular, kura-kura, arnab, monyet dan paling meng'geram'kan hati para Divoa ialah Guinea Pig yang teramatlah comel!!
Kura-kura yang bebas bergerak di tempat pameran itu sering menjadi kejutan pengunjung kerana tiada siapa yang sedar haiwan itu berada betul betul di kaki mereka!!!



Pameran 'pak panjang' di taman itu mengujakan Mistriah&Greyney. Blance pula kurang berminat mana kala Shahkira & Cekmine sememangnya geli dengan binatang tersebut!! beberapa kali Cekmine dikejutkan dengan sel kulit mati ular-ular di taman itu yang banyak tergantung di pokok pokok bagaikan ular sebenar!!

Mistriah meneruskan keterujaannya pada pertunjukan istimewa yang diadakan oleh pusat pameran tersebut pada petang yang damai tersebut. Beliau tidak melepaskan peluang mendekati raja ular dan menarik perhatian umum dengan keberaniannya itu!!

Pun begitu terdapat pula kumpulan yang digelar Asap Hitam cuba menggugat perhatian yang diraih Mistriah daripada penganjur! Kumpulan Asap Hitam itu menunjukkan perangai mengada ngada , terlebih sudip dari sos, dan telatah yang meluatkan demi tujuan meraih perhatian.

Mistriah pun begitu tetap top petang itu dengan keberanian menyentuh raja ular sekaligus dapat mengalahkan konco Asap Hitam itu!! Pun begitu, rupa-rupanya raja ular itu berbau busuk dan melekat di telapak tangan Mistriah meskipun sudah dicuci dengan air paip!!

Selepas petunjukan itu, Blance, Shahkira & Cekmine terus keluar dari taman itu manakala Mistriah dan greyney masih lagi belum puas dengan binatang-binatang tersebut dan masih lagi nak menyaingi perangai mengada ngada konco Asap Hitam tersebut!

Shahkira, Cekmine& Blance singgah di kedai cendera hati di luar taman itu...dan membelek belek serta menodai barangan jualan di situ bagi menghiburkan hati. Sempat jua Blance bergambar di situ. Ketika itu hadir pula tezz yang sama-sama berada di pusat pameran itu tadi meninggalkan pasangannya ntah kemana!! Si tezz itu kelihatan berkeliaran berdekatan Blance sehingga membuatkan Blance terkesima lalu berangan beliau berlutut di hadapannya!!sama

Angan sekadar angan...si tezz pun berlalu bersama masa ... Cekmine, Blance dan Shahkira kembali ke kenderaan dan kelihatan Afeetha sedang berehat di dalam kenderaannya itu. "Kasihan" luahan Cekmine Dion yang merupakan duta kebudayaan Kenya itu!

Tak lama kemudian hadir Mistriah Kari dan Greyney Spears setelah selesai memuaskan nafsu masing-masing kepada pak panjang tersebut. Mistriah kemudiannya terus meluahkan rasa meluatnya terhadap konco Asap Hitam dan Blance menjadi mangsa sebagai pendengar setia.

Mereka kemudiannya kembali berhimpit dalam kenderaan itu untuk pulang ke teratak penginapan untuk acara seterusnya..dan untuk ke sekian kainya lagu tema drama "pompuan tak sedar diri" tu berkumandang di stesen lebih hangus daripada biasa itu!!

Menjelang senja nan merah


Selesai memborong barangan bacaan &puas menatap Pak Panjang tersebut seterusnya mereka kembali ke tempat penginapan dan memulakan aktiviti bermandi manda demi melepaskan geram masing-masing terhadap pantai yang indah tersebut. Dengan dihiasi pemandangan menarik dan aktiviti sekitar seperti jet ski dan bot pisang...lebih menarik lagi si tezz citarasa berjelira yang berkeliaran di hadapan penginapan masing-masing!


Blance&Mistriah sempat memandang mandang hati kama sambil feeling Brandy&Monica!!

Cekmine pula menunjukkan kehebatannya sebagai perenang wakil Tadika Gemilang Realiti yang menampilkan kuak kupu kupu,kuak layang layang, kuak dada dan kuak perut!!

Kehebatan Cekmine Dion itu cuba disaingi Shahkira yang mempamerkan skilnya yang digelar "renang berirama tenggelam selamanya"

Sambil-sambil berendam dan bermain air...sempat jua mereka bergosip dan bersoseh soseh!! Paling best petang itu apabila Shahkira sekali lagi mencuri 'limelight' dengan melakonkan semula aksi Halle Berry dalam filem James Bond iaitu scene berjalan dari laut ke tepi pantai!!

Terkesima , kaget lalu pengsan sebentar ikan-ikan di situ lalu terus bertaburan melarikan diri!!

Setelah puas feeling duyung the movie...Cekmine, Mistriah,Blance dan Shahkira pun kembali ke penginapan dan bersiap-siap untuk acara malam itu pula!!


Malam yang menguji!

Setelah malam menjelma..mereka terus bergegas menuju ke sebuah bangunan tumpuan ramai yang terletak di tepi laut. Tiba disana, Afeetha mencari-cari tempat parking disebalik rimbunan kenderaan yang letak di bahu jalan....dan akhirnya dapat jua meskipun para Divoa menapak terpaksa jauh untuk ke bangunan itu!!


Afeetha sempat menelefon saudara yang tinggal di pulau itu bagi memeriahkan acara malam itu.

Perkara pertama dilakukan pabila tiba di bangunan itu ialah menuju ke kaunter jualan tiket wayang.Greyney Spears pula membuat halnya sendiri iaitu melepaskan rasa mengidamnya untuk memakan makanan bergula iaitu donat yang cukup menghantui dirinya sepanjang hari itu!Give me donut one more time!!

Para Divoa terpisah dengan Greyney dan meneruskan perjalanan mereka... semasa berjalan sambil mencari kaunter itu..terserempak beberapa kumpulan remaja yang tezz tizz dan amatlah menarik hati Blance dan Shahkira. "Elok!!!" , bisik Shahkira disambut senyuman tanda setuju Blance serta mata menajamkan pandangan kepada pencuri pandangan itu.


Kehadiran 'kerang' yang mengganggu pandangan menjadi keluhan tatkala sedang elok mata mengekor sang tezz tizz.

Pencarian kaunter tiket itu menyesatkan para Divoa bersama sama sekumpulan remaja tezz yang diamati Shahkira&Blance. Paling mengujakan kesesatan itu membawa mereka ke pusat senaman yang menampilkan seorang tezz sedang merenggangkan tubuhnya di tepi tangga!

Meleleh sebentar air liur para Divoa namun ada pula pengurus pusat senaman itu menghalang para Divoa berada sesaat di situ seterusnya memberitahu jalan yang patut dilalui untuk ke kaunter tersebut!

Akhirnya setelah naik tangga turun tangga , pusing keliling 360 darjah barulah ketemu kaunter tiket itu di tingkat menuju delapan !!

Akhirnya filem mengenai pahlawan wanita lagenda bak kata Aries Lavigne iaitu Chun Li menjadi pilihan. Waktu tayangan adalah jam 11malam .... lalu memberikan para Divoa masa yang terlebih sudah untuk mengalas perut yang sudah hazab kelaparan itu!

Temu janji dibuat bagi bertemu semula dengan Greyney yang sudah mendapatkan makanan idamannya itu..kemudian para Divoa meneruskan perjalanan ke tempat santapan..
Restoran Nasi Ayam menjadi pilihan..dan ketika di restoran itu para Divoa dilayani oleh gadis yang kelihatan cemerkap tapi mesra. acara memilih perisa ayam mencuit hati gadis pelayan itu apabila Blance memulakan melabel ayam mengikut warna apabila dipersoal Greyney Spears! akhirnya setiap pesanan dijawab dengan warna kulit ayam yang dimasak dengan pelbagai cara dan me'lahir'kan pelbagai tona warna kulitnya!!

Akhinya hidangan pun tiba dan masing melahap tanpa kesopanan dan kesusilaan lagi!!

Setelah selesai makan...Cekmine cuba menggunakan 'charm' yg ada padanya untuk mendapatkan diskaun dengan penuh keyakinan sekali!!


Namun usahanya tidak berjaya melembutkan penjaga kaunter yang agak menarik itu untuk menunaikan keinginan para divoa itu! Mungkin hikmat minyak senyonyoh takde power !!

Setelah keluar dari restoran itu..kelihatan urusan perniagaan di dalam bangunan itu sudah terhenti operasinya buat hari itu dan suasana sunyi mula menyelubungi.

ketika itu semua perjalanan eskalator di bangunan itu mula dihentikan dan terpaksala para Divoa menapak lagi dengan high heel masing-masing!

Pada mulanya para Divoa masing-masing seperti selesa sahaja berjalan menuju ke panggung wayang yang berada di tingkat paling atas sekali itu namun akhirnya barulah sedar bahawa mereka perlu menaiki tangga setinggi 7 tingkat yang mana setiap tingkat begitu tinggi silingnya dan jenuh untuk melepasinya!!!


Cekimine&Mistriah bergerak mantap mendahului Divoa yang lain diikuti Greyney Spears.Blance&Shahkira pula berkongsi kepancitan gara-gara kepenatan beraksi di gigi air petang itu berserta perut yang penuh memberi impak maksima !!

Afeetha pula kemudian banyak membantu Shahkira setelah Blance meninggalkannya untuk mengejar Greyney Spears dihadapannya.



Dengan penuh redha dan redah je..para Divoa akhirnya tiba di panggung tersebut namun tersebut namun masih perlu menunggu kerana waktu tayangan masih belum tiba.

Sementara menunggu waktu tayangan itu sempat jua para Divoa feeling berangan sebagai model komersial bagi setiap kedai yang sudah tutup itu dan ada juga yg jadi model tandas awam!!!

Mistriah, Blance dan Shahkira sempat mengadakan sesi perbincangan dan luahan hati sanubari tentang betapa suksesnya program gath kali ini!!Jelas terpancar kegembiraan mereka kerana program itu berjalan dengan lancar meskipun tiada perancangan yang terperinci!!Rugi kepada yang tidak turut serta kata mereka!!

Selesai berceloteh kemudian hadir pula Afeetha bersama saudaranya yang memperkenalkan diri sebagai Rudie Minogue.

Meskipun berkonsep pop tarian, ternyata Rudie merupakan seorang yang amat pemalu!!

Waktu tayangan pun tiba, dan para Divoa mengambil tempat masing-masing. Kaget dibuatnya kerana tempat duduk itu agak terkedepan sehingga tidak dapat pandangan yang optimum untuk menghayati filem yang ditayangkan. Gara-gara itu, babak pantas daripada filem Chun Li itu sukar ditangkap pandangan mata para Divoa yang selalunya tidak pernah gagal menangkap tezz melalui kilas pandangan .

Oleh kerana babak pantas gagal dihayati disamping penceritaan Chun Li yang amat membosankan maka Blance & Shahkira ada beberapa kali melelapkan mata...mungkin juga kerana keletihan !!

Greyney & Mistriah paling berjaya menghayati filem itu bersama-sama Cekmine, Afeetha dan Rudie Minogue . Blance pula hanya sedar ketika hampir ke babak terakhir dan bebelan watak Chun Li yang tak habis habis mengomel aje!!
"bgtau aku, jenama panties ko hape??"

Selesai filem itu, para Divoa menapak kembali untuk ke kenderaan dan sempat menikmati pemandangan pekan di tepi laut itu di waktu malam..kebasahan rintik hujan yang menitis pada malam itu meniupkan kedinginan malam ke sum sum tulang lalu menaikkan selera untuk mengimpikan terus berselimut!!

Dengan tidak membuang masa lagi, para Divoa terus bergegas pulang ke teratak penginapan yang dihembusi bayu laut itu. Kemudian mereka terus melampiaskan kepenatan masing masing di atas tilam empuk masing-masing dihiasi dengan alunan dengkuran yang pelbagai irama sebagai lagu penutup hari kedua yang berlangsung dengan baik sekali!

Label:

Blalang*Lalang

catatan kembara 2: LTDG: North

~Pagi yang cerah~

Hari kedua Le Tour De Gath :North pun tiba...dengan salutan tahi mata memenuhi ruang penglihatan terpaksa dibersihkan dulu. Para Divoa mengeluh kerana tilam yang menjadi alasan tubuh mereka malam sebelumnya itu bagaikan hamparan konkrit yang menyebabkan tidur mereka menjadi milik ayam!! (tidur2 ayam) ~ntah ayam mana ntah!!~

Cekmine yang mempunyai hajat terpendam yang lain terpaksa memendam rasa cuba ditabahkan oleh Mistriah Kari yang feeling Dokter Cinta!

Selesai bersiap-siap menyegarkan pandangan mata umum..tibalah detik untuk ...."sarapan dimana?"

dengan temu janji yang diaturkan untuk bersama sama Aries Lavigne yang perlu melakonkan watak utama dalam Drama "Pak Pacak Bersendirian" hari itu disuatu tempat bernama bunga mekar merah menyala namun tiada sekuntum bunga pun di situ!!

Setiap beberapa minit Aries dihubungi Blance demi memastikan aktres termantap pada pagi itu akan muncul tanpa perangai & kerenah diva!

Aries muncul setelah beberapa minit Cekmine, Mistriah& Blance berada di tempat itu dan sempat menjamu mata dengan pemandangan indah dan mempersona jiwa di Ibukota Darul Iburoti itu!!


Kehadiran Aries Lavigne dengan tema I'm with you (untuk beberapa minit saja!) menjadikan
permulaan hari meriah!! Aries sempat berkongsikan kisah kisah beliau yang cukup mencuit hati!!!

Sementara itu di ufuk Utara...seorang lagi Divoa sedang kelam kabut menyediakan perancangan rapi untuk aktiviti LTDG yang julung julung kali diadakan dan dianjurkan olehnya!Kemudian ada lagi 2 Divoa mengesahkan penyertaan mereka sekaligus menjadikan program kali ini menjadi lebih

Setelah hampir sejam di tempat bersarapan itu, Mistriah, Blance dan Cekmine sambil diekori Aries kembali ke teratak sementara bertilam konkrit itu untuk mengambil segala barangan dan bekalan untuk ke wilayah utara sebentar nanti.

Kemudian mereka terus ke tempat berlepas (bukan melepas!!) untuk memulakan perjalan ke wilayah utara yang bakal memberi seribu erti itu nanti!! Aries yang terpaksa berpisah dengan para Divoa itu juga terpaksa menerima dendangan lagu "Goodbye ...my friend"
walaupun sumbang bunyinya!!


Para Divoa sebenarnya kena menunggu beberapa minit sebelum tibanya kenderaan kayangan yang membawa mereka itu! Ketika menunggu ...sempat juga Mistriah dan Blance bergosip sambil bersoseh soseh tentang keadaan sekitar yang berlaku ketika itu!! Paling mencuri pandangan ialah seorang tezz disitu kelihatan mengorat dan termakan ayat power seorang hakak hakak setelah lama diusha oleh Mistriah dan Blance...makan hati lah mereka berdua!!!

Dalam kesakitan itu, kenderaan kayangan itu pun tiba dengan bunyi yang menderum...kelam kabut juga para Divoa sebenarnya mencari kenderaan kayangan itu yang terselit antara kenderaan kenderaan yang lain!!

Mistriah dan Blance duduk bersebelahan manakala Cekmine beraksi solo di kutub bersebelahan. Si Tezz itu duduk dibelakang berdekatan hakak ayat power yang amat dicemburui Mistriah itu!!

Dalam perjalanan yang bermula jam 11 pagi itu...kenderaan kayangan itu melalui jalan-jalan tak berliku dan tiada duri dan dijangka tiba 5 jam kemudiannya! Kenderaan itu berhenti disebuah perhentian untuk memberi rehat kepada pemandunya di sebuah tempat hentian rehat yang agak ramai umatnya untuk tempat yang sebegitu kecil!!

Ketika itu, para Divoa mengambil kesempatan melepaskan ' hajat terpendam' masing-masing dan menjamu selera kerana agak kelaparan. Di tempat itu juga terdapat tezz berbaju hijau yang amat mencuri pandangan Mistriah dan Blance. Cekmine seperti biasa kontrol dan penuh rahsia dihati!!

~Petang Seindah Pelangi~

Kenderaan itu kembali ke trek perjalanan dan suasana kehijauan melatri perjalanan ke wilayah utara itu. Para Divoa melelapkan mata sepuasnya di atas kerusi yang lebih empuk daripada tilam di teratak sementara semalaman itu!

Blance pula kemudian melilau-lilaukan matanya kemudian terpandang tezz yang menaiki kenderaan yang lalu bersebelahan yang penuh bergaya dengan cermin mata gelapnya!! Pun begitu...itu hanya "cadangan untuk hiasan" mata semata-mata!!

Ketika diperjalanan Divoa cawangan utara iaitu Shahkira, Shahna Turner dan Greyney Spears giat memeseji Blance demi mendapatkan kepastian tentang ketibaan kami dan aktiviti yang direncanakan. Dengan perbincangan dan musyawarah maka perasaan tenang si penganjur di utara itu terpancar!!


Para Divoa wilayah tengah dan selatan itu akhirnya tiba di perhentian untuk dikutip oleh divoa utara Shahkira bersama rakannya. Gerimis mengundang menyambut kehadiran mereka yang tak diundang itu!!



Namun Shahkira dan rakannya itu agak sedikit mengambil masa untuk menemukan para Divoa Selatan meskipun berlindung berhampiran papan iklan besar lagi merah!!

Setelah beberapa minit , Shahkira akhirnya dapat jua bertemu Mistriah, Cekmine dan Blance seterusnya memperkenalkan rakannya yang juga seorang ahli baru dan terkini program Gath iaitu Afeetha Franklin!!

Afeetha akan bertindak sebagai jurupandu arah kali ini kerana berpengalaman luas dalam misi "taram sajalah" bagi setiap perjalanan solo yang dikendalikannya!!

Perjalanan pertama dimulakan menuju ke feri untuk mengangkut segala 'mak nenek' kerang, udang, anak ikan mahupun ratu propah yang gatal sangat nak ke pulau tumpuan manusia itu!

Feri anugerah tak makmur itu pun tiba dan Apeetha pun memandu kenderaan masuk ke dalamnya. Di atas feri itu pula kelihatan 2 tezz berpakaian kemas dan menarik pandangan mata Shahkira, Blance mahupun Mistriah. Cekmine kontrol lagi..."not my tezz" agaknya!! Afeetha pula memang lain kategori dan pastinya tidak memahami Divoa bertiga itu!!

Disamping itu kelihatan kerang yang begitu 'over-sing' bersama pasangannya yang membuatkan para Divoa merasa meluat!

Akhirnya tiba jua di dermaga kasih bisu yang menjadi tujuan petang itu. Dengan segera terus menuju ke kenderaan untuk keluar dari feri itu dan terus ke tempat yang direncanakan oleh penganjur paling jelita dalam gath iaitu Shahkira (kerana suka naik bas Jelita kekdahnya!!)


Dalam pada itu Shahna Turner bersama pasangannya sudah pun mengutip Greyney Spears dari dalam sarangnya dan hendak menuju ke destinasi dijanjikan bersama!

Para Divoa kemudiannya tiba di tempat saudara kandung Shahkira yang begitu diva dan banyak membantu pencarian penginapan terbaik buat program julung-julung kali dibuat diluar wilayah tengah ini!!

Wanna Ross itulah gelarannya!Sungguh hebat setanding Shahkira!!

Setelah mendapat arah ke pusat penginapan ... para Divoa pun tiba dengan hati yang sungguh ceria...melihatkan pemandangan lautan lepas yang betul betul dihadapan mata!!! Inilah pertama kali mendapat penginapan yang buka pintu terus...... pasir putih tepi pantai ...ombak saling berkejaran..ikan laut pun menari ..nyiur di pantai bernyanyi..sungguh asyiknya (feeling Amelina)

Setelah masing-masing feeling Amelina dan berpuas hati maka majlis musyawarah Divoa pun bersetuju untuk menginap terus selama 4 hari di tempat itu!!

Bayaran dibuat terus kepada pemilik tempat itu yang sungguh mesra dan memberi penerangan yang cukup mantop demi memuaskan pelanggannya!!

Tuan tanah itu pun beredar setelah itu telefon berdering dan rupa-rupanya Shahna Turner dah pun hampir tiba di kawasan pantai peranginan itu namun tidak tahu hala tujunya ke tempat tersorok itu!!

Afeetha, Shahkira dan Blance menaiki kenderaan dan terus menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Shahna iaitu berhampiran Kapal Besar yang tersadai di tepi jalan!
Greyney yang juga warga tempatan memberi alasan klise iaitu dia tidak suka jalan raya di situ yang pening lagi memeningkan!!

Setelah berpusing dua kali akhirnya bertemu jua kenderaan milik Shahna dan berperisa sitrus itu!!

Kelihatan Shahna bersama temannya iaitu Buffy dan kelihatan Greyney di kerusi belakang sambil menghayati watak warga tempatan yang pening!!

Kemudian mereka dibawa ke pusat penginapan yang indah itu...Mistriah dan Cekmine kelihatan berpuas hati dengan akitiviti cuci mata di tepian pantai yang dijalankan secara berduet!

~Senja Melabuh Tirainya~

Senja nan merah pun menyinar..terdengar suara kekaguman daripada Cekmine Dion...."wahh...wah...Wah Chan!"

Aktiviti pertama menjelang malam itu ialah bersiap-siap untuk aktiviti malam hari yang bakal dilakukan bersama.

Selesai bersiap...para peserta terus menaiki kenderaan dengan Mistriah Kari, Shahkira dan Cekmine Dion menaiki kenderaan Afeetha Franklin manakala Greyney Spears, Blance menaiki kenderaan berperisa sitrus bersama Shahna Turner dan Buffy.

~Malam yang hangat~

Suasana malam itu dimulakan dengan berkejaran di tempat makan terkenal dengan masakan asli negeri itu. Shahna yang memandu dibelakang Afeetha dan terpaksa mengekorinya ternyata kepeningan dengan perjalanan merentasi pulau yang agak jauh itu kerana derita kelaparan yang hazab sangat!

Setelah tiba di kedai makan milik kenalan Afeetha itu...terus makanan dipesan dan hanya Greyney sahaja memesan untuk makan nasi berlauk ayam. Yang lain pula memesan menu gorengan istimewa yang bukan menu bernasi !

Menu gorengan itu tiba dan dengan lahapnya masing-masing menelan sehingga dalam masa 5 minit dah selesai!!
Acara makan malam itu dihiasi siaran pertandingan lawak namun tidak mendapat perhatian kerana suara siaran itu begitu sayup kedengaran!

Selesai makan benda alah gorengan itu nampaknya para Divoa masih kelaparan dan memaksa masing-masing membuat pesanan kedua...ketika itu Greyney Spears hampir kepada peringkat separa kenyang!!

Melihatkan keghairahan masing-masing membuat pesanan kedua, mak Greyney memeranjatkan semua Divoa kerana memesan menu nasi untuk kedua kalinya!! Cekmine terus feeling sazah bertudung litup berceramah "itula...tak baca Bismillah!!"

Ketika makan di tempat itu..terdapat jua tezz tizz yang menghiasi di setiap sudut kedai itu maka sebatilah Blance dan Shahkira dengan kalimah "Elok" bagi meluahkan betapa eloknya rupa si Tezz Tizz yang berkeliaran!!

Selesai di tempat makan itu...para Divoa terus menuju ke pusat melalak yang belum pernah dinodai oleh vokal para Divoa. Pusat Melalak itu kelihatan "very 90's" namun dalam hati para Divoa tetap berbunga untuk melalak buat malam itu!


Pelayan pusat itu begitu ramah dan murah senyum...dengan harga RM68 (kalau tak silap) para Divoa mendapat 2 jam sewaan bersama 2 jug air berkarbonat dan 2 botol air mineral !!


Aktiviti Lalakan dimulakan dengan Laguku Untukmu (Mistriah), Gemilang (Mistriah+Shahkira) diikuti Purnama Merindu ( Blance), Biarlah Bulan Bicara Sendiri (Shahna Turner), Erti Kasih (Mistriah) dan Viva Forever yang merupakan gabungan man-bottom Mistriah & Shahkira.

Segmen seterusnya diteruskan dengan 2 Become 1 pilihan Shahkira yang dibatalkan sebab tak dapat feeling dikehendaki. Sebagai ganti Samar Bayangan disampaikan bersama Blance. Shahna pula tak mahu mengalah...Madah Berhelah berkemundang dan sempat Afeetha menyelitkan ton emasnya itu diakhir lagu.

Oleh kerana semua lagu lembek sahaja dihidangkan maka Mistriah menghidangkan lagu rancak Rentak 1,2,3 ..ala2 mengira. Hajat Shahkira untuk menyampaikan lagu seterusnya iaitu You Raise Me Up tidak kesampaian kerana tiada versi karaoke!! Tiba-tiba kuar suara Josh Groban...sampai Cekmine sempat miming lagi..."wow sedapnya suara!!"....Tipah tertipah jawabnya!


Seterusnya Shahna menyampahkan penuh penghayatan dan kesampaian ke jiwa yang lara lagu Mimpi Yang Tak Sudah!Pasangannya Buffy pula sayu dengan Rendang Tak Berbuah!!

Afeetha menonjolkan betapa mantopnya ton suaranya dengan Memori Bahagia bersama Shahkira yang sempat menyelit.

Seterusnya feeling lagi dengan Mencintaimu dengangan Afeetha Franklin yang mengkagumkan Shahna. Shahkira terus menyelit !!

Seterusnya Afeetha mengganas lagi dengan My Way, lagu Kenangan Terindah juga menjadi mangsa dihentikan dipertengahan lagu oleh Shahna Turner!!

kemudian barulah Cekmine bersuara melalui Kian. Mistriah kembali menceriakan dengan Seribu Impian dengan Blance sebagai suara latar (juga suara borak-borak Divoa melatari)

Lagu Seroja oleh Blance berkemundang membuatkan Divoa yang senyap malam itu Greyney Spears menyanyikan sedikit . Segmen ini dikuasai Blance dengan Syurga Di Hati Kita bersama Shahkira dan seterusnya Di Akhir Garisan . Cekmine feeling Nora, Shahna membawa watak Ning, Shahkira menjadi Ziana& Blance sebagai Dessy Fitri...seswai!!

Lagu seterusnya ialah My All yang ditukarkan ke versi Melayu oleh Shahna dan dihentikan dipertengahan lagu kerana kantoi lirik!! ni dah macam Jangan Lupa Lirik!!!


Seterusnya All or Nothing oleh Shahkira featuring Blance sebagai penyebok. Segmen Cekmine bermula dengan Betterman, Flying Without Wings, When U Say Nothing At All dengan pronounciation yang tepat !! Lagu Jelmol , Hanya Memuji juga di"next'kan gara-gara malas nak nyanyi tapi rajin memilih!!

Seterusnya lagu Hati Kama menghangatkan dengan gandingan 2 Ratu Propah Shahna vs Shahkira. Rebut siapa tak tahu ler!!

Gemilang nyanyian asal Jac kembali bergema dengan Blance featuring Buffy. Graf dikendurkan kembali melalui Unbreak My Heart oleh Shahkira & Afeetha.

Kemuncaknya Shahna menghangatkan persada lalakan (bukan salakan bak kata Syafinaz) malam itu dengan Goyang Inul yang membuatkan peserta terhilai!!! Sungguh mantap!!!
Untuk Anugerah Lalakan Malam itu....

Penyanyi lagu rancak terbaik = Mistriah Kari
Ton Emas = Afeetha Franklin
Penonton Terbaik = Greyney Spears

Sebutan terbaik = Cekmine Dion
Jurukomen Rahsia terbaik = Buffy


Showman ship termantap ialah Shahna Turner!!
Hilai tawa paling mantap pemenang ialah Shahkira!

Tukang cakap mantap/mantop terbanyak = Blance!!
Tukang "wah" terbanyak = Cekmine Dion
Juru "Next Song Please" Terbanyak = Shahna Turner


Blance telah merakamkan Lalakan Malam itu menerusi telefom bimbitnya dengan kualiti bunyi yang teramatlah kurang memuaskan..bila ditambah jumlah minit dalam sewaan ialah 2 jam 20 minit!!

Bila para Divoa keluar untuk membayar sewaan...jurukhidmat disitu menolak dan para Divoa sendiri menjadi konpius !! Inilah pertama kali mereka mendapat tajaan penuh dan tanpa perlu membayar sesen pun setelah "meretakkan" bangunan yang ada disitu dengan vokal mereka!!

Malam itu diteruskan dengan singgahan ke kedai serbaneka dimana juruwang di situ kelihatan tertarik dengan Greyney Spears namun malangnya budak itu merupakan type citarasa Toolar Majid yang tidak dapat hadir ke Gath kali ini!!

Kesian juga renungan manja budak itu dibolayankan oleh Greyney!!

Mistriah, Shahkiradan Cekmine telah pun awal tiba di tempat penginapan menerusi pemanduan Afeetha. Dalam kenderaan Shahna Turner sempat berfeeling Ctot& Mas Idayu!!

Malam itu berakhir dengan aktiviti feeling model Tilam Vono dengan masing-masing menunjuk teknik renangan diatas tilam yang tersendiri!

Bagi laporan kedua ini ada 2 juri bercakaran iaitu Ning B. mengatakan laporan ini berkonsep Dangdut manakala Hetty K.E menyatakan ianya berkonsep Pop Jenaka!!

P/S; Perhatian..laporan ini ditaip selama lebih 5 jam tanpa henti...moga faham la betapa "toooot" nyer!! huhu

Label:

Blalang*Lalang

Khamis, Mac 12, 2009

catatan kembara 1: LTDG: North

(laporan ini berkonsep irama etnik kreatif)


Kisah bermula di waktu senja Khamis , 5 Mac 2009....pertembungan 3 aura 3 irama...Mistriah Kari, Blance & Cekmine Dion di suata teratak yang berhawa sederhana namun tetap dihiasi deraian tawa riang sabda ria sehingga bergegar bangunan itu..

Beberapa jam sebelum itu...Mistriah dan Cekmine tiba di ibu kota Darul IbuRoti itu dengan kisah menarik yang cuma dialami oleh mereka berdua.


Mereka juga sempat bertemu Divoa daerah timur yang dan berhijrah ke ibu kota iaitu Aries Lavigne yang gagal turut serta setelah terpaksa menjadi pelakon utama dalam drama berjudul "Pak Pacak Bersendirian". Aries kemudiannya terpaksa berpisah jua kerana perlu berjuang di medan Mara!

Seterusnya, giliran Blance pula tiba setelah selesai bekerja dan balik bersiap-siap lalu terus menuju destinasi dihajati iaitu teratak sewaan pilihan Bernas!(macam jenama beras??)

Setelah tiba&bergabung kuasa seperti Charmed...3 insan yang digelar Divoa itu kemudian terus bersiap-siap untuk ke tempat menjamu selera di sebuah tasik yang indah permai lagi mendamaikan..

Ketika di tempat makan itu..makanan laut yang distimkan menjadi pilihan...namun alangkah malangnya pabila ketam yang disediakan kurang segar dan merosakkan rebusan makanan...

pun begitu oleh kerana panorama yang merangkumi pelayan-pelayan dan para pengunjung yang sungguh mempersonakan maka selera tetap berjelira!

Mistriah merupakan juara santapan diikuti Cekmine yang begitu menggemari manisan yang manis, sutun yang kenyal dan sosej yang 'toooot'!!

Blance pula menjadi juara 'reject' ketam terbanyak kerana ketidak lazatannya itu!!Oleh kerana adanya 'kerang' si pelayan yang memerhati maka Blance melakonkan watak si penyucuk ketam yang sopan lagi kejam bak pembunh bersiri bagi menggambarkan betapa luaknya ketam oleh 3 insan yang feeling plastik itu!!

Oleh kerana malam mula melarutkan dingin...3 insani itu terpaksa melangkah umpama peragawati menuju ke papan tanda 'keluar' dengan langkah yang gagah perkasa tapi tetap ayu nan sayu!

oops tapi sebelum itu pastilah segala lahapan itu perlu dibayar dulu kan??

selesai keluar dari tempat santapan di-Ratu itu...3 insan itu menuju ke kenderaan pinjaman itu dengan segera kerana bimbang ia akan berubah menjadi labu sayung nanti!!

kenderaan pinjaman itu dipulangkan dan 3 Divoa terpaksa menaiki kenderaan berangin kus kus untuk kembali ke teratak yang dianggap bertaraf istana budaya malam itu!!


Para Divoa kemudiannya melelapkan mata untuk menunggu episod yang akan dipertontonkan keesokannya!!

Label:

Blalang*Lalang

Isnin, Mac 02, 2009

Kini detiknya!!


Akhirnya tiba jua di minggu ber Gathering bersama rakan-rakan Lang. Buat pertama kalinya , gathering ini dijalankan di lokasi yang lebih hangat daripada biasa!!

Cuti dah pun set....kali ini Shahriz menjadi tuan rumah buat julung-julung kalinya...pasti meriah suasana!!!
~dengar2 dah prektis 50 lagu untuk melalak, memekik dan memekak nanti katanyer!!~

Dengan nama "Le Tour De Gathering : North" gathering kali ini dijangkakan akan berlaku sesuatu yang luar jangka??macam ne tu kan??


Moga-moga semua aktiviti berjalan lancar dalam keadaan yang selamat dan sempurna hendaknya!! Kepada para peserta @ kengkawan Lang ..mohon ampun kiranya ada kekurangan daripada pihak Lang nanti!!

Kita jumpa di sana!!!!

Label: